Menu

Ashraff @ Aleesha Farhana masuk ICU

ini berita yang aku dapat masa tengah dok belek2 paper online di waktu malam...ingat lagi tak cerita pasal lelaki yang nak tukar nama jadi nama Aleesha Farhana? ni aku share berita terkini pasal dia...


KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi.

"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'," katanya. Beliau berkata anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak. 

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. 

Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. 

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Sementara itu, bapanya berkata beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung 
permohonan anaknya untuk ditempatkan di asrama wanita sekiranya permohonannya memasuki universiti tempatan, diterima. 

Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian berkenaan. -- BERNAMA 

p/s : haritu aku ada tulis pasal dia kat sini...harap nye apa yang terjadi ni ada hikmah disebalik nye...dan sama2 kita ambik pengajaran...

4 comments:

  1. aigooo . pakai tudung tapi kalau dah laki takkan nak tempatkan kt tmpt pompuan . aurat tetap aurat . >..<''

    ReplyDelete
  2. tak tau la nak kata apa....adoyai~~~

    ReplyDelete
  3. tulah..kn dh msuk icu..ish2..

    semoga dia dpt petunjuk and kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  4. nasib baik lah permohonan di tolak, kalau di terima semua y terlibat dpt saham akhirat... mcm2... ada gak lelaki lembut yang mampu jd lelaki sampai dia mati,mmg dia lembut sampai dia mati tp dia tidak melawan takdir diri dia..itu kan lebih mulia...

    bacalah http://eddysyrol.blogspot.com/2011/07/kecil-lagi-nak-solat.html

    ReplyDelete