Menu

Kali ni aku nak share tanda tanda yang menunjukkan  ada gangguan jin di dalam rumah atau premis perniagaan macam kedai, pejabat dan sebagainya. Bukan apa kadang kadang kita ni tak perasan kehadiran makhluk jin dan syaitan ni sebab kita tak tau tanda tanda diorang ada sekeliling kita yang berpunca dari Sihir, Saka dan Lintasan.

30 Tanda – Tanda Gangguan Jin di Dalam Rumah / Premis Perniagaan
1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya

2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan

3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya

4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi

5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)

6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)

7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah

8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah

9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap

10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi

11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya

12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi

13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus

14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama

15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik

16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya

17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan

18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan

19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan

20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba

21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam

22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur

23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil

24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas

25. Tanda lebam pada anggota badan

26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur

27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori

28. Terasa bahu ditepuk dari belakang

29. Terasa terkena renjisan air

30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat

PENTING : KALAU KORANG ADA TIGA DARI TANDA – TANDA GANGGUAN YANG AKU SENARAIKAN KAT ATAS NI SILA DAPATKAN RAWATAN DARI MEREKA YANG BIASA ATAU PAKAR DENGAN PERUBATAN ISLAM. TAKUT NANTI JADI BERTAMBAH BAHAYA DAN MEMUDARATKAN. KALAU LAMBAT NANTI AGAK SUSAH NAK  MENGUBAT.

Tak tahu mana nak pegi? Jangan risau Pusat Rawatan  Al-Qayyum sedia membantu. Aku ada cerita pasal pusat rawatan islam ni lama dulu kat sini.

Untuk pertanyaan lanjut atau membuat TEMPAHAN SESI RAWATAN / KAUNSELING, sila hubungi / WhatsApp Kaunselor Rawatan Pusat Rawatan Al-Qayyum di talian:

017-243 6434    Mu’alij Azlan Osman
017-243 6438    Mu’alij Amirul Hasan

Waktu Perkhidmatan :

Isnin - Khamis 2:00 pm - 11:00 pm
Jumaat 3:00 pm - 11:00 pm
Sabtu 2:00 pm - 6:00 pm
Ahad TUTUP
Rehat 6:00 pm - 8:00 pm


Sesi Rawatan diorang adalah secara EKSKLUSIF (tidak bercampur dengan Pesakit lain), MENYELURUH, SISTEMATIK serta telah TERBUKTI berkesan. InsyaAllah. Kita sebagai manusia Cuma mampu ikhtiar kuasa penyembuhan tu milik Allah. 
0

Hari ni tetiba aku tergerak untuk tengok tv. Kebetulan mak aku tengah tengok Astro Oasis, aku pun join sekaki. Bila lagi nak menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga kan. Tak gitu? Jarang aku nak layan tv ni walaupun bil Astro dibayar beratus ratus tetiap bulan. Heh.

Mak aku tengah tengok episod pengenalan Pencetus Ummah Musim Kedua. Jadi, meh sini aku share 10 peserta Pencetus Ummah Musim Kedua.   

10 Peserta Pencetus Ummah Musim Kedua
Barisan Murabbi bagi Pencetus Ummah Musim Kedua kurang hebatnya. Ustaz Haslin Baharin a.k.a Ustaz Haslin Bollywoood, bersama dengan Ustaz Tarmizi dan Fauziah Nawi dipilih sebagai murabbi untuk musim kedua ni. 

Jom sama sama kita tengok Pencetus Ummah Musim Kedua bermula 13 November 2014 di Astro Oasis dan Astro Maya HD
0

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Seronoknya rasa dijiwa buat kaki shopping online tegar seperti aku ni bila ada jualan besar besaran macam ni. 'JUALAN HEBAT LAZADA MALAYSIA 11/11' ibarat bulan jatuh ke riba. Ada pulak contest yang hadiah nya sangat best, maka menggalakkan lagi aku untuk shopping secara online dikala duit dalam tabung ayam takberapa mengizinkan aku berbuat demikian. (Korek sikit tabung kecemasan.) Haha.

Aku redha. Aku pasrah.

Maka dari itu para pembaca sekalian, mohon doakan aku menang agar kegilaan shopping online aku terubat sikit. Bukan apa. Tangan ni menggigil bila tengok website shopping online ni. Maklumlah kena tahan nafsu dari terus menodai tabung ayam. Kalau tak makin surut isi tabung ayam tersebut. Sadis kan? LOL.

Ceh. Over betul ayat. Boleh masuk ujibakat Maharaja Lawak ni. Haha. Ok untuk siapa yang berwang, berduit dan gila online shopping dan  sebagai nya jangan lupa membeli belah di jualan besar besaran di 'JUALAN HEBAT LAZADA MALAYSIA 11/11'





3

Aduhhh..aku seriau tengok berita budak diikat tangan dan kaki oleh pengasuh di rumahnya tu. Macam mana pulak kalau mak bapak yang kena bekerja dan tinggal anak di rumah pengasuh? Mesti risau tak terkata. Pernah aku terfikir untuk kerja dari rumah, sekarang ni banyak je orang kerja dari rumah online je depam PC atau laptop. Jadi ada masa untuk jaga anak kat rumah. Pernah gak terfikir untuk bisnes cupcake, tak pun bisnes tudung online. Gitu?

Kan best kalau dapat jaga anak sendiri. Dapat tengok diorang membesar.
Biasa lah, bila aku bagitau cadangan tu kat orang, diorang akan respon gini "Gila kau. Ada Law Degree  kerja macam tu. Baik tak payah study." Bukan apa aku ni susah nak gerak ke mana mana jadi aku ambik keputusan tu. Macam sekarang ni pun. Nak ambik lesen kereta OKU pun susah ya amat. Sabar je la.

Jadi sekarang ni aku berusaha takat mana yang mampu. Macam website yang sediakan peluang kerja di rumah (Jobdirumah) dan Advertorial.MY. Aku dah try masyuk gak advertorial.my ni. Boleh dapat RM 200 gak sebulan. Kalau siap pasang banner bagai lebih sikit la. 

So rezeki ada di mana mana. Yang penting usaha dan ikhlas kerja tu.


1

Ada orang share kan tadi kat facebook tentang satu cadangan membina Taman Tema Al-Quran. Aku memang setuju sangat dengan cadangan tu sebab anak anak sekarang ni dah terlalu banyak hiburan yang melalaikan jiwa. Dengan gadget, tv dan tempat hiburan yang bersepah kat mana mana. Elok jugak sekali sekala ada hiburan yang mendekatkan keluarga kita dengan Al-Quran.


Aku bukan la Islamik sangat tapi kalau ada cadangan baik apa salahnya kita sokong. Kan?

3

Haa..  tadi aku ada cerita pasal mereka yang gigih buat pinjaman sebab nak kahwin. Jadi sekarang aku nak share tips yang ada untuk jimat belanja kahwin untuk yang baru nak kahwin atau bercita cita untuk kahwin lagi. (yang ni atas tanggungjawab sendiri, berani buat berani tanggung)



Tips jimat belanja kahwin atau kahwin lagi:

+ Kumpul ramai-ramai untuk buat akikah jadi boleh tumbang seekor lembu. Jimat belanja lembu.

+ Buka penajaan untuk kad kahwin, fotografi, baju, pelamin dan lain-lain. In return mereka dapat buka booth di hari kenduri. Mereka dapat buat marketing. Kita tidak keluar duit.

+ Bela ayam kampung 6 bulan sebelum kenduri, masa kenduri tinggal sembelih.

+ Tanam nanas dan timun setahun awal cukup untuk buat acar kenduri.

+ Akhir sekali boleh ajak saudara mara kahwin sekali kenduri untuk share kos.

Ini terpulang kepada korang nak follow atau tidak. Ini sekadar saranan saja. Tak wajib ikut pun. Aku rasa ikut lagi bagus takde la tidur malam diganggu hutang.

Jom cari duit lebih untuk kahwin dengan join affiliate  >>>>>> Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu
2

Sihat tu satu nikmat yang berharga untuk manusia. Kalau dah sakit apa pun tak boleh buat kan? Tapi kalau dah sakit jugak nak buat macam mana. Itu namanya ujian dari Tuhan untuk hapuskan dosa kita. Ingat, Nabi ada pesan setiap penyakit tu ada ubat kecuali mati. Jadi tak salah kita berusaha untuk mengubat penyakit tu tak kisah lah sama ada jumpa doktor atau secara alternatif.

Bila kita bercerita pasal perubatan alternatif ni dah tentu lah kita pilih yang menjalankan kaedah perubatan yang berlandaskan syariat Islam. Bukan apa, biarlah usaha kita untuk mendapat kesembuhan dari penyakit tu diredhai Allah. Itu yang utama.


Hari ni aku nak cerita pasal Pusat Rawatan Al-Qayyum. Pusat ni diasaskan oleh Indera Saifullah Tahir dan dibantu oleh rakan beliau Cikgu Abdullah Ibrahim. Pusat ini beralamat di B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment Bandar Sri Damansara, 52200 KUALA LUMPUR. Yang menarik tentang PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM mereka berkonsepkan 'Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah' (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre) yang mengamalkan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah; iaitu merupakan gabungan variasi Perubatan Islam (mendominasi), Perubatan Tradisional, Perubatan Alternatif, Perubatan Komplimentari dan Perubatan Suplimentari. Jarang untuk ada pusat rawatan alternatif yang menyeluruh macam ni.




Ada 8 bidang perkhidmatan yang ditawarkan pusat rawatan ni

a)  RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN (Perkhidmatan Utama)
b)  BEKAM SUNNAH
c)  RAWATAN JARAK JAUH
d)  RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN
e)  PRODUK KESIHATAN ISLAM
f)   KELAS MENGAJI AL-QURAN
g)  PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
h)  PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK

(so boleh la pilih ikut perkhidmatan yang dikehendaki)

Kita selalu anggap pengamal perubatan alternatif macam tok bomoh dan tok dukun. Tapi sebenarnya bukan. Cara yang digunakan itu lain sangat. Bagi aku dengan adanya pusat rawatan macam ni dapat la mengelakkan masyarakat daripada terjerumus dalam perkara syirik macam yang kita tengok dalam cerita melayu kat tv tu. Nauzubillah.




Jom tengok teknik yang digunakan. Bukan satu je. Macam-macam teknik digunakan mengikut keperluan.

  • ·         .         Kaunseling dan Analisis
  • ·         Hikmah Mata Hati (Scan)
  • ·         Bacaan Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Zikirullah      
  • ·         Doa-doa Mustajab
  • ·         Azan
  • ·         Aliran Tenaga Aura Cahaya (Luaran)
  • ·         Aliran Tenaga Dalaman
  • ·         Sedutan Cas Negatif (Suction)
  • ·         Pemerangkap Cas Negatif
  • ·         Perumah Cas Negatif
  • ·         Pewangi Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Pengecasan 7 Pusat Tenaga
  • ·         Lafaz Pemutus
  • ·         Terapi Aroma
  • ·         Terapi Cahaya Penyembuhan
  • ·         Terapi Audio Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Terapi Mandian Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Bilik Mandi + Kemudahan
  • ·         Bilik Persalinan + Kemudahan
  • ·         Air Mineral Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Ijazah Amalan Zikir
  • ·         Teknik Rawatan Lain (sekiranya perlu)      

          


Siapa yang berminat boleh la hubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum seperti yang dinyatakan kat bawah.

 A) TEMPAHAN SESI RAWATAN / KAUNSELING:
TAIP SMS / WHATSAPP  TEMPAH [nama], [lokasi anda], [penyakit/masalah], [tarikh temujanji], [masa temujanji]
Contoh: TEMPAH siti rohani, bangi, gangguan jin, 14 feb 2014, 8 pm
HANTAR KE 017 243 6434

B) PERTANYAAN SEGERA: Sila hubungi KAUNSELOR RAWATAN anda antara jam 9:00 AM - 5:00 PM, ISNIN - JUMAAT
(Rehat: 12:30 PM - 2:00 PM):
017 243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan)
017 243 6434 (Mu'alij Azlan Osman)

*mu’alij tu perkataan arab yang bermaksud perawat.
Email:        alqayyum.holistic@gmail.com


Dan last sekali, apa yang penting, janganlah putus asa DAN perlu ada Iman, Taqwa dan Istiqomah (berterusan) dalam diri Pesakit dan juga Perawat; sepanjang proses rawatan.


Hikmah Mati Hati (Scan) dilakukan oleh mua'lij (perawat)


"TIDAK ADA KESUSAHAN (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan IZIN ALLAH; dan SESIAPA yang BERIMAN kepada Allah, Allah akan MEMIMPIN HATINYA (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), ALLAH MAHA MENGETAHUI akan tiap-tiap sesuatu" (At-Taghobun: 11)

Maklumat lanjut dan testimoni klik sini.
1

Bila tengok je keratan akhbar ni secara tiba tiba terdiam. Cek dalam tabung ayam ada la sikit duit. Baru lepas duit mas kahwin. Duit kenduri pun tak lepas lagi ni. Ahhh...masak gini. Tapi nak kahwin. Adui la...
Parah.

Bila kahwin semua nak grand sampai sanggup berhutang. Last2 dah 5 tahun kahwin pun tak habis bayar hutang. Susah untuk aku bayangkan celah mana datang bahagia kalau dah hari2 dibelenggu dengan hutang. Ni baru pinjaman kawin. Kereta? Rumah? Anak?
Garu kepala.

Maka dari itu bermula sekarang aku kena ada effort menambahkan pendapatan. Kot2 ada rezeki nak kahwin senang. Tak payah nak berhutang sana sini.

InsyaAllah. Kalau kawin kerana Allah akan dipermudahkan semuanya. Ni aku share satu teknik buat duit untuk blogger macam aku ni 

Jeng...jeng...jeng....


Rezeki tak datang bergolek. Kena Usaha.

0



Semua benda yang berlaku tu mesti ada hikmah. Yang penting jangan berhenti percaya pada Tuhan dan teruskan hidup dengan senyuman. Chill. Kalau kau rasa hidup kau tu sangat susah, ingat la ada orang lagi susah ujian yang Tuhan bagi.

Macam aku, OKU tak boleh jalan kena duduk atas wheelchair. Susah nak gerak ke mana2 susah nak cari keje. Tapi cuba gak cari altenatif menjana pendapatan. Online la apa lagi. Sekarang ni antara nak dengan tak je. Tak gitu.

Senang je aku nak positif ni, Tengok OKU yang terbaring dan cuma bergantung kat orang lain. Sedih je. At least aku boleh la jugak merepek dalam blog ni dan masyuk jugak la sikit.

Ok la tu dari takde langsung.

Heh.

Ni salah satu cara aku buat duit:



Rezeki ada di mana mana. Berusaha lah. Cepat hoi. Lambat melepas.  

2

Minggu ni dihebohkan dengan penyebaran video lucah ustaz Azhar Idrus. Macam biasa lah bila dah diupload ke laman sosial ni terus jadi viral. Semua dok pakat tengok lepas tu jadi pakar analisis video. Dok maki orang yang upload. Korang sedar tak sebenarnya yang tengok video lucah boleh tu boleh buat kan hati kita gelap. Yang tu dah dosa. Tambah pulak kita maki yang upload tu. Lepas tu pegi share pulak video tu. Fikir. Banyak dosa seyh kita dah buat berpunca dari satu video.

Dalam isu ni, aku respek sama UAI yang pilih untuk berdiam diri supaya  tidak mengeruhkan keadaan. Ada pulak kenyataan daripada isteri dia untuk backup. Nampak tak? Itu gaya orang yang ada iman menghadapi musibah. Kekal tenang. Tak cepat melatah.

Buat UAI sekeluarga, moga sentiasa dalam redha Allah. 




0


Haritu sibuk dengan event I want to touch a dog. Sekarang aku nak kasi tau satu program yang lebih bermanfaat daripada pegang anjing tu. Bukan tak boleh pegang anjing. Tapi kena la ada keperluan yang mendesak je. Setakat suka suka nak pegang tu tak payah nak gatal2 pegang.

Nabi selalu pesan kat kita supaya buat baik dengan anak yatim. Pegang kepala je pun dah berguguran dosa kita. Jadi sekarang biar aku promote event ni supaya ramai orang join aktiviti bermanfaat ni walaupun aku tak dapat nak pegi dan semoga ianya membawa manfaat kepada anak2 yatim ni.

I WANT TO TOUCH ANAK YATIM

Tarikh : 3 November 2014 (Isnin) / 10 Muharram 1436

Masa : 6PM - 9PM

Tempat : Rumah Pengasih Warga Prihatin, 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru 43000 Kajang

Penganjur : Richwell (012-269 6492)

Rumah Pengasih Warga Prihatin (013-585 8700)

Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR: At-Tabhrani)

Apa lagi? Jom pegi ramai2. Kalau tak pun buat post untuk viralkan event ni.


2

Macam yang kita semua tahu sarpan pagi tu penting sebelum kita memulakan hari kita. sarapan ni membolehkan kita bertenaga sepanjang hari. Kalau tak sarapan nak buat apa pun lembik tak bermaya. Jadi kat sini aku share sarapan pagi orang yang kaya dan terkenal dalam dunia. Kalau tak dapat jadi kaya, dapat tiru cara hidup dia pun jadi lah.

Haha. Sama2 la doa moga aku kaya satu hari nanti.

1

Ipoh: "Bila adik hendak balik rumah, abang tidak sabar mahu bermain dengan adik," kata Ahmad Hafiy Harzan Ahmad Nazri, 5, abang kepada Jasmin Nur Qomar Ahmad Nazri, dua bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan pramatang 11 Ogos lalu.
 Lebih malang bayi perempuan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh itu turut menghidap penyakit sindrom Down dan tiada saluran najis selain memerlukan pembiayaan kos pembedahan jantung dianggarkan berjumlah RM30,000.

Terkesima jap aku baca keratan berita online ni. Tatkala ada artis yang ditaja untuk bersalin ada lagi masyarakat yang memerlukan bantuan kita. Itu baru kos pembedahan belum lagi ubat dia dan maacam2 lagi keperluan dia. Banyak lagi duit yang diperlukan sebenarnya. 

Betapa double standard Malaysia ni. Hanya kerana seorang artis segalanya ditaja. Jarang kita dengar ada hospital nak taja pembedahan untuk mereka yang betul2 memerlukan. Sebagai tanggungjawab sosial pihak hospital untuk masyarakat.

Moga dipermudahkan urusan baby ni. Moga ada manusia yang sudi sponsor. Aku sebagai blogger cuma membantu panjangkan cerita.


1

Sebelum aku tulis apa2 dalam ni, just nak inform ini adalah pendapat peribadi aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah bergelar mahasiswa.

Aku rasa takut. Sangat. Melihatkan mahasiswa yang konon nya diasuhkan dengan ilmu dalam satu institusi yang cukup gah di mata dunia, jadi semacam beruk dalam cerita Rise of The Planet of The Apes. Sampai runtuh pagar tu. Gara- gara menyokong idola politik diorang. Program 40 Tahun Dari Universiti Malaysia ke Penjara dah jadi macam tempat meluah perasaan sebelum keputusan mahkamah berkait kes liwat esok.

Aku tak rasa mak bapak diorang akan bangga kalau tahu anak diorang buat gitu kat universiti. Bukan tak tahu kesan dia masa akan datang, Kalau didapati bersalah boleh kena gantung. Paling teruk kena buang. Masa tu segala pengorbanan mak bapak akan jadi macam sampah. Tak guna langsung. 

Andainya korang tau macam mana susahnya hidup seorang oku kat universiti, mesti korang bersyukur. Dengan kemudahan yang tak lengkap, nak sesuaikan diri yang nyata bukan senang untuk hidup dalam kalangan manusia normal sebenarnya. Harapan mak ayah jugak yang perlu digalas. Satu perkara yang bukan main2. 

Setiap titis peluh ayah.

Setiap titis air mata mak dalam doa.

Segalanya cukup berharga. Bagi aku seorang anak. Walau perit macam mana pun aku move on je. Kalau orang lain malas study boleh keje. Kalau OKU macam aku kena ada ilmu baru orang pandang.

Aku bukan anti mahasiswa berpolitik. Tapi nak politik pun berpada pada lah. Jangan ekstrem sangat. Kita ada benda yang lebih utama. Sudah2 jadi hamba politik.

Study. Balas jasa ayah. 4 tahun je dalam U. tak lama pun. Bila dah habis nanti politik la semahu nya. Takde sapa nak marah.

Bila tengok gambar ni aku rasa puas. Berakhir segala kepayahan. Terbalas sikit penat lelah mak abah walau tak cemerlang mana pun. Sekarang masa untuk berbakti kepada mak ayah dan masyarakat dengan ilmu yang ada.

Doakan moga dipermudahkan semua.

"Sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain."
2

Baru je aku terbaca satu berita pasal seorang bapak dok cari anak dia yang hilang sejak tujuh bulan lepas. Menakutkan sungguh realiti masyarakat sekarang. Baru tunang dah bagi kepercayaan 200 peratus. belum kawen lagi tu. Kalau dah kawen tu lantak pi la dia.

Rahsia Bisnes Tudung Masyuk Terbongkar !!!

Kadang2 mak bapak ni tak prihatin nak adakan background check kawan2 dia. Kalau ada apa2 senang untuk kita refer di kemudian hari. Berita yang aku baca tu sampai dah tunang baru tersedar yang rupanya tunang tu penipu. Diburukkan lagi keadaan dengan anak tu dah lari ikut tunang. Maka berhabis lah masa, tenaga dan duit mak bapak untuk cari anak yang hilang tu.


Kesian.

Mak bapak aku sendiri masih ada rasa nak ambik tau sapa kawan2 aku even dah 24 tahun. Dah boleh jadi laki orang hoii..!! Bukan untuk busy body, cuma sebagai langkah keselamatan untuk diri sendiri.


1

Hai korang ! 

Selamat pagi. 

Rise and shine peeps.

Lepas mandi pagi ni aku bersiap pastu keluar je dari bilik diserbu satu persoalan...

"Awal kau mandi hari ni. Ada apa-apa ke? Semacam je. " Kata emak.

"Salahkah saya ini mandi di waktu pagi? " Jawab aku.

"Takde lah...takut2 kau baru nak masuk alam dewasa." selamba je mama jawab.

LOL. 

Macam tu pun boleh. Bukan apa selalu aku mandi lambat sikit. Nak mandi awal pagi memang tak lah. Sejuk. Jadi bila mandi awal ni adalah satu yang rare bagi aku dan boleh mencetuskan kontroversi untuk seisi rumah.

Akhir kata, jangan bikin panas.

Heh.


0

'I want to touch a dog' jadi cerita panas di alam maya semenjak 2-3 minggu kebelakangn ni. Cerita tu tak habis. Habis kena hentam organizer. Senyap terus.

Bagi aku banyak lagi benda faedah boleh buat selain dari pegang anjing tu. Cium mak ke, jaga mak sakit ke, dapat gak pahala. Lain la kalau ada keperluan nak pegang anjing tu takpe. Ini pegang siap selfie. Jadah apakah? 

Jahanam. Rosak.

Dah tu tersebar pulak gambar anjing berjubah siap dengan serban. Dikaitkan dengan event tu.  Padahal tu bukan kat Malaysia. Main google pastu sebar. Tak selidik dulu. Tu lah buruknya netizen ni. Sampai dah jadi gini, nampak sangat tak berapa nak bijak nya.

Lain kali hati hati la. Ni cerita sebenar.


"The above photo which had riled up netizens in Malaysia was actually used on Facebook by Mujahid Asari Dokubo, ex-militant and leader of the Niger Delta People's Volunteer Force (NDPVF) in his criticism against the new emir of Kano in northern Nigeria, Lamido Sanusi back in June."

Sumber : The Rakyat Post
1

*advertorial*

Memang la kadang2 hidup tak selalu indah kan? Macam peribahasa Melayu cakap ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Gitu. Tapi tak elok la kita selalu sedih je sebab dalam hidup ni kita ada naik turun dia. Meh aku cerita pasal depression dan macam mana nak ubat dia.

Firstly, kena la kenal pasti tanda2 kemurungan tu. 

Perubahan perasaan. Sedih tu kalau berpanjangan melebihi 2 minggu jaga2 korang mungkin mengalami kemurungan.

Lepas tu ada gangguan terhadap fungsi kognitif
-         Ada rasa putus asa, lost hope.  
-       Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.  
-         Rasa membunuh diri.  
-         Hidup dah tak seronok  
-         Tak boleh nak fokus  
-         Pastu minat pun kelaut.

Ada gak tanda dari sudut Biologi 
1.     Tak selera makan  
2.     Turun berat badan  
3.     Tidur terganggu  
4.     Hilang keinginan seksual  
5.     kitaran haid pun lari  
6.     Cepat lesu. 

Ingat tak dulu aku ada tulis pasal Pusat Rawatan Al-Qayyum? Pusat ni  memang kerap menerima Pesakit yang mengalami masalah kemurungan, samada wanita mahupun lelaki. Dengan menggunakan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah (melihat kepada aspek fizikal, minda, rohani, hati dan jiwa) yang terdiri dari gabungan variasi Perubatan Islam, Tradisional, Alternatif, Suplimentari dan Komplimentari; alhamdulillah, ramai yang dah berjaya disembuhkan.

Baca : Pusat Rawatan Al-Qayyum

Bagi mencapai kesembuhan sepenuhnya, para Pesakit perlu memberikan kerjasama sebaik mungkin dan  menjalani Prosedur Rawatan Penuh secara istiqomah (berterusan), yang kebiasaannya memerlukan antara 3 hingga 5 sesi Rawatan dan Terapi Al-Quran. Antara Teknik Rawatan yang digabungkan dalam prosedur rawatan ini ialah seperti Kaunseling & Analisis, Bacaan Ruqyah Syariyyah, Zikirullah dan Doa Mustajab; Aliran Tenaga Aura Cahaya (Luaran), Aliran Tenaga Dalaman, Sedutan Cas Negatif, Pemerangkap Cas Negatif, Pewangi Ruqyah Syariyyah, Terapi Aroma, Terapi Cahaya Penyembuhan, Terapi Audio Ruqyah Syariyyah, Terapi Mandian Ruqyah Syariyyah dan sebagainya lagi. In shaa Allah.

Tapi, Pesakit yang dah jadi gila atau mengalami kerosakkan saraf otak, maka rawatan dari pihak Hospital (Perubatan Allopati) adalah amat disyorkan.

Sekiranya korang mengalami masalah Kemurungan, boleh hubungi PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM di talian  017-243 6434 (Mua'lij Azlan Osman) atau  017-243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan) bagi mendapatkan rawatan segera; sebelum keadaan  menjadi semakin parah dan sukar untuk diubati.

Baca : Chakra dan Aura tu adik beradik eh?

Untuk pengetahuan korang, masalah kemurungan ini; jika tidak diubati dengan segera; berkemungkinan boleh membawa kepada penyakit fizikal yang lebih kronik seperti gila, hilang ingatan, halusinasi, penyakit jantung, stroke, saraf, darah tinggi, migraine, buah pinggang, penyakit hati, kanser dan sebagainya lagi, di dalam jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang.

Dari perspektif Perubatan Islam, masalah kemurungan ini sebenarnya adalah berasal dari gangguan syaiton dan jin yang mengalir di dalam darah seseorang itu dan menganggu fikiran (minda), hati dan jiwanya; sehingga menyebabkan seseorang itu mengalami kesedihan melampau yang berpanjangan (dan boleh bawa kepada gejala membunuh diri). Hanya dengan penggunaan ayat-ayat al-Quran (berserta Iman, Taqwa dan Istiqomah) sahaja yang mampu menghapuskan segala gangguan syaiton dan jin; yang berada di dalam dan di luar tubuh manusia.

Wallahu'alam.

"Yakub menjawab: Sesungguhnya HANYALAH kepada ALLAH aku mengadukan kesusahan dan KESEDIHANKU, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."  (Yusuf:86)





1