Menu

Duit.

Kalau tak ada duit memang tak boleh nak hidup. Maklum lah semua benda nak kena bayar. Kencing pun kena bayar 20 sen. Tu dulu. Sekarang tak tau. Nak lagi toilet premium kat KLCC tu. Eksklusif kata ko padahal nak kencing je pun. Bukan nak tengok wayang dalam tu. Haha. Lol.

Sekarang ni makin mudah untuk dapatkan duit. Hack ATM pun dah boleh dapat duit. Senang kan? Halal haram dah tak kira. Janji masyuk, Gitu kata mereka. Beratus ribu boleh lesap. Mudah dan cepat macam buat cucur udang adabi.

Usaha gigih mesti ada. Mintak kat Tuhan tu jangan lupa. Baru berkat. Tak kira sikit macam mana pun mesti cukup. 

Tak gitu?

2

Okey.

Dah sampai hari yang ke - 30. Gila la. Tak berapa nak mencabar la sangat. Entry banyak lubang lagi hahaha. Tapi takpe. Aku update jugak. Jap lagi aku pulun cover balik.

Apa yang aku berbangga tahun ni? Dah mesti nya aku berjaya grad. Akhirnya. Setelah 4 tahun setengah. Macam tak percaya. Setelah berhempas pulas, memerah otak, bermandi keringat, menangis sayu. Kahkahkah dramatis sangat uols.

Jadi pesanan aku untuk mereka yang malas nak study tu, tengok la aku ni. Susah gila nak habis study dengan segala halangan yang dihadapi seorang OKU akhirnya habis jugak. Macam korang yang normal ni, dengan segala kesenangan yang ada kalau tak dapat @ tak nak sambung study memang rugi.

Zaman kat uni memang best. Walau stress study ada jugak member mengadu, awek memadu kasih eh...eh...haha gitu lah.

Alhamdulillah.


2

Senyap. 

Aku bukan duduk diam2 kat rumah. Ada sikit hal nak setel untuk konvo lagi 2 minggu. Dengan jawab survey tah entah apa2 soalan tu. Banyak gila sampai naik hijau muka aku menjawab. Apa boleh buat jawab je lah. Kang tak boleh ambik jubah konvo susah la pulak.

Macam tak percaya pun ye masa pegi ambik jubah tu. Ye lah manusia paling tak boleh blah mulut nya bila ada isu pasal student OKU, dengan betapa perit hidup tak cukup kemudahan belajar aku hadap je akhirnya habis jugak.

Tampar diri sendiri macam dalam movie untuk sedarkan diri. Haha.

Ah. Tu baru satu halangan. Banyak lagi sebenarnya. Lesen kereta aku yang tak setel lagi. Dilema nak buat apa lepas konvo. Aku tak tau sama ada nak jadi lawyer yang super bizi tapi duit masyuk atau buat kerja lain yang takde kena mengena dengan law langsung. Takpun jadi blogger je. Duduk depan laptop.

Entah, Blur je aku.

Bagi anak tunggal macam aku sah2 lah aku kena jaga family aku. At least tak dapat jaga dapat ambik peduli ok lah. Macam kawan2 aku yang nak jadi lawyer dok cerita keluar pagi2 dah malam kang baru balik. Bila balik rumah tidur. 

Takde lfe.

Kalau parents orang lain, kalau sorang anak tak balik at least anak yang lain ada. Tak la sunyi. Dah kalau macam aku ni tak ke kesian diorang tu. Patut dah tua ada la orang tolong jaga, spend time dengan diorang.

Dan sebab itu akhirnya aku pilih untuk aktif blogging dapatkan income dari internet dan dapat tolong tengokkan parents aku tu.

Moga Allah redha. Mungkin ada hikmah dia.



3

Wahhh...dalam otak ni dah berangan angan...terbang jauh ke Pulau Bali. Itu la destinasi pilihan aku untuk bercuti. "Kenapa Bali?  Dekat sangat tu..jauh2 la sikit." Mungkin korang terdetik dalam hati gitu kan?



Bagi aku, kalau nak bercuti tu mesti la yang realistik. Yang kita mampu nak pegi. Bagi aku Bali tu dekat la dengan Malaysia..kot jadi apa2 senang sikit aku balik. Dekat ke jauh yang penting macam mana kita spend holiday kan? Dah puas pegi Bali kita merayau tempat menarik yang ada kat Indonesia sana tu. 

Selain daripada tempat yang cantik, kos yang murah, aku suka dengan budaya masyarakat yang pelbagai latar. Sejarah tempat tu. Memang seronok la kalau dapat pegi situ bersama family sebab banyak manfaat nya. Gitu.

Ok, dah nak tido. Mimpi pegi Bali.

  
0


Snapback ? Apa tu? Snapback ni selalu ada dalam budaya pop. Fesyen snapback dah jadi trend budak2 lelaki yang majoriti umur 16-25 tahun. Snapback dah sinonim dengan muzik kiranya jadi macam satu fenomena la dalam dunia muzik ni. Bila golongan artis dah start pakai snapback ni dah tentu la jadi ikutan peminat sekaligus ia diterima masuk dalam dunia fesyen.


Kalau kat negara barat snapback ni dah jadi perkara wajib dan biasa yang diorang pakai bila nak keluar rumah. Kat Malaysia ni slow-slow pemakaian snapback dah jadi trend dalam kalangan Gen Y kita.


Snapback sama macam aksesori lain jugak yang di mana fungsinya dapat menjadikan seseorang tu kacak bergaya. Kira up sikit la level kehenseman tu. Lagi satu Malaysia ni kan beriklim khatulistiwa so dapat la melindungi kepala tu dari panas mentari dan hujan yang membasahi bumi. Kiranya bukan sekadar nak cantik je. Ada la kegunaan dia. Sungguh mudah dan sesuai dipakai bila2 masa je. Memang tak rugi lah. Dapat menambah kehenseman diri dan berguna siapa tak nak kan?


Bukan lelaki je perempuan pun ada pakai snapback jugak tau. Malas nak pergi kedai atau shopping mall? Jangan risau, boleh dapatkan secara online dari Zalora. Jangan risau sebab Zalora ni website online shopping yang terkemuka kat Malaysia ni. Banyak pilihan snapback yang terkini ada dijual kat website tu. Macam macam jenama ada dan harga pun berpatutan, tak lah mahal sangat. Berminat? Pergi lah ke website Zalora dan start shopping barang yang jadi idaman hati. Sure tak menyesal.

Selamat bershopping ! 

1


Another crazy idea pop up.

Ultras Malaya special edition for disabled people. 



Bukan apa...stadium kat Malaysia banyak yang non disabled friendly. Jadi lebih prefer duduk rumah tengok bola kat tv.

Jadi dengan adanya kelab ni sesama oku yang gila bola macam aku ni dapat berkumpul dengan oku lain dan at the same time buktikan kat orang yang we're freaking normal. Not as pathetic as semua orang fikir. 

So that bila ministry of sports tau that the disabled pun ada team supporters sendiri baru la ada improvement facilities oku dalam stadium. Takde la oku terperap kat dalam rumah.

Salim Harmanain,
Tak reti main bola, cuma boleh main PES tapi minat bola sepak.

Heh. Mohon YB KJ pertimbangkan cadangan. Bukan apa. Nak gi oversea yang disabled friendly tak cukup duit lagi.
1

Cabaran dah masuk hari yang ke-21. Selaku OKU yang kaki rayau tak sedar diri tajuk ni sangat terkesan di jiwa. Pegi Mekah dan Madinah tu dah confirm la. Sapa tak teringin tu memang rare lah kan?

Ok kalau dalam negara aku nak pegi segala pulau yang cantik kat dalam Malaysia ni. Aku memang suka alam semulajadi ni. Pulau Sipadan, Langkawi, Gaya, Tioman ke? Memang teringin sangat. Ditemani wifi dan yang tersayang. Pergh. Heaven gila tau.



Ok kalau di luar negara tempat yang aku nak pergi banyak. Aku bagi top 3. 



1. UK. Setelah tak dapat nak further study situ, dapat jalan2 jadi la. Nak pegi seluruh stadium bola sepak yang ada. Lagi2 Old Trafford. Stadium Manchester United. Tu paling wajib kalau aku sampai UK nuh.



2. Kota cinta Paris. Oh. Sekali lagi. Dapat sampai Eiffel Tower nak piknik situ. Sambil2 aku baring di atas rumput. Buat scene ala2 romantis.



3. Jepun. Suka tengok budaya dan sejarah diorang. Lepas tu ada satu sisi lain dengan kemajuan teknologi diorang. Selaku peminat tegar Doraemon dan anime lain aku nak jugak lawat tempat yang berkaitan dengan anime ni.

Moga satu hari nanti dapat pergi. Hee..
3

Aku ni memang jenis yang suka berkongsi quote dalam facebook. Kerap jugak la. Dalam banyak2 tu ada satu yang melekat dalam hati aku masa aku tengok cerita Syurga Cinta yang Awal Ashaari dengan Heliza Helmi berlakon tu. Yang ni...


Dalam maknanya. Memang sesuai diaplikasikan dalam hidup kita ni kan. Maka dengan ini selesai cabaran hari ke 20. Tido dulu la eh. Hari pun hujan ni. Sedap tido.

Kroh...krohhh...

0

Dah aku ni suka makan bila disuruh cerita pasal makan apa lagi. Terus la laju update. Banyak sebenarnya jadi kegemaran. Masak lemak tempoyak, asam pedas, masak kicap dan lain lain lagi la. Cabaran hari ke -19 membikin aku menelan air liur kerana mengenangkan kesedapan resepi tersebut.

Ini la dia...jeng...jeng...jeng...


Ni la dia ayam ungkep. Masakan orang jawa. Memang jadi pujaan hati lah. Makan mesti tambah nasi punya. Tak tau la aku orang  lain panggil masak apa. Yang penting resipi ni memang terbaik.Hehe.

1

Cabaran 30 Hari ni dah masuk hari yang ke 18. Sikit lagi nak tamat. Ok sekarang tengah gigih nak catch up balik entry yang ketinggalan beberapa hari lepas.

Cabaran hari ni adalah siri tv kegemaran. Errmm...biasanya aku akan layan apa yang mak aku tengok kat tv. Aku ni jenis yang suka drama romantik komedi, kalau ada yang bergenre gitu sah2 aku melekat kat depan tv. Yang jiwang penuh dengan air mata ni kurang sikit sebab aku ni jenis emo bila tengok drama. Kalau aku menyampah terus tak tengok dah. Menjiwai la katakan. Haha.Tak kira la drama apa. Melayu ka, Korea ka, semua layan.

Aku minat gak drama yang berunsurkan penyiasatan. Biasanya cerita ala2 CSI, NCIS, Bones dan banyak lagi la yang sama waktu dengan nya. Bukan apa suka tengok cara diorang merungkai misteri tu yang kadang kadang tak logik akal ditambah dengan alat penyiasatan yang awesome.

Rancangan yang bercorak game show pun aku layan gak. Macam Running Man, Amazing Race. Kalau dulu ada Explorace pastu Di Mana Joe Jambul itu semua aku layan. Dari kecik lagi memang dah minat gameshow ni. Suka tengok semangat diorang nak menang. 

Yang drama pasal kehidupan kat high school pun aku suka. Macam Boys Over Flower dengan Glee. Memang entah berapa kali aku repeat balik cerita tu.


Yaa...itu la siri tv kegemaran aku. Nampak sangat aku kaki tengok tv kan? Heh.





2

Bila dah menginjak ke usia melepasi remaja banyak perkara perkara yang aku rindukan. Serabut kepala aku asyik fikir banyak perkara.

1. Rindu zaman budak budak hingusan dulu. Takde benda nak fikir. Asyik main dengan penuh gembira tanpa rasa bersalah dan serabut.

2. Rindu zaman sekolah. Di mana aku pegi sekolah dengan mak naik moto untuk 12 tahun lama nya. Kena buli dengan kawan2 dan ngorat awek kelas sebelah. Konon cinta monyet haha.

3. Rindu arwah atuk aku. Dulu masa kecik2 selalu tido bawah ketiak dia. Kalau dia pegi kedai nanti dia belikan roti canai. Maklum la cucu sulung. Manja lebih.

4.  Rindu nak lepak dengan member sekolah...sekarang dah ramai yang kahwin. Ada kehidupan sendiri dan masing2 dah bizi.

5. Rindu zaman takde gadget dimana kita semua dapat jumpa face to face. Sekarang cuma kat alam maya je. Skype, Whatsapp, FaceTime banyak lagi lah. Tapi tak sama dengan orang ada depan2 mata.

Hmm tu la perkara yang aku sangat rindu. Boleh nyanyi lagu Axl 'Andai Dapat Ku Undur Masa' ni Haha.


1

Aaaa...lama dah tak menaip kat sini. Rindu seyh..bizi sikit haritu. Ada seminar penempatan kerjaya OKU hari sabtu. Lepas tu sibuk siapkan resume nak apply kerja lepas ni. ada kursus photoshop segala bagai memang tak sempat nak pegang laptop.

Salim Harmanain 10 tahun akan datang. Hmm..insyaAllah seorang peguambela dan peguamcara. Ada keluarga, isteri dengan anak 3 orang. Lepas tu seorang blogger/ penulis terkenal. Kalau dah bosan jadi lawyer aku ingat nak bukak bisnes sendiri. Bisnes cupcake. Mesti korang gelak kan? Tapi ada aku kesah. Dah minat cenggitu. Nak buat camne kan. Hahaha.

Tapi kena ingat ... kita cuma mampu merancang. Tuhan tentukan semua.

(gambar time konon2  jadi lawyer masa final sem haritu)


4

Dah masuk hari ke-12 cabaran ni. Mari kita teruskan dengan penuh gigih. Demi memajukan blog yang yang tercinta ini dari terus tenggelam dan terkubur. Jadi, Ayuh !


Bila ditanya tentang wish list.

Dapat lesen kereta. Dah lah mahal nak amat. Dahtu OKU susah nak dapat lesen. Stress.

Kerja. Sekarang menganggur kat rumah sebab takleh nak gerak pi mana mana. Update blog je la mampu. Baru ada income stabil.

Kahwin. sapa taknak kawen kan? Ramaikan umat Nabi. InsyaAllah 6 tahun lagi. Kalau diizin Allah lah. Itu semua rezeki masing masing kan.

Dapat tolong golongan oku yang senasib dengan aku. Sebarkan kesedaran tentang isu oku ni.

Travel satu dunia. Pasal tu aku nak jadi oku pertama yang ada blog travel ni. Bawak mak bapak pegi Mekah tu dah masuk sekali la..sapa taknak jejak Mekah tu..

p.s : Semalam punya cabaran klik sini






7


Hari ni Abang Ben buat segmen lagi. Aku pulak tepu nak update so join je la. Dapat mengeratkan silaturahim sesama blogger seantero Malaysia. Haha.

Hari ni ditanya tentang peranan sebagai blogger. Bagi aku blogger ni lebih kepada penyebar maklumat, berkongsi pendapat dan sebagainya. Dah kalau sebar maklumat tu mesti la yang sahih supaya tak susah di kemudian hari. 

Macam aku, suka share pendapat aku dalam isu OKU. Aku nampak tahap kesedaran isu ni masih kurang. Jadi sebagai OKU dan juga blogger aku ada tanggungjawab untuk tingkatkan kesedaran tentang isu OKU ni. Contoh pasal orang tak bagi seat dalam train, parking kat parking lot OKU suka hati dia, tak pun pasal kemudahan2 OKU yang masih kurang lagi kat Malaysia ni.

Lepas tu ditanya pulak kalau aku dapat banyak duit dari blog aku akan buat apa...aku akan berenti kerja dan sebagai backup aku nak buat bisnis cupcake online..sambil tu terus la menulis. Nak berenti terus memang tak lah. Sebab aku suka merepek dalam ni. Hehe.

Harapan aku dalam dunia blog? Senang je. Supaya semua orang berblog dengan aman dan harmoni tanpa jeles dan dengki sebab setiap orang ada cerita dan rezeki masing2, Pastikan blogging dari hati bukan takat nak kejar trafik.

 p/s: eh semalam abang Ben datang komen kat sini. Suka nye ittew. Haha.



7

Last aku join segmen kat blog ni lebih kurang 3 tahun haha. Lepas tu tenggelam timbul dengan segala esaimen test maka terumbang ambing la blog ni ibarat kapal terkapai di tengah lautan yang luas. Ni sekarang baru nak up balik. Gitu.


Nak join klik atas tu.


Blog aku start tahun 2008 masa tu tengah asasi kat uia. Tengok member buat blog jadi aku pun buat. Blog ni macam2 ada boleh jadi personal, berita, review dan macam2 lagi la. 

Blog aku ni biasa2 je. Takde yang istimewa. Cuma nya aku ni menulis dari hati. Bahasa yang sempoi kadang2 puaka memang jadi gaya penulisan. Itu la kot yang istimewa. Haha.

Impian seorang blogger ye...hmmm jeles sama abang Ben sebenarnya sebab dia dah sampai Paris. Aku nak jadi blogger oku pertama yang buat travel blog. Best dapat gi banyak tempat. Buktikan kat orang ramai oku ni boleh buat apa je. Heh. Sebenarnya seronok bila orang tau kita ada blog. Macam retis rasa dia. Muahahaha.. "Eh u ada blog kan?" Gitu ayat dia.

Sekian. Itu sajo impian aku. Korang macam mana? Kasi share sikit.



15

Alamak. Bocor lagi paper UPSR ni. Ni ha Menteri buat pengumuman tadi.

PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.
Gila betul. Sampai 2 subjek bocor. Kesian bebudak tu nak jawab sekali lagi. Tu la kakitangan kerajaan pun kurang integriti. Dahtu susahkan orang lain. 
2

Ah. Terasa aku ni dah tua sangat. Mengimbau zaman kanak2 sambil pandang cermin tengok janggut misai dah tumbuh. Nak shave macam mana pun takkan kembali muda nye. Haha.



Cabaran hari ke -11 mengimbau zaman kanak kanak aku yang memang ohsem tanpa gadget. Bukan macam budak sekarang otak tak berkembang mengadap tablet segala bagai.

1. Main masak masak
Dulu kawan aku eamai perempuan. Nak geng dengan budak laki tak boleh sebab diorang ni main ganas. Aku ni sensitif sikit haha. Main masak masak siap kahwin sekali. Kalau budak sekarang main gitu tak tau lah apa jadi.

2. Pergi kedai CC
Dulu takde komputer kat rumah macam sekarang. Pegi CC tu untuk main game. Sekali kantoi mak aku dengan mak aku. Apa lagi dapat la libasan percuma. Nasib la kau. Sapa suruh degil. Haha.

3. Dapat surat wangi
Yang ni paling legend. Dapat surat yang bau wangi sebab ada bedak dalam tu. Konon cinta monyet ah tu. Sekarang tak main dah benda tu semua. Ada whatsapp, wechat advance sikit viber. Gitu la budak2 sekarang.

Rindu zaman budak2 dulu...best je tak payah pikir banyak masalah macam kita yang dah menganjak usia ni haha.

p.s : Cabaran semalam punya klik sini
3

Sekarang. Semua benda nak pakai duit. Jadi bersepah la loan rumah, kereta dan terbaru loan kahwin. Speechless owh.

Kahwin pun dah ada loan.

Gila ah. Takut aku dengar. Ye lah dek kerana nak kahwin punya pasal hidup dibelenggu hutang. Berapa tahun pulak nak habis bayar loan? Anak dah 3-4 loan tak habis lagi bayar. Kira isteri pun dah macam kereta punya loan. Lepas berapa tahun baru abis bayar. Tu pun kalau jodoh panjang. Kalau tak? Parah sungguh.

Memang la dah kahwin nanti ada la rezeki dia. Tapi kita sendiri kena bersedia dari segi financial dan mental. Cuba bayangkan. Kalau kahwin dengan loan lepas kahwin kena kerja lebih untuk bayar hutang. Dah tu kurang masa dengan pasangan. Dah tu mula perang dingin. Dah tak tahan nanti jadi la turun naik mahkamah uruskan kes cerai dengan alasan takde persefahaman. Kot ye nak simpan duit lebih pulun keje before kawin. Bersusah dulu senang kemudian,

Itu pendapat aku la.

Ngeri.

Moga aku kahwin nanti tak kena ambik loan. Nasib la belajar dapat scholarship. Alhamdulillah. Kalau tak kena bayar hutang sampai kerepot. Haha.




2


Baru je aku tengok 30 Minit Ustaz Don kat tvalhijrah ni. Sekali tengok rancangan ni mesra OKU pendengaran. Satu usaha yang baik oleh stesen tv. Moga dakwah tu sampai ke seluruh lapisan masyarakat dan rancangan macam ni dibanyakkan lagi masa akan datang. InsyaAllah.
1

Ini berita yang mengejutkan yang baru diterima kejap tadi.

KUALA LUMPUR: Kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah ditangguhkan kerana didapati bocor.
Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan sebentar tadi berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Katanya, tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018 adalah pada 30 September 2014.
p/s : kot ye pun ada soalan bocor takyah la share kat laman sosial. Diam2 sudah. Caring and sharing katanya. Adui. Dah menyusahkan budak UPSR tahun ni. Sabar ye adik2 semua.


1

Cabaran asal ialah 'Apa Yang Ada Dalam Handbag Anda' . Mengikut kata kak Sue boleh ditukar mengikut kesesuaian diri sendiri. Ye la takkan la aku nak pakai handbag pulak. Aku bukan team nyah. Haha. Aku suka pakai sling bag. Boleh letak segala khazanah dalam tu. Takde lah semua nak letak dalam poket. Rimas. Meh tengok apa ada dalam bag aku.





1. Fon. Malas nak letak dalam poket sebab nanti susah nak keluarkan. Suka pakai jeans. Fon besar. Memang la kena bawak bag.

2. Dompet. Sama jugak kes nya dengan fon tadi.

3. Power bank. Yang ni nyawa kedua. Kot2 fon nazak ke apa. Cucuk aje lah.

4. Duit syiling. Baki dari beli barang entah mana2 aku sumbat je dalam tu. Kang dah penuh mak aku ambik buat beli sayur. Haha.

5. Tiket wayang. Entah movie apa2 punya tiket yang aku tengok letak dalam tu. Koleksi katanya. Sekali kantoi dengan mak aku habis bernanah telinga akibat duit yang dihabiskan untuk movie. Lol.

Tu je yang ada dalam beg aku. Sekian. Cabaran semalam kat sini
6

Apple baru je lancarkan iphone 6 dan iphone 6 Plus. Iphone 6 4.5 inci 6 Plus 5.5 inci.

Teringin nak beli iphone. Tapi mahal sangat lah. Function dia pun bukan reti guna semua. Rugi je beli mahal. Unless saja nak tayang kat orang tu lain cerita. Kalau dah kena rembat menangis tak berlagu.

Hanya boleh bermimpi memiliki mu iphone 6. Bersyukur lah dengan apa yang ada.

0

Hari tu jadi viral kat facebook pasal biskut bayi yang hitam bila dibakar macam plastik tu. Sekaligus mencetuskan kegusaran di hati mak bapak yang bagi biskut ni kat anak diorang yang masih kecil comel tu. Tadi ada rakan facebook aku share penjelasan isu biskut terbakar tu. So aku share kat sini moga ada manfaat untuk panduan mak bapak semua.




1

Gelak besar aku tengok tajuk cabaran hari ni. Boleh mendatangkan ancaman kepada golongan lelaki melayu terakhir macam aku ni hahaha. Risau pulak saia. Haha.

Ok lah mari sini aku share 5 lelaki yang menarik perhatian berdsarkan kajian aku setelah bergelar lelaki. Dan aku sedang cuba mendidik diri ke arah yang lebih baik macam yang aku nak list ni.

1. Kaki masjid / surau
Yang ni memang menjadi pilihan sebab dah semestinya suami soleh itu dapat pimpin isteri dia ke syurga. InsyaAllah kalau dibuat suami pun rumah tangga aman dan harmoni.

2. Romantik
Yang ni memang menjadi perhatian wanita semua kan? Kalau tak romantik mesti lelaki tu dianggap keras jiwa nya. Lagi2 zaman drama adaptasi novel ni. Semua nak sweet macam dalam novel. Nasib la aku ada bakat semula jadi part ni hahah.

3. Anak mak
Tak silap aku nabi ada pesan bila nak pilih pasangan mesti la tengok cara dia layan mak dia. Anak mak tak semestinya lupakan pasangan dia. Sebaliknya golongan macam ni appreciate pasangan dia sebab dia dah biasa layan mak dia dengan baik.

4. Suka budak budak
Yang ni paling penting. Takde la bila dah ada anak nanti suruh bini layan 24 jam. Aku memang suka layan budak2. Paling best cubit pipi sampai nangis.

5. Penampilan kemas
Selaku budak degree undang2 kena la selalu pakai kemeja, tie, seluar slack. Jadi memang la didekati gadis kalau nak compare dengan budak yang selekeh.

Ok, cukup la tu. Ni cabaran semalam punya


Undilah saya. Lelaki Melayu Terakhir. Lol.



1

Ah sudah. Jadi macam iklan PTPTN pulak. Dan aku jugak bukan penjual rokok. Dan tidak sesekali menghisap rokok. Pernah try time sekolah dulu. Kena rembat dengan mak aku lepas tu. Padan muka. Haha.

Seperti yang semua sedia maklum harga rokok dah naik beberapa hari lepas. Jadi disebabkan harga rokok yang semakin meningkat perokok tegar ni beralih arah kepada rokok seludup. Rokok seludup ni dah lah tak bayar cukai kerajaan dah tu takde filter pulak. Asap terus masuk paru paru. Kira boleh mati cepat la ni.

Nasihat aku terhadap perokok ni tak hisap terus lagi bagus. Kurang pencemaran udara. Orang yang bau asap rokok tu lagi cepat mati nya dari yang hisap. Sayang nyawa sendiri oii..Dari segi duit pulak, Kata lah hisap rokok dari umur 16 tahun, bayangkan berapa banyak duit dah dibakar begitu saja. Boleh buat banglo kot. 

Tak kisah la rokok seludup atau tak dua dua tetap bahaya. Lagi baik kalau berhenti terus. Tak pun kalau tak boleh, hisap rokok daun macam orang zaman dulu,

Haha.


0

Cabaran hari ke-8 buat aku tersenyum. Bukan apa ia bakal menyerlahkan sisi jiwang aku di sebalik muka yang ganas. Haha. Aku ni jenis yang suka dengar lagu. Jadi banyak lah. Susah nak pilih. Tapi mostly retro. Sebab aku suka dengan Sinar FM malam2. Suria Cinta tu kadang2 lah. Nampak tak betapa aku ini jiwang karat. Heh.

Ok lah meh aku senaraikan 5 lagu cinta feveret aku yang dimainkan tak pernah jemu.

1. Gadisku - Search

2. Muara Hati - Datuk Siti & Hafiz

3. All of Me - John Legend

4. Bunga Angkasa - Terrarossa

5. Ayat - Ayat Cinta - Rossa


Ini antara playlist yang dimainkan entah berapa ribu kali entah dalam laptop / desktop aku haha. Jiwang kan? Peduli apa aku. Ada aku kisah? Hehe. Spring, Spider, Ukays, Slam korang cakap je apa. Aku layan je.

Nak tengok cabaran semalam? Klik sini.


0

Diam tak diam rupanya dah seminggu dah aku menyertai cabaran 30 hari ni. Untuk sapa2 yang nak tengok cabaran semalam boleh refer kat sini 

Ok lah hari ni cabaran nya ialah sejauh mana pendidikan itu penting bagi saya. Senang je untuk jawab soalan ni. Segalanya berpunca dari mama aku. Dia la yang duk tekan kan betapa pelajaran itu penting untuk masa depan aku. Ye lah kalau bukan dengan pelajaran, dengan ilmu takde apa yang dapat membantu kita di masa depan. 

Ye lah dulu dia tak dapat peluang nak study sampai ke tahap tinggi. Sekolah pun tak habis sebab dulu hidup susah. Beza sangat dengan sekarang. Lagi satu yang ni paling penting selalu diingatkan berkali kali ayat dia macam ni..

"Kau tu dah lah OKU kalau tak nak belajar, kau nak kerja apa? Jual tisu? Minta sedekah kat tepi jalan?"

 Yang tu buat aku terus semangat nak belajar. Tak kira la apa jadi sekalipun repeat subjek berapa kali sampai kena extend sem pun aku redah jugak. Sebab aku tau dengan ilmu aku boleh ubah diri sendiri dan jugak boleh tolong orang yang senasib dengan aku.



Alhamdulillah. Habis dah degree aku. Lepas ni kalau ada rezeki ingat nak sambung lagi buat masters ke PHD. Bukan nak jadi lecturer. Cuma rasa seronok belajar sebab Nabi ada pesan tuntut ilmu tu dari buaian hingga ke liang lahad. Lagi pun belajar ni seronok sebenarnya, Dapat mengembangkan otak, dapat rasa pengalaman belajar dengan bermacam jenis orang.

Memang pendidikan tu amat amat penting bagi aku sebab tak guna kalau ada harta melimpah tapi takada ilmu nak uruskan. Kata pepatah arab ilmu tu cahaya. Dapat menerangi manusia dari kegelapan. Kalau takde ilmu memang gelap je la hidup. Apa lagi kalau tak bayar bil letrik haha.

p.s : Masa belajar tak sabar nak habis. Bila dah habis rindu pulak masa belajar haha.
0

Fuhhh...dah masuk hari yang ke 6 cabaran 30 hari ni. Masih gigih meneruskan cabaran lepas semalam penuh dengan kontroversi nak tau klik sini

Cabaran hari ni sempoi dan relaks sikit. Lagipun termasuk dalam topik kegemaran aku. MAKAN. Sapa tak suka kalau cerita pasal makan tak gitu? 

Tanpa melengahkan masa lagi aku tunjuk apa yang masuk ke dalam perut aku pagi ni.


Taraaaa... Maggi uolls..

Ini lah benda palaing feveret tatkala emergency atau bila tekak aku dah tak mampu nak terima makanan yang biasa. Ini je lah yang paling sedap.

Memang terbaik. Tak menyesal. Haha.  

0

Yaaa.. cabaran yang menyebabkan aku berfikir seharian memerah idea macam mana nak update tanpa menimbulkan kontroversi yang panas ala2 Melodi.

1. Terima kasih sebab datang dalam hidup aku. Kalau tak aku tak dapat merasai warna warni kehidupan frust menonggeng berhingus bagai. Itu nama dia hidup. Realiti. Hidup tak seindah novel. Tak gitu?

2. Nasib kau lak tak nak aku. Tahap setia dan sayang aku ala2 lelaki Melayu Terakhir. Lepas ni kalau rasa ketandusan kasih sayang jangan cari aku. Haha.

3. Semoga kau bahagia dengan pilihan hati kau. Aku sekarang alhamdulillah dah bahagia. Kalau kau menderita mohon kau nyanyi lagu hafiz 'Bahagiamu Deritaku.



Dah sekian. Lantak kau lah nak baca ke tak hahaha. 

Yang semalam punya tengok sini


0

Oh penat sungguh hari ni kerana nak settle kan urusan lesen memandu aku. Maklum la OKU, so pelik sikit prosedur nye. Jumpa doktor, pegawai JPJ pastu pergi driving school. Alhamdulillah. Sabtu ni dah boleh start gi ceramah pemanduan berhemah. Moga2 aku jadi berhemah lah lepas ni.

Ok mari kita teruskan cabaran untuk hari yang ke-4. Kali ni aku memang suka cabaran yang berkaitan tentang buku.  Macam yang aku cerita kat sini dimana kegilaan aku adalah buku. So cabaran kali ni memang mengenai jiwa hamba.

Kalau nak diikut kan aku ni jenis yang suka baca novel. Jiwang la, thriller la, islamik sikit dan macam2 lagi. Yang paling aku minat dan paling follow ada dua. 

1. Ramlee Awang Murshid  especially yang Laksamana Sunan tu. Ohsem habis. Tu la permulaan terjebaknya aku dengan karya beliau sehingga ke hari ini. Bagi mereka yang ingin lari dari genre cinta mungkin korang boleh try baca novel beliau.


2. Hlovate memang salute dengan cara dia menulis dalam novel. Sempoi tapi dalam nya ada nilai islamik. Selalu berkisar tentang kehidupan realiti zaman sekarang. Memang terbaik lah.



3. John Grisham buku omputih. Cerita pasal dunia perundangan. Tambah element thriller memang menarik untuk dibaca.





Ok ni lah senarai buku kegemaran yang dibaca oleh aku Salim Harmanain.

Kbai.

0

Nak kahwin dengan sapa? Bila nak kahwin? Itu la soalan yang mungkin terpacul dalam kepala korang lepas baca tajuk entri tu kan? 

Heh.

Kahwin? Kalau ada rezeki mungkin 6 tahun lagi. Kalau ada rezeki lah. Sekarang ni aku nak bagi stabil dulu hidup. Lepas grad ni rasa terumbang ambing. Tak tau nak buat apa. Tu yang aku try aktif blogging balik. Mana tau kot2 ada rezeki dapat la income sikit.

Ok. Cukup cerita pasal tu.

Sekarang ni aku rasa banyak sangat drama Melayu yang bergenre kahwin paksa. Lepas cerita Rindu Awak 200% diganti pulak dengan Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Jadi macam trending pulak kahwin paksa ni. Jadi semua orang dok berangan dapat kahwin paksa dan sekaligus mengharapkan ending happily ever after. 

Gitu.

Korang meh sini aku bagitau, sekarang orang kahwin suka sama suka pun secara puratanya 15 minit sekali mesti ada satu kes cerai. Kalau kahwin paksa lagi la. Berperang tetiap hari. Kalau tak sabar berapa juta talak yang jatuh agak nya.

Hmm...tak kisah la..kahwin la macam mana cara sekalipun yang penting ilmu rumah tangga dan sabar tu kena ada. Kalau ada benda tu insyaAllah kekal sampai syurga. Yang tu aku kutip pengalaman dari orang2 yang dah melalui alam rumah tangga. 

InsyaAllah akan dipraktikkan kalau ada rezeki nanti.



  
1

Let me begin my first post ever in English. (Grammar Nazi were welcomed.)

English to be made compulsory to pass in public universities. Many of us actually scared to speak or to write in English. Even graduates from the universities also did not have a good command in English. In order to curb this problem so the government need to introduce this new policy to increase English proficiency among the students. This will help them a lot when they actually in the career world where they have to deal with lots of people where most of them use English as their medium of communication.

To tell you the truth, I came from an ordinary family where my parents don't even finish their secondary school due to family problems at that particular time. Schools were sole medium for me to learn English. School make it difficult since even Math, Science and English were supposed to be taught in English but still they used Malay to interact in the class.  I remembered at one time someone asked me whether my mom is an English teacher. Lol. I don't when and how the interest for English came from. It just happened. It's a miracle. Gift from Allah i guess.

Since my father bought me a desktop back in 2001 i've become a crazy gamer since then. Haha. In order for me to win a game I need to understand the instructions. Who says being a gamer is a waste of time? I beg to differ from that. I can proof you wrong. 

It is important for us to master English in this modern era. But that does not mean that we have to neglect our mother tongue. Its like a Malay saying...Takkan melayu hilang didunia.

Heh.




0

Mari kita teruskan lagi cabaran 30 hari untuk hari yang ketiga. Nasib la ada kawan blogger yang mencetuskan idea ni. Kalau tak mampus bersawang la blog ni hahaha. Semalam punya boleh klik sini

Perkara yang menguatkan aku...hmm...fikir jap...ahah...dapat dah. Jawapan nya adalah WANITA YANG ADA AURA POSITIF. Normal la tu dah nama pun lelaki. Ofkos mak aku adalah sumber kekuatan. Saat tengah down time study call mak 5 minit pun dah cukup hilang stress.

Dari tadika ke membawa ke zaman universiti aku dikelilingi oleh wanita. Tak kira la nota, group assignment aku lebih prefer untuk group sekali dengan perempuan. Walaupun ada masa kena marah sebab lambat buat kerja tu tapi yang penting siap. Daripada group dengan lelaki dok relaks sangat, bila last minit gelabah terus. 

Itu lah sesuatu yang menguatkan aku.


(belanja gambar selfie dengan mak satu)

#kelabbloggerbenashaari
5

Ya. Dengan pantas nya aku up entry cabaran 30 hari yang seterusnya. Yang terlepas cabaran yang pertama boleh refer kat sini

Ok sekarang kita mulakan cabaran yang kedua. Cara memenangi hati Salim Harmanain. Bukan senang nak tawan hati aku ni tapi kalau dah kena cara dia maka cair la hati ku ini.

1. Buku
Di mana ada buku di situ ada aku. Rumah dah penuh dengan buku. Still kalau pegi shopping mall favourite place mesti kedai buku. Kalau tak dapat beli buku kat kedai pun maka online pun boleh. Nenek aku cakap dah boleh buat library kat rumah. Lol.

2. Gadget
Tak kira la apa je yang berkaitan dengan gadget atau benda2 yang berkaitan dengan teknologi boleh mencairkan hati aku. Handset dah berapa kali tukar sampai dah tak ingat. Desktop yang dah jadi macam transformers. 2 tahun sekali tukar laptop. Tablet nye lagi haha. Gila.

3. Doraemon
Di sebalik jiwa aku yang konon maskulin terselit satu kegemaran yang dianggap comel. Daripada komik sampai la ke aksesori even selimut yang ada kat KFC tu aku gigih beli sebab ada Doraemon punya pasal.

4. Durian 
Aaaa...bila dapat satu buah ni otak yang kusut boleh pulih serta merta. Lagi2 durian. Kucing tidur, musang king, D24, durian kampung semua jalan. Tak kira tempoyak ke, jem ke..air pun boleh.

5. Heliza Helmi
Yang ni paling fanatik. Asal Heliza datang buat performance kat UIA mesti ada aku kalau masa mengizinkan. Tiap tahun dapat gambar dengan Heliza. Menyirap je member tengok aku ambik gambar dengan beliau. Buku, album, facebook, instagram follow semua siap haha.



#kelabbloggerbenashaari
2

Setelah sekian lama tak bergiat aktif dalam dunia blogging ni akhirnya aku buat keputusan untuk buat comeback setelah lebih sebulan duk lepak kat rumah tanpa tujuan dan blog yang tenggelam timbul dalam tempoh 2 tahun ni.

Bukak fesbuk tadi tengok kat group fb 'Kelab Blogger Ben Ashaari' ada satu cabaran yang dilontarkan oleh kawan blogger di mana ada cabaran 1 hari 1 entri. Sebab semalam dah tak sempat jadi aku start hari ni.

1. Seorang yang nampak kasar dan ganas, tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Ini dapat dibuktikan dengan novel2 jiwang yang bertebaran di seluruh rumah.

2. Seorang yang sangat obses dengan nombor tujuh. Ini kerana beliau lahir pada 17 haribulan dan result exam beliau mesti ada 7 siap dengan exam add math pernah dapat 7/100 haha.

3. Seorang yang mesra alam walaupun ada masa2 nya kelihatan seperti poyo. Single but not available. Gitu.

4. Seorang yang sangat kisah dengan penampilan diri sampai kadang2 mak aku pun stress akibat lambatnya aku bersiap haha.

5. Seorang OKU yamg perasan macam transformers bila dia jalan bertongkat atau pun duduk kat atas kerusi roda bermotor yang dipanggil sebagai ferrari hahaha.

Dah cukup tu. 

Kbai.
#kelabbloggerbenashaari


2

Tuhan tu adil kan? Kurang satu nikmat tuhan bagi nikmat lain.Biar  cacat sekali pun Tuhan bagi kekuatan semangat untuk golongan macam aku ni.

Macam mak aku selalu cakap "Kau cacat kaki je kan? Alhamdulillah otak elok, walaupun selalu masuk air." Lol. Macam tu kata mak aku hahaha.

Alhamdulillah. tamat sudah perjalanan degree walau result aku tak seindah yang diharapkan tapi syukur jugak sebab dapat habis. Bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak perkara yang dikorbankan. Banyak rasa yang kena ditelan. InsyaAllah nanti kalau aku rajin aku cerita dalam ni.

Pendek kata ada dalam uni ni bukan masa untuk kita berjimba berseronok atau kerek tahap mega dengan kejayaan yang dicapai. Masa ni la kena belajar macam mana nak jadi orang. Sedia untuk hidup dalam masyarakat.

Kepada adik2 yang baru nak masuk uni atau pun down time study ingat aku yang tak berapa nak bijak, ada halangan nak study pun boleh habis kenapa korang tak boleh kan?


1

Jarang aku nak layan drama melayu ni. Tapi drama Rindu Awak 200% ni menarik perhatian.

Mula2 tak layan...sekali melekat daa..

Bukan apa. Banyak ilmu rumah tangga boleh belajar dalam drama ni.

Bukan senang nak kahwin.

Tanggungjawab suami didik isteri bukan mudah.

Setia dan jujur dalam rumah tangga tu penting.

Tak salah jadi kaki drama kan.  Yang penting ambik pengajaran dari situ.

0




(klik gambar untuk lebih jelas)

Takziah untuk keluarga.

Al-fatihah buat yang beragama Islam.

0

Yes.

Kurang ajar. Mungkin itu senario yang paling sesuai menggambarkan keadaan masyarakat zaman sekarang ni. Dah macam takde adab. Asal tak puas hati hamburkan semua kat laman sosial. Macam tak diajar adab. Semua ajaran mak bapak dulu hilang ditelan arus kemodenan. Sebab tu la kot.

Semua orang bebas mengutuk dengan bahasa yang cukup kurang ajar tak kira la siapa pun. Mangsa nya dari rakyat biasa, pasukan keselamatan, menteri yang lebih teruk lagi sultan pun kena.

Tiap2 bulan mesti ada je melibatkan kes2 macam ni kat Malaysia. Aku rasa negara ini dah terlalu berlembut dengan golongan yang sebegini sampai akhirnya diorang semua naik lemak. Tak takut dengan undang2 lagi.

Ada beza antara kritik dengan mengutuk. Apa lagi menghina. Fikir dulu sebelum tulis apa2 takut nanti meringkuk dalam penjara. Mujur sekarang ni polis ni dah ambil tindakan sikit, so takut la sikit golongan yang suka menghina ni. 

Sama2 la kita menjaga keharmonian negara agar sentiasa aman dan makmur. Bebas dari sebaranf ancaaman yang menggugat negara tercinta ini. 

Jaga2. Anda sedang diperhatikan.


0