Menu

Kisah Tudung & Arak

Negara kita sedang ditimpa bencana. Rakyat kita ada yang hilang ada yang terkorban. MH 370 hilang entah kemana. MH17 pulak ditembak jatuh mereka yang hilang sifat kemanusiaannya.

Timbul cadangan supaya pramugari syarikat MAS menutup aurat dan tak lagi menjual arak kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan nya.

Secara peribadi, aku menyokong jugak cadangan tu. Setelah dua insiden yang berlaku tu mungkin satu peringatan buat kita mati tu boleh datang bila2 tanpa kita dapat jangka. At least kalau dapat tutup aurat dengan sempurna insyaallah mati dalam keadaan aurat yang terpelihara.

Arak. Macam yang kita tau banyak keburukan daripada kebaikan. Tak semua orang minum arak. Kalau dah minum pasti mabuk tak ke menyusahkan orang je. Kalau tetiba orang islam kena serve arak sedangkan dia tau arak tu haram, dah tambah dosa dia.

MAS punya hospitaliti memang dah terbaik dalam dunia. Kalau dapat buat syarikat airlines yang syariah compliance (patuh syariah) mesti lagi best.

Ni pendapat peribadi aku. Setiap orang ada pandangan masing2.

Terpulang.

Al-fatihah buat mangsa MH17 dan takziah buat keluarga.

No comments:

Post a Comment