Menu

kehebatan cinta...sweet...tapi seram....

ok la...hari ni...mulakan hari dengan mood jiwang sikit setelah semalam mengalami kecederaan perasaan..macam biasa la bangun pagi...sesi bersarapan bersama keluarga..kemudian terus mengadap FB..wish besday Cik Epal..pastu terus mencari bahan untuk dikongsi bersama..

CINTA...apa tu..? senang je...cinta tu satu perasaan yang dikurniakan Allah kepada umat manusia..dataang tak kira masa dan tempat..terpulang pada manusia untuk mengawal nya...macam cerita kat bawah ni..cinta tu datang bila diorang sama2 ziarah kubur. Layan je la...



RAWANG: Cinta pandang pertama di perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, membawa seorang warga emas yang juga Imam 3, Masjid Bandar Tasik Puteri (MBTP), Idris Muhammad Sharif, 72, ke jenjang pelamin bersama Junanaah Zakaria, 53, kelmarin.
Pasangan berkenaan mengakui gementar pada saat majlis pernikahan itu dimulakan, namun gembira hasrat mereka mendirikan mahligai tercapai.


Idris berkata, semuanya bermula di tapak perkuburan selepas kematian isterinya, Miah Bidin, 64, pada 2009.

“Sejak kematian isteri, saya menziarahi kubur arwah setiap hari. Pada masa sama, saya lihat ada seorang wanita turut ada di situ menziarahi kubur arwah suaminya.


“Setiap kali bertemu, kami tak bertegur sapa. Namun hati ini terdetik hendak bertanya sesuatu tapi terasa malu. Di situlah hati saya terdetik memikat hati wanita berkenaan,” katanya. Sementara itu, Junanaah berkata, dia menziarahi kubur arwah suaminya setiap hari sejak Mohd Isa A Yasih, 71, meninggal dunia juga pada 2009.


“Saban hari saya menziarahi kubur arwah suami manakala abang (Idris) menziarahi kubur arwah isterinya. Kami hanya berpandangan tapi tak berani bertegur sapa. “Pada Mac lalu abang merisik dengan menghubungi saya sendiri tanpa menerusi orang tengah. Dia menyatakan hasratnya untuk memperisterikan saya. Saya terpinga-pinga kerana tak tahu dari mana abang dapat nombor telefon saya tapi inilah yang dikatakan jodoh,” katanya.


Menerusi perkahwinan pertama, Idris dianugerahi lima anak dan lapan cucu manakala Junanaah pula mempunyai dua anak dan enam cucu.


p/s : bila cakap kubur je..biasa la orang Melayu ni mula kaitkan dengan hantu dan macam2 lagi...tapi yang ni lain dari yang lain..bertemu jodoh lat kubur pulak..begitu la hebat nya cinta...teringat lagu Kehebatan Cinta..yang Fransisca Peter nyanyi zaman 70 an...sori la ye selalu dengar Sinar FM jadi diri ini ikut retro.. :)

5 comments:

  1. wowww... hikmahnya..

    ;)

    ReplyDelete
  2. salim bab cinta nikah kawin memg suke ;)

    ReplyDelete
  3. fuhh... jdoh ada di mana2... antara cepat atau lmbat je...huhu... ada hikmah crita ni... :)

    ReplyDelete
  4. salam...
    sampai juga abg eq kat blog ni. kebetulan abg eq MC hari ni..blogwalking blog kwn2...
    nice header...

    ReplyDelete