Menu

Alhamdulilah.
Hari ni genap 57 tahun kita merdeka. Merdeka dari cengkaman penjajah.
Itu yang ramai dari kita faham erti merdeka. Tapi sebenarnya kita ni masih belum merdeka sepenuhnya. Merdeka jiwa. Hidup serupa orang bukan macam robot. 
Jiwa terlalu sibuk cari duit nak hidup senang. Nak beli macam2. Sampai kita hilang nilai kemanusiaan. Semua orang sibuk dengan gadget canggih sampai tak peduli manusia sekeliling. Family pun dah tak rapat.
Tak salah nak hidup senang. Tak salah nak ada gadget canggih. Tapi selitkan sikit nilai2 kemanusiaan. Baru merdeka jiwa.
Itu nilai merdeka yang sebenar bagi aku. Tak tau la korang macam mana. Heh.
Nak tengok Dato' Lee Chong Wei final kejohanan dunia kejap lagi.
0


Tudung.

Macam2 fesyen tudung zaman sekarang ni. Tudung labuh ala2 Heliza Helmi atau shawl ala2 Shila Amzah atau pun tudung ala turban macam Yuna. Walaupun aku ni tak pakai tudung tapi kena la tau sikit2 pasal hal ehwal tudung ni. Kalau nak belikan mak aku senang lah sikit. Tak pun kalau ada rezeki beli tudung untung isteri tersayang takde lah blur beli nak beli hadiah nanti hehe.

Aku memang tak kisah tudung apa pun yang orang perempuan ni nak pakai. Asalkan tak serabut dipandang mata. Kemas je tak nampak serabai. Tutup aurat sempurna. Dah setel. Tak guna pakai tudung nampak 'boobs' lepas tu marah bila orang lelaki pandang. Korang yang bagi tengok free pastu marah lelaki tengok. What the....Nak suruh lelaki tundukkan pandangan yang perempuan pun kena la jaga jugak. Sama2 jaga.

Kalau pun nak pakai tudung jangan la ada fesyen yang pelik2. Nanti bila orang kritik marah. Macam ada kes seorang minah ni pakai tudung ala2 sarang tebuan pastu marah orang kritik dia. Sendiri fikir la kalau nak berfesyen kena hati kering dan tahan maki.

Apa2 pun yang bertutup dengan sempurna itu indah. Tak bertudung cantik dah. Tapi kalau bertudung lagi cantik.
(gambar hiasan...)

psss : ada produk sangat best untuk wanita bertudung klik sini
  
0

Negara kita sedang ditimpa bencana. Rakyat kita ada yang hilang ada yang terkorban. MH 370 hilang entah kemana. MH17 pulak ditembak jatuh mereka yang hilang sifat kemanusiaannya.

Timbul cadangan supaya pramugari syarikat MAS menutup aurat dan tak lagi menjual arak kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan nya.

Secara peribadi, aku menyokong jugak cadangan tu. Setelah dua insiden yang berlaku tu mungkin satu peringatan buat kita mati tu boleh datang bila2 tanpa kita dapat jangka. At least kalau dapat tutup aurat dengan sempurna insyaallah mati dalam keadaan aurat yang terpelihara.

Arak. Macam yang kita tau banyak keburukan daripada kebaikan. Tak semua orang minum arak. Kalau dah minum pasti mabuk tak ke menyusahkan orang je. Kalau tetiba orang islam kena serve arak sedangkan dia tau arak tu haram, dah tambah dosa dia.

MAS punya hospitaliti memang dah terbaik dalam dunia. Kalau dapat buat syarikat airlines yang syariah compliance (patuh syariah) mesti lagi best.

Ni pendapat peribadi aku. Setiap orang ada pandangan masing2.

Terpulang.

Al-fatihah buat mangsa MH17 dan takziah buat keluarga.

0

Assalamualaikun.

Dah lama tak update benda2 yang bermanfaat dalam blog ni. Boleh buat sarang spiderman sudah hahaha. Takpe lepas ni akan lebih gigih update sebab dah ada line streamyx 4Mbps u olls. 24 jam online tanpa henti. Lol.



Ok lah kali ni aku nak promote satu produk ni iaitu Rose Hair Perfume yang dikeluarkan oleh Legacy Secret. Ala..senang cerita pewangi rambut la gitu. Produk ni sangat sesuai bagi mereka yang bertudung sebab ianya dapat mengelakkan rambut daripada berbau akibat seharian memakai tudung. Aku yang lelaki ni pun dah try sendiri keberkesanan dan ketahanan wangian Rose Hair Perfume ni. Memang tahan dan kekal berbau wangi. Apa guna promote produk kalau aku tak try sendiri. Tak gitu?

Bukan takat dapat hilangkan bau rambut je. Banyak lagi kelebihan lain tau.

  • MEMBANTU MENYIHATKAN RAMBUT
  • MEMBANTU MEWANGIKAN RAMBUT
  • MEMBANTU MENGELAKKAN RAMBUT RAPUH
  • MEMBANTU MENGATASI RAMBUT GUGUR
  • MEMBANTU MENYOKONG PERTUMBUHAN RAMBUT
  • 10/10 PENGGUNA MENGAKUI RAMBUT LEBIH HARUM WALAUPUN LEBIH 8JAM MEMAKAI TUDUNG
Kalau tak caye jugak ni aku sertakan sekali testimoni mereka yang dah mencuba produk ni. 

(klik untuk besarkan gambar)

See? Memang produk ni berkesan untuk mereka2 yang ada masalah rambut berbau ni disamping menyihatkan rambut jugak. Rambut tu adalah mahkota kan? Mesti la jaga. Kalau dah botak nanti padan muka. Menyesal tak sudah. Bukan mahal pun RM 30 je. Untuk Sabah Sarawak RM 35. Biasa RM 50. Dapat jimat pastu dapat rambut yang sihat.

Sekarang ni kecoh la dengan produk Harum Malam tiruan berlambak kat pasaran. Jangan risau pihak Legacy Secret dah improve ciri2 keselamatan untuk mengelakkan pengguna ni tertipu. Tengok gambar kat bawah.

(klik untuk besarkan gambar)





Kita boleh rasa barcode tu timbul kalau produk ori. 




Kita boleh nampak mesej tersembunyi dengan cara terbalikkan label dan serongkan 15 darjah pastu akan nampak tulisan LS.




Pastu boleh guna smartphone masing2 untuk scan QR code kat WeChat. Apa guna ada smartphone kalau tak reti nak guna sepenuhnya.


PERINGATAN !!!


      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .

      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.

      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam


RUJUK VIDEO NI



Moga dengan adanya ciri2 keselamatan yang baru ni akan mengelakkan orang ramai dari tertipu lalu terbeli produk palsu kat pasaran.

Untuk lebih info korang boleh check kat sini 

      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com

Ok lah korang.... Setakat ini sajalah review produk kali ini. Till we meet again in the next entry. 

Adios.


0

Assalamualaikum.

Selaku peminat bola jadi wajar lah bagi aku untuk update keputusan. Nak bagi review tak boleh sebab tak pernah main bola.

Berikut adalah keputusan bagi perlawanan kumpulan pada 13/8/ 2014

Kumpulan A

Lions XII 0 FELDA United 0

Kumpulan C
JDT 1 Kelantan 0
ATM 1 Pulau Pinang 1

Kumpulan D
T Team 1 Selangor 2

Siapa akan bergelar juara? 
TUNGGU.....

p/s: yeay...Selangor menang...hehe
0

Assalamualaikum.


Sedih. Nak nangis. Bila aku tengok gambar kucing yang ada kat tepi kubur seorang pakcik ni terasa sebak je. Diam je dia kat situ. Kita tak tau mungkin ada benda yang pakcik tu buat kat kucing tu sampaikan seolah olah kucing tu terasa dengan pemergian beliau.

Ini cerita dari anak dia...


Sedangkan kucing yang tak dikurniakan akal pun tahu menghargai inikan pulak manusia. Buat baik dengan binatang pun dapat pahala. Al-faatihah buat pakcik tu. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh.
0

Assalamualaikum.



Satu lagi berita sedih dalam industri seni tanah air. Sorang lagi permata seni pelawak Maidin Ibrahim meninggal akibat heart attack kat rumah beliau pukul 2 petang tadi di kampung Pokok Tai, Gurun Kedah.

Loghat utagha yang pekat pasti akan dirindui.

Salam takziah buat keluarga beliau. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah dan doa moga rohnya dicucuri rahmat.


0

Assalamualaikum.

(Sila mainkan lagu Aku Anak Kampung untuk dapatkan lebih feel semasa membaca)

2-3 hari ni kecoh sungguh media sosial dengan kemelut politik di negeri tanah tumpahku Selangor Darul Ehsan. Dah macam cerita Twilight saga gitu. Berita kat tv pun dok cerita benda tu pagi petang siang malam. Naik muntah hijau dibuatnya. Media sosial apatah lagi. Haha.

Gitu lah penangan sekelompok manusia yang gila kuasa. Berebut jawatan Menteri Besar negeri terkaya. Gila kau. Sapa tak nak? Kaut harta banyak2 sampai 7 keturunan tak habis makan. Cuba kalau negeri kurang kaya 'lantak kau lah' buat gaya si Atu rajalawak. Sikit pun tak heran.

Gila kuasa. Gila harta. Semua gila. ( tukar lagu Wings pulak haha)

Harapan aku rakyat Selangor agar kemelut politik ni segera selesai. Tiba2 aku terfikir ada hikmah juga Tun Mahathir pecat DSAI dulu. Baru dapat Selangor dah kecoh. Kalau Malaysia? Hancur jahanam. Time macam ni lah nak tunjuk which side will serve the people better. Tak gitu? Patut ada slogan Sayangi Selangor Yakini Khalid. Haha.

Jangan la ada pilihanraya negeri pulak. Lagi teruk cerita dia nanti. Macam2 benda keluar. Buruk kan orang sana sini pastu ajak berpolitik matang. What the ??? Membazir duit 50 juta tu macam2 boleh buat dengan duit tu. Jangan kena gi ngundi time aku konvo bulan 10 nanti. Tak pasal2 ada jari telunjuk biru time ambik scroll nanti. Hehe.

Apa2 pun doakan yang terbaik untuk selangor.


1