Menu

caya lah Pak Nil.. :)

haaa...kalau dah nama nya artis...tak kisah la pelakon ke personaliti tv ke radio...mesti bagi contoh teladan yang baik untuk para peminat sekalian yang ada...tak macam sesetengah artis yang popular disebabkan kontroversi yang melanda diri mereka... tak nak la mention sapa2 nanti kena saman pulak..hahaha tettt...

Sapa tak kenal Pak Nil @ Aznil Hj Nawawi personaliti TV dan radio yang terkenal tu...aku tak tengok AF tu..(sebab takde Astro dan tak minat...) jadi minat Pak Nil sebab selalu layan Era kat bilik hostel dulu..beliau ni memang  suka buat baik.. macam2 perkara dah  dibuat especially dalamm Program Merisik Khabar tu..yang terbaru ..selamatkan orang yang hampir bunuh diri...



KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.
Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.



Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

p/s : teringat masa zaman2 Pak Nil dengan arwah Din Berammboi..best gile time tu..tetiap pagi tak pernah miss dengar Era... ^_^

5 comments:

  1. Cayalah PakNil!!!
    Semoga sakses slalu~~~
    sy ade sume mp3 lawak2 die n Arwah Din beramboi...hu3...best3!!

    ReplyDelete
  2. wah
    pak nil tolong selesaikan semuanya ke or just kasi seribu
    apa2pun Pak Nil memang baik
    :-)

    Review Filem KL Gangster

    ReplyDelete
  3. bagus la pak nil. pandai gunakan kelebihan yang ada. (:

    ReplyDelete
  4. Ade dengar pasal ni.. Tapi tak sempat sebab dah sampai ofis.. Hahaha..

    *Maaf ye,, lambat bagi feedback.. Masa 09 terlalu suntuk jadi tak sempat buat kunjungan balas..
    Ok,, jom kita tukar link.. http://dhatieku.blogspot.com
    Dah follow dan letak link blog ni dalam bloglist kat sidebar "Wajib Singgah"

    Entry Terbaru : Day 1 : 10 Things About You

    ReplyDelete
  5. pak nil yang baik hati. moga rezeki pak nil semakin murah.amin

    ReplyDelete