Menu

nasib si pencuri...


assalamualaikum..

selamat pagi semua...bangun2...bangun cepat..macam selalu.. aku pagi2 memang suka baca surat khabar..lepas tu tiba2 aku nampak tajuk ni..ingatkan Malaysia dah ada hudud ..sekali tu... baca la sendiri
sekadar hiasan..


Lelaki putus tangan ketika pecah rumah


Suspek umpil tingkap ditetak dengan parang 

JERTIH: Seorang pencuri putus tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh pemilik rumah yang cuba dipecah masuknya, ketika suspek mengumpil tingkap rumah berkenaan di Kampung Pengkalan Gaduh, Keluang, di sini jam 3.30 pagi, semalam.
Pemilik rumah terbabit yang bekerja menternak ikan dalam sangkar sedang tidur bersama enam ahli keluarganya dalam bilik rumah itu, sebelum terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi tingkap rumahnya diumpil.

Beliau yang enggan dikenali, berkata selepas mengesyaki sesuatu, beliau mengambil parang dan keluar melalui pintu utama sebelum ternampak seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah, lalu melibas parang dan terkena pergelangan tangan kiri penjenayah itu. 

“Selepas itu dia terus melarikan diri dalam semak dan pergelangan tangannya yang putus itu, terjatuh di halaman rumah,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Che Zakaria, berkata polis yang menerima panggilan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui pergelangan tangan pencuri terbabit dan menghantarnya ke Hospital Besut pada jam 5.30 pagi. 

Beliau berkata, polis kemudian menjalankan gerakan mengesan suspek berusia 29 tahun berasal dari Kampung Bintang, Permaisuri, Setiu, melalui titisan darah dan menemuinya bersembunyi di sebuah chalet, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. 
Katanya, ketika tiba di chalet itu, polis terdengar suara wanita menangis ketakutan dan sebaik pintu bilik dibuka, polis menemui suspek berlumuran darah sambil ditemani teman wanita berusia 15 tahun. 

“Lelaki berkenaan menggunakan tilam dan bantal untuk menutup pergelangan tangan yang putus sebelum polis membawanya ke Hospital Besut kira-kira jam 9 pagi tadi (semalam). 

“Suspek yang mengalami pendarahan teruk kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, bersama pergelangan tangannya untuk penyambungan semula,” katanya. 

Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati, suspek bersama teman wanitanya itu baru menyewa di chalet berkenaan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini. 

Bagaimanapun, katanya, siasatan terperinci terhadap suspek akan dijalankan sebaik keadaan tangannya pulih selepas menjalani rawatan di HUSM. 



sumber: Berita Harian

aku kata: bagus la tuan rumah dah jalankan hukum hudud walaupun tak ada lagi kat Malaysia ni..hehe kalau semua tuan rumah berani macam ni..mesti tak ada pencuri lagi berani masuk rumah kita lagi kan??kat dunia dah dapat balasan mencuri..kat akhirat sendiri fikir la ye..

pesanan penaja: Tahniah kepada team bola Malaysia yang sudah menang semalam 5-1 beb..hehe..thanks to Bambang Pamungkas yang jaringkan 2 penalti yang menyebabkan Thailand kalah dan tersingkir..kan aku dah kata Malaysia ni hebat..


3 comments: