Menu

henset baru???

                                                                                                 assalamualaikum...
pagi ni aku merepek lagi...aku nak beli henset ke??bukan la...kali ni khas untuk mereka yang gila henset ni...
suka tukar henset takpa jangan tukar2 awek pulak..
ini untuk korang..baca..
Sindiket perdaya pengguna berkeliaran di Rawang 

RAWANG: Pengguna yang tidak berhati-hati mungkin mudah tertipu dengan tindakan beberapa lelaki yang menjual telefon bimbit berjenama berharga murah yang berkeliaran di sekitar bandar ini.
Dengan menjadikan pelanggan beberapa pasar raya di sini sebagai mangsa mereka, lelaki terbabit akan terus memujuk rayu bagi memastikan telefon bimbit yang tidak diketahui dari mana asalnya itu dapat dijual.
Seorang pekerja swasta, Mohd Shafik Hambali, 25, berkata beliau hampir menjadi mangsa lelaki terbabit apabila cuba didekati mereka, baru-baru ini. 

Beliau berkata, lelaki terbabit menawarkan satu unit telefon bimbit jenama terkemuka yang dikatakan masih baru dan mempunyai pelbagai aksesori dengan harga RM150. 

"Penjual itu enggan memberitahu dari mana mereka memperoleh bekalan telefon bimbit terbabit, tetapi hanya menyatakan peralatan itu tahan lama dan ramai sudah membelinya,” katanya kepada Sentral. 

Katanya, beliau menolak tawaran lelaki terbabit yang turut menurunkan harga daripada RM150 kepada RM100 bagi satu unit telefon bimbit kerana tidak mahu menjadi mangsa penipuan. 
“Ini berikutan sebelum ini rakan saya pernah mengalami kerugian lebih RM200 selepas membeli telefon bimbit terbabit. 

“Telefon bimbit yang dibeli rakan saya itu hanya boleh digunakan selama dua hari, sebelum rosak. Telefon bimbit terbabit juga tidak boleh dibaiki ketika dihantar ke kedai,” katanya. 

Muzaffar Ishak, 32, berkata, kegiatan kumpulan lelaki terbabit dikesan sejak dua minggu lalu dan mungkin ramai pengguna sudah menjadi mangsa. 

“Harga yang ditawarkan mungkin mencairkan hati kita dan kalau tidak berfikir panjang pasti akan membelinya,” katanya. 

Suri rumah, Sharifah Hayati Munir, 45, berkata orang ramai juga rimas dan kurang selesa kerana sering diganggu kumpulan lelaki terbabit ketika hendak membeli-belah di pasar raya di bandar ini. 

"Saya bimbang ramai pengguna yang tertipu dan akan berputih mata selepas membeli telefon bimbit murah itu yang tidak berdaftar di mana-mana syarikat telekomunikasi sah. 

aku kata: kalau nak beli fon tu baik beli dekat kedai yang disahkan je...jangan nampak je harga murah terus sambar...hati2 ye beb..nasihat daripada orang yang dah tukar fon 11 kali...hahaha
nak beli ni la..macam best...


sekian...

1 comment: