Menu

maut berpelukan...

 assalamualaikum...
selamat pagi..selamat tahun baru cina..pagi2 aku baca paper nampak la satu berita yang sangat sadis dalam satu kejadian kebakaran bukan nak spoil mood korang cuma sekadar berkongsi..ni aku bagi korang baca..

ANGGOTA bomba memeriksa mayat dua beranak dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di sebuah rumah papan di Kampung Bulut Kokol, Menggatal dekat Kota Kinabalu malam kelmarin.


KOTA KINABALU: Seorang bapa dan anak lelaki berusia dua tahun ditemui rentung dalam keadaan berpelukan selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Bulut Kokol, Menggatal dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Salibun Gadamin, 47, dan Rodbinson Salibun yang juga anak bongsunya ditemui rentung di dalam salah sebuah bilik rumah yang diperbuat daripada papan.

Isteri Salibun, Angeline Jolius, 40, bersama seorang lagi anak mereka, Nana Sabrina, 7, terselamat kerana tidur di bilik berasingan. Bagaimanapun, Angeline cedera di kedua-dua tapak tangan.
Angelina berkata, beliau menyedari kejadian itu apabila dikejutkan oleh Nana yang tersedar apabila melihat api dari bilik suami dan anaknya tidur.

"Saya memanggil mereka keluar tetapi tidak disahut. Saya cuba masuk bilik itu tetapi gagal kerana api semakin marak. Saya dan Nana lari keluar dan menjerit meminta tolong daripada jiran," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di tempat kejadian, malam kelmarin.

Beliau berkata, lazimnya Rodbinson tidur di biliknya, manakala suaminya tidur di bilik berasingan tetapi malam kelmarin, anak bongsunya beria-ia ingin tidur bersama bapanya.

"Rodbinson amat manja dengan bapanya dan sempat meminta bapanya menyuapkannya makan. Saya pelik dengan perubahan sikap anak saya itu tetapi tidak mengesyaki kejadian buruk seperti ini akan menimpa kami," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengusaha Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.02 malam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.

"Kami mengambil kira-kira 40 minit untuk memadamkan api. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizebath (QEH). Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

p/s: kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah kekal selamanya...

2 comments:

  1. sgt sadis...
    hai..sy new... nie link sy k..
    http://illustrasiaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sgt sadis...
    hai..sy new... nie link sy k..
    http://illustrasiaku.blogspot.com/

    ReplyDelete