Menu

Beli Novel Kopiah Buat Zauji Di PTS Bookcafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ni aku teringin nak promote satu novel terbaru daripada PTS Bookcafe. Nampak tajuk macam islamik sikit tapi sebenarnya tak sangat pun. Bila baca sinopsis macam ada kejutan budaya pun ye jugak. Lol.
Ni aku share kan sinopsis Novel Kopiah Buat Zauji ni.


 Bunga tahi ayam?!” ELLA
“ cuba kau jangan lihat dari namanya, tapi kau pandang pada keindahannya. Biarpun baunya busuk, tapi tetap mampu menyerikan taman. Betul tak?” - HAKIMI
Bila awek rock bertemu dengan mamat K-pop, hasilnya memang sangat mengujakan. Bukan sefahaman tetapi huru-hara jadinya.
ELLA dan HAKIMI berlainan minat, berlainan fesyen. Masing-masing sering mengutuk antara satu sama lain. Namun dalam diam, Ella suka mencuri – curi pandang. Gaya lelaki itu mampu buatkan jantungnya berdegup kencang.
Tanpa mereka duga, reunion orang tua mereka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jangan salah sangka, bukan terpaksa tetapi mereka sememangnya rela. Masing – masing punya agenda tersendiri. Mahu bebas dengan kehendak mereka tanpa sebarang halangan.
Rumah tangga mana yang tidak diduga, bukan kerana orang ketiga tetapi masalah – masalah kecil yang terbuku sehingga membawa kepincangan yang nyata.
“ Benci sangat ke abang pada saya? Apa salah saya? Saya ke yang buat abang jadi macam ni? Saya ke yang aniaya abang? Saya ke yang cuba bunuh abang? - ELLA
Dia menangis teresak – esak. Sesekali dia menyedut udara agar oksigen yang segar dapat dibekal dalam paru – parunya. Dia seakan – akan sudah tidak berdaya, namun dia bulatkan tekad.
Mampukah mereka menyelamatkan mahligai yang baru dibina?

So macam best kan?  Sapa yang teringin nak beli harga cuma RM 25. Sapa nak beli boleh la klik sini

No comments:

Post a Comment