Menu

harapan yg musnah...

assalamualaikum...
hari ni saya nk cerita satu kisah...kisah tentang sebuah harapan..harapan seorang ibu kepada anak yang disayanginya...dari kecil anak itu dibelai dimanja dan dipenuhi segala peermintaan..

sehingga lah pada suatu hari tanpa diduga si ayah pergi menyahut panggilan Ilahi..tinggallah si ibu menjalankan amanah yang ditinggalkan oleh si ayah..sambil itu si ibu tak putus berdoa agar anak yg dikasihi itu menjadi insan yang berguna di masa hadapan..

sebaik si anak melangkah ke sekolah menengah..tingkah lakunya mula berubah..keluar pada waktu malam dan pulang lewat malam sehingga menimbulkan kerisauan di hati si ibu..apabila si ibu bertanya "bang nk ke mana tu?" jawapan nya ringkas "jumpa kawan" si ibu kata "kan bgus klu abang duduk rumah study..." namun teguran itu dipandang sepi lalu si anak meninggalkan rumah tanpa sekelumit rasa bersalah..

akibat tidak mendengar nasihat ibu keputusan SPM si anak sgt mendukacitakan..namun si ibu tak jemu memberikan semangat untuk meneruskan pelajaran nya...namun teguran itu seolah olah tidak memberi sebarang kesan kepada si anak..

si anak kemudian bekerja di sebuah kilang namun semua itu hanya bertahan untuk beberapa bulan..setelah si anak mampu membeli sebuah kereta si anak tidak mahu meneruskan pekerjaan nya semula..segala kos baik pulih kereta ditanggung oleh si ibu...tanpa merungut walau sepatah..

namun pada suatu hari si anak ditahan oleh pihak polis setelah didapati mengedar dadah..alangkah hancurnya hati si ibu...namun si ibu terus mengharap dan berdoa supaya si anak diringankan hukuman...si anak hanya mampu merintih ... "mak ampun mak...tolong abang..."kini harapan hanya tinggal harapan...harapan yang tak kesampaian..

p/s : cerita ini adalah lumrah yg terjadi dalam masyarakat masa kini...kesimpulannya jgn lah kita mengecewakan harapan ibu bapa yang telah membesarkan kita ye...insyaAllah..

wasalam...

No comments:

Post a Comment