Menu

salam...
dalam beberapa hari lagi bulan ramadhan kareem akan meninggalkan kita...belum puas rasanya bagiku untuk beramal di dalam bulan yang penuh keberkatan ini...kerana sibuk dengan tugasan yg tidak menang tangan dibuatnya...rindu rasanya ingin bersolat tarawikh dan bertadarus di masjid namun apa kan daya keadaan tidak mengizinkan selepas siap segala assignment dan coursework final exam pula menjelang tiba..rasanya seperti baru semalam berada di Nilai dan sekarang akan menghadapi final exam yang bakal menentukan sama ada ku dapat melanjutkan pengajian di main campus atau sebaliknya..ya Allah begitu pantas masa berlalu ye...sehinggakan aku tidak memikirkan sebarang persiapan untuk syawal yang menjelang tidak lama lagi akibat risau memikirkan tentang final exam.. tambahan pula kebanyakan rakan2 ku tidak berada di tanah air tahun ini...sekaligus melunturkan semangatku menyambut syawal..hmm...syawal kali ini sunyi tanpa rakan2 di sisi..itu bukanlah penyebab utama tapi entahlah aku sendiri tidak tahu kenapa syawal kali ini seperti hilang serinya...tidak seperti tahun2 sebelum ni...ya Allah pertemukanlah aku dengan ramadhan tahun hadapan dan berikanlah aku keceriaan di lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi....
0

Salam..
Entri kali ini cuma ingin menukilkan sebaris doa utk rakan2 yg kini sdg menuntut di perantauan demi menggapai segunung impian..semoga tabah menghadapi cabaran hari2 mendatang.maaf kerana tidak dapat menghubungi kalian sebelum ini kerana terlalu sibuk dgn rutin hidup sebagai pelajar... namun.... walau di mana kalian berada ukhuwah yg terjalin antara kita akan terus kekal hingga ke akhir hayat...kami di tanah air sentiasa mendoakan kejayaan dan keselamatan kalian..rasanya seperti baru semalam kita bersama tetapi hari ini kalian berada jauh di rantau orang.. ingatlah teman2 ku pemergiaan kalian adalah untuk menuntut ilmu di jalan Allah bawalah kejayaan pulang sebagai penawar kepada rindu keluarga teman2 dan kenalan di tanah air..salam rindu kepada sahabat2 ku..kita bertemu dan berpisah kerana Allah jua..yakinlah satu hari nnti kita kan bertemu kembali...
Insya Allah...
0