Menu

Facebook punye pasal....

assalamualaikum...
selamat pagi semua...
hari ni aku nak kongsi cerita orang yang jadi mangsa akaun fake dalam facebook ni..kesian dia..stress kot hidup gara2 penyangak sekor ni..


BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.
“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.

Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.
Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.

“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya.

“Saya mengesyaki ia dilakukan individu yang mengenali saya yang berniat memalu dan menjatuhkan maruah saya.
“Saya tidak pernah meletakkan nombor telefon di dalam akaun Facebook sendiri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, tinjauan ke atas laman sosial Facebook milik individu yang menggunakan nama Puteri Farah itu mendapati ia mengandungi maklumat seperti tempat tinggalnya di Butterworth, Pulau Pinang selain pekerjaannya sebagai seorang jururawat. Lagi berita klik sini 

p/s: haish...tak tau apa nak cakap rasa nya makin canggih teknologi makin tak selamat...

No comments:

Post a Comment