Menu

Beli Novel Akadku Yang Terakhir Pada Harga Runtuh

Assalam dan salam sejahtera semuanya.

Dah lama aku tak menulis dalam ni. Acah2 bizi konon nye. Bila balik keje aku terus je tercongok depan tv tengok drama 'Akadku Yang Terakhir' yang dilakonkan Tiz Zaqyah dengan Amar Baharin. Comel je aku tengok si Tiz pakai tudung.

Macam biasa la trend drama sekarang yang diadaptasi dari novel. Tapi ada yang lagi suka baca novel daripada tengok tv.  Ni aku ada berita baik untuk peminat novel. Bookcafe ada bagi diskaun 10% unruk mereka yang berminat nak beli novel ni. Tak payah susah2 nak gi kedai. Register je pastu pilih buku dah tu bayar. Nanti diorang akan update bagi tracking number dalam 3 hari sampai la buku tu kat rumah.

Bagi yang tak tau cerita ni pasal apa, meh aku share sinopsis novel ni.

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….” 


 Buku ni diterbitkan oleh Kaki Novel tahun 2014. Harga asal RM 37.00 tapi lepas diskaun harga dia jadi RM 33.30. Kan berbaloi tu tak payah membazir minyak pegi kedai buku, bayar duit parking tinggal bayar je. Senang. Nak beli klik gambar atau pun klik sini

K. Adios.




No comments:

Post a Comment