Menu

Aku bukan alien

Star Trek Beyond.

Best jugak la. Aku bukan nak review sangat cerita ni. Tapi macam best pulak untuk aku sembang nak sembang pasal Star Trek Beyond ni. 

Korang tengok eh. Makhluk dalam cerita tu ada macam2 rupa. Aman je hidup. Takde pulak dia saling kutuk mengutuk rupa masing masing. Terima perbezaan fizikal. Gemuk kurus cantik hodoh. Yang penting hati. Kan?

Kita kena terima hakikat atas dunia ni manusia pelbagai rupa. Kalau contoh macam aku ni seorang OKU jangan la dok pandang pelik macam aku ni alien yang terlepas dari angkasa lepas akibat kapal angkasa yang terlepas. Chill la. Annoying tahu pandang2 gitu. Selalu aku senyum kalau mood aku baik. Kalau aku angin sikit mesti aku jeling baik punya orang tu. Lepas tu tak berani dah dia pandang.

Aku cuma harap satu hari nanti kurang la masyarakat yang pandang pelik kat parents yang bawak anak2 OKU ni. Terasa weh ekor mata tu memandang.

Pasal rimas orang memandang tu la jadi macam susah sikit OKU ni nak cari jodoh. Bayangkan. Kalau dating berdua makan eskrem orang dok pandang. Awek tolak wilca orang pandang lagi. Perlukan awek yang berjiwa kental bila ada orang pandang je dia cakap gini...

"Apa pandang-pandang? Tumbuk kang." 

Ok dah. 
Kbai.

No comments:

Post a Comment