Menu



Di saat PM suruh kita rakyat Malaysia bersatu menghadapi musibah, tiba tiba muncul pulak golongan yang semacam ni yang tak sensitif langsung dengan apa yang jadi. Keluarkan statement maki kapten pastu hina Islam. Kang tak pasal2 boleh masuk masuk penjara sebab statement ni menggugat keharmonian kaum. 

Sama sama kita kita tunggu apa tindakan pihak polis. Harap dikenakan tindakan sama macam akak Peugeot tu. Dah banyak sangat benda macam ni jadi. Kalau dibiarkan boleh mendatangkan bahaya kepada negara kalau macam ni.

Tengok gambar lokasi kejadian di sini
1

Sidang media kedua ‪#‎MH17‬ @ Sama-Sama Hotel, Sepang, 18 Julai 2014, 4 petang - diketuai oleh Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai
1. Malaysia mengutuk tindakan ini sekeras-kerasnya 

2. MAS bertanggungjawab ke atas waris-waris mangsa nahas
 
3. Setelah semua waris dapat dihubungi, senarai nama penumpang akan diedarkan
 
4. Laluan pesawat #MH17 adalah sepatutnya selamat dan merupakan laluan bagi pesawat komersil lain, dan telah digunakan berpuluh tahun oleh MAS. Penerbangan-penerbangan Eropah juga menggunakan laluan yang sama 

5. 15 dari 16 buah negara di Asia Pasifik juga menggunakan laluan yang sama di atas ruang udara Ukraine
 
6. Kawasan kejadian harus dijaga dengan baik bagi mendapatkan bukti, menghormati mangsa serta cuba mencari kotak hitam 

7. Laporan mengenai kotak hitam MH71 yang telah dijumpai masih belum disahkan
 
8. Penumpang: 173 dari Belanda , 44 dari Malaysia, 34 dari Australia, 12 dari Indonesia, 9 dari United Kingdom, 4 dari Jerman, 4 dari Belgium, 3 dari Filipina, 1 dari Kanada, 1 dari New Zealand. 21 dari 40 tidak dapat disahkan identiti. Senarai penumpang dan kargo akan diumumkan kemudian. 

9. MAS cuba jimatkan bahan api pesawat dan menggunakan jalan singkat: TIDAK BENAR - DS Liow

10. Kerakyatan 20 orang penumpang mash belum disahkan 

11. Penumpang yang tidak disahkan berada dalam transit dan tidak memasuki kawalan pasport di Amsterdam 

12. Kita akan menghantar pasukan SMART ke lokasi nahas


Sidang media tamat pada jam 4:35 petang - ARSB

p.s: kopipes dari facebook era fm & era tv

p.s.s: blogger pun pengamal media jadi ada tanggungjawab untuk sebarkan berita. Bukan sekadar kejar trafik.



0


Tujuan aku share dalam ni adalah untuk kita mengetahui fakta yang sahih dan tak buat andaian yang bukan bukan, spekulasi atau teori yang tak masuk akal yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

As for now, no stupid theory, blaming game, bomoh kokodai whatsoever needed. Our unity as Malaysians and of course prayer for victims the family members needed at most.

0




Video ni adalah video teakhir yang diupload oleh Md Ali Md Salim, salah seorang mangsa dalam pesawat MH 17. 

Ajal tidak mengira masa dan tempat. Tidak akan tercepat mahupun lambat walau sesaat. Itu janji Allah. Benarlah mati tu pengajaran buat yang hidup.

~Al-Fatihah buat mangsa nahas MH17 yang beragama Islam~




0











p.s : Sayu je hati tengok gambar ni. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dari Tuhan. Ayuh rakyat Malaysia bersatu kita dalam doa.

#pray4MH17 

1

Statement by Prime Minister Najib Razak:
Malaysian Airlines flight 17 (18 July 2014)

Yesterday evening, I was informed of the terrible and deeply shocking news that a Malaysia Airlines jet went down in eastern Ukraine.
Malaysia Airlines has confirmed that the jet was Malaysia Airlines flight 17, which was on a scheduled flight from Amsterdam to Kuala Lumpur.
The flight departed Amsterdam at 12.15pm, local time. It was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, local, Malaysian time.
The aircraft was a Boeing 777-200.
The aircraft’s flight route was declared safe by the International Civil Aviation Organisation.
And International Air Transportation Association has stated that the airspace the aircraft was traversing was not subject to restrictions.
Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft did not make a distress call.
The flight was carrying a total number of 295 people – comprising 280 passengers and 15 crew members.
Malaysia Airlines is in the process of notifying the next-of-kin of the passengers and crew. All possible care will be provided to the next-of-kin.
The Government of Malaysia is dispatching a special flight to Kiev, carrying a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, as well as a medical team.
According to information provided by Kiev Air Traffic Control, the location of the plane’s emergency locator beacon is 48 degrees 7 minutes and 23 seconds North; and 38 degrees 31 minutes and 33 seconds East.
The Ukrainian authorities believe that the plane was shot down.
At this early stage, however, Malaysia is unable to verify the cause of this tragedy.
But we must – and we will – find out precisely what happened to this flight.
No stone can be left unturned.
If it transpires that the plane was indeed shot down, we insist that the perpetrators must swiftly be brought to justice.
Emergency operations centres have been established. In the last few hours, Malaysian officials have been in constant contact with their counterparts in Ukraine and elsewhere.
And I will be speaking to a number of world leaders over the coming hours.
I have had several conversations with the Prime Minister of the Netherlands.
I have also spoken to the President of Ukraine. He has pledged that there will be a full, thorough and independent investigation, and Malaysian officials will be invited to take part.
The Ukrainian president also confirmed that his government will negotiate with rebels in the east of the country, in order to establish a humanitarian corridor to the crash site.
Just now, I received a call from President Obama.
He and I both agreed that the investigation must not be hindered in anyway.
An international team must have full access to the crash site.
And no one should interfere with the area, or move any debris, including the black box.
This is a tragic day, in what has already been a tragic year, for Malaysia.
As we work to understand what happened, our thoughts and prayers are with the family and friends of those onboard the flight.
I cannot imagine what they must be going through at this painful time.
The flight’s passengers and crew came from many different countries.
But today, regardless of nationality, we are all united in grief.

p.s : Sama2 kita sebagai rakyat Malaysia berdoa supaya negara Malaysia dan rakyatnya terselamat dari anasir yang mahu mengancam keselamatan negara.


0






Satu lagi khabar sedih menimpa negara tercinta. Mohon kepada semua rakyat Malaysia agar bersatu dalam doa supaya negara yang kita cintai ini bebas dari sebarang ancaman.

Aminn...
1

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Update terkini pesawat MH 17 Boeing 777 yang terhempas di Ukraine.

(Reuters) - A Malaysian airliner was shot down over eastern Ukraine by militants on Thursday, killing all 295 people aboard, a Ukrainian interior ministry official was quoted as saying by Interfax-Ukraine news agency.

Sumber >>>>  http://www.reuters.com/article/2014/07/17/us-ukraine-crash-airplane-idUSKBN0FM1TU20140717


p.s : takziah buat seluruh keluarga mangsa

0

Assalamualaikum

Dikhabarkan ada pesawat MAS terhempas di Ukraine. Mohon didoakan agar semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat.



p.s: masih lagi trauma dengan kehilangan MH370.
0

Assalamualaikum. 

Post ni bukan nak troll Kiki ke apa cuma aku rasa sebagai seorang yang belajar undang undang aku patut sebarkan info ni kepada semua orang supaya jadi panduan di masa akan datang. Yang ni dishare oleh member aku kat fb so aku share kat sini.



Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang.

Oleh : Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara)

1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .

Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!
 


p.s : kawal emosi tu penting. Kalau marah satu benda pun tak selesai nanti.


0

Assalamualaikum.

Cerita Kiki dan Peugeot nya itu tak habis lagi dikatakan dalam alam maya ni. Dah minta maaf kata publisiti murahan pulak. Kadang2 aku pun tak faham apa sebenarnya yang dimahukan rakyat Malaysia ni. Standard la manusia. Semua orang ada buat salah. At least si Kiki ni berani mengaku silap dia. Yang ramai duk sibuk sebar aib dia tu bagus sangat ke? Siap troll lagi macam2. Kreatif tak kena tempat.



Ada satu artikel menarik aku nak share kata pakar motivasi mengenai isu troll ni.

KUALA LUMPUR: Mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, adalah golongan 'sakit jiwa'.  
Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata golongan ini boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang 'sakit dari segi rohani'. 
"Jiwa atau rohani mereka tidak sihat. Orang yang sakit dari segi jiwa memang tidak mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah untuk menyebarkan keburukan orang lain walaupun dengan niat berjenaka," katanya di sini. 
Beliau berkata ciri kedua ialah jahil agama kerana secara jelas agama menghalang mana-mana pihak menyampai atau menghebah keburukan orang lain. 
Yang ketiga katanya mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan atau persekitaran. 
"Kalau semua geng dia kongsi atau sampaikan keburukan, keaiban dan perkara yang negatif maka dia akan terbawa-bawa sifat itu serta melakukan perbuatan yang sama. 
 "Yang keempat ialah orang yang sewenang-wenangnya menyampaikan sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran keseluruhan cerita itu. Ini akan menjurus kepada perlakuan memfitnah dan mengumpat serta sangat berbahaya," katanya. 
Menurut Mohd Fadzilah, pelaku 'troll' sebenarnya terlupa perbuatan mereka itu adalah suatu sabotaj terhadap diri sendiri. 
Orang terlepas pandang apabila mereka memberi komen bersifat negatif terhadap sesuatu isu, secara tidak langsung akan mencerminkan sifat peribadi pelaku 'troll' dan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, katanya. 
"Apabila mereka menyampaikan keaiban orang lain dalam media sosial, dosa pelaku kesalahan itu mungkin terhenti setakat itu namun dosa orang yang menyebarkan cerita tersebut akan berterusan selagi isu itu masih dibincangkan," katanya. 
- BERNAMA
Mari kita sama2 share video Kiki mintak maaf kepada rakyat Malaysia berkaitan isu ni. Yang sudah tu sudah la. Dah 2 hari weh. Sedangkan rakyat Palestin tu perlu doa kita, kita dok sibuk dengan benda ni.





0

Assalamualaikum.
Cukup sudah dengan cerita Kiki & Peugeot nya. Sekarang mari kita ambik tau sikit perihal saudara Islam kita yang ditindas Israel kat Gaza sana.  Hal ni yang patutnya kita sebar sebagai tanda sokongan. bukan aib orang semata mata.

Antara 10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata;
1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.
Sumber;
Jabatan Media Hamas

Terjemahan oleh;
Aman Palestin

p.s: kita tengok lah nanti macam mana permainan Israel Zionis laknatullah ni. Doakan saudara kita kat Gaza sana semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Aminn.

#pray4gaza


2

Assalamualaikum.

Ya. sekarang ni bukan main kecoh dengan video akak yang naik kereta peugot maki sorang uncle ni. Siap ada katun khas untuk troll akak tu. Famous kejap. But 

Pendapat aku la kan, memang betul perempuan tu salah dan kesian kat uncle yang kena maki tu. Tak patut sebenarnya dia seorang islam, tengah puasa bertudung buat perangai macam tu. Aku yang lelaki ni pun terkejut tengok. Kalau bakal mak mertua tengok?

Pengsan.

Tu lah zaman canggih ni kena sentiasa hati2 kot buat perangai pelik sikit terus jadi viral kat media sosial. Ngeri. Habis tercalar maruah.

Yang pengguna laman sosial ni pun satu. Nampak aib orang je terus dikorek segala aib macam dia je yang baik serupa malaikat orang lain semua perangai setan. Habis di stalk segala facebook, twitter sama instagram. Dahtu share video maki2 pulak.

Habis kurus pahala puasa kita. Dah la pahala tak banyak mana. Lagi mau tambah dosa sebar aib orang. Yang patut dipanjangkan tu pahala. Makin banyak kita bagi manfaat kat orang lain makin banyak pahala kita dapat.

Kita ni manusia biasa. Bukan ma'sum macam nabi. Bukan taat macam malaikat. Mesti ada bulan silap mana2.
5

Assalamualaikum.
Hari2 dok pegi bazar ramadhan cari kuih untuk buka. Sampai dah tau nak makan kuih apa lagi. Kali ni aku nak share cara2 buat pancake tak payah guna tepung. In english we called it 'flourless pancake'. Saja share kat sini sebab nampak orang share kat facebok tadi. Macam best je tengok. Buat sendiri dapat jimat kos pegi bazar pastu simpan buat persiapan raya. Tak gitu.
Selamat mencuba.
2


Assamualaikum.
Salam 17 ramadhan. Hari ni ada yang cuti sempena nuzul quran kan?  Bagi yang tak tau / lupa, meh aku share sejarah tentang turun nya al-quran ni.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

p.s : yang ni aku kopipes dari website jakim supaya kita dapat manfaat daripada sejarah nuzul quran ni. Bukan setakat syok cuti je.

0