Menu

Dapatkan Set Kombo Buku Terbaru Hamka Terbitan PTS Dengan Harga Diskaun

Dapatkan Set Kombo Buku Terbaru Hamka Terbitan PTS Dengan Harga Diskaun | Untuk peminat karya Hamka ada berita baik untuk kalian semua. PTS Bookcafe sedang mengadakan promosi untuk set kombo karya terbaru Hamka terbitan PTS. Untuk minggu ini saja, harga untuk set kombo ini ialah RM 72. Harga biasa untuk 4 buah karya yang terdiri daripada Lembaga Budi, Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, dan Tasawuf Moden ialah  RM 80 untuk 4 buah buku.

Jom kita intai satu satu apa yang terdapat dalam 4 karya Hamka ini.

Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.
Diribut runduklah padi
Dicupak Datuk Temanggung
Hidup jikalau tidak berbudi
Duduk tegak ke mari canggung
Hidup berbudi itulah tujuan kita!

Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.
"Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?"
Rahsia dan penuh rahsia.
Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?"
Rahsia.
Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.
Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

Cantik sungguh gaya bahasa yang tersusun dalam karya Hamka ni. Lembut tapi sarat membawa maksud yang tersirat. Semoga akan menjadi panduan untuk kita sepanjang kita hidup atas dunia. 
InsyaAllah.

Berminat nak beli kombo ini klik SINI
Berminat untuk beli buku ini secara individu atau karya Hamka yang lain klik SINI

No comments:

Post a Comment