Menu


Assalamualaikum korang.

Tak mau cerita banyak cuma nak suruh korang semua tengok video ni.

Dalam makna dia.


"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan." 
0

Assalamualaikum.

Fuh..fuh...fuh...buang habuk sat. Lama aku tak menulis kat sini. Konon2 bizi. Haha. Ada satu kepelikan melanda diri ini. Bila time exam je mula aku gigih nak update blog. macam takde time lain je nak update. 

Hari ni aku akan start berfinal exam untuk kali yang ketujuh. Ye. Dah tujuh kali. Makna nya sikit lagi nak habis. Lepas tu boleh berjimba - jimba untuk 3 bulan. Jadi penghuni setia lat rumah. Mungkin aku akan karang satu cerita berdasarkan apa yang jadi kat aku selama ni. Ala2 novel. Kalau idea mencurah la. Kalau kering nasib haha.

Tak tau la. Exam kali ni aku sangat rileks seolah tiada apa yang berlaku. Dalam hati ni terdetik..."Baru exam dunia..tak payah gelabah...exam akhirat nanti tak tau la kita lepas ke tak..." Jangan kata aku poyo pulak...betul..itu realiti..kita selalu disibukkan dengan hal dunia sampai kadang2 kita lupa dunia ni Allah punya. Dan oleh sebab kita terlalu mengejar dunia maka kita akan stress. Itu yang jadi kat aku dulu. Nasib baik ada manusia yang menyedarkan aku tanpa dia sendiri sedar akan hal itu.

Itu nama nya kasih sayang Tuhan. Dia tak mahu kita lalai dan leka dengan dunia. Jadi dia hantar seseorang untuk pimpin kita kembali ke jalan Nya. Tapi ingat, mungkin Allah hantar dia sebagai test kepada kita untuk tengok sejauh mana kita berubah. Mana tau satu hari Dia akan 'AMBIL' orang tu. Maka masa itu kita perlu redha.

Ok. cukup merepek setakat ni. Doakan aku dapat jawab exam petang ni. Pukul 3.



Sekian,
#lelakijawaterakhir




0



ramai manusia cakap tentang redha.
bertahun sudah diuji.

jadi hati ini sudah lali.
redha itu berserah dengan ketentuan.
tapi soalnya seikhlas mana hati kita untuk redha.
sekuat mana usaha kita.
jangan bicara soal redha
kalau hati penuh dendam kesumat,
kalau usaha sekerat cuma.




1