Menu

Assalamualaikum.

Lama gila menyepi dari dunia blog ni. Malas dan tak tau nak update apa. Tengah seronok melayari internet aku terjumpa video seekor kambing ni. Spesis baru kot ni hehe.Layan kan aje.



p/s : kalau la nak dibuat akikah ke korban kambing ni mau melatah tukang sembelih tu haha.

p/s/s : lega..sebab result exam aku dah keluar. Tak la cemerlang tapi yang penting takde repeat.

 sekian :)




1

Assalamualaikum.


haa...benda ni yang aku makan pagi tadi. Keladi + sambal tumis + kelapa parut. terbayang zaman tok nenek kita dulu makan ala -ala macam ni tiap2 hari. Bagi kita memang la sedap sebab sekali sekala makan. Kalau tiap2 hari masak woo...tu lah tiba2 rasa bersyukur sangat kita duduk dalam aman...dah tak payah lagi makan macam ni tiap2 hari..sukati la dah makan apa kan?

Alhamdulillah :)

0

Assalamuaikum. Ini result maharajalawak mega 2012...



1. Jozan
2. Jambu
3. Shiro
4. Boboi
5. Saywho

Aku memang dah agak result ni. Sebab selain dari Jozan ngan Jambu lain2 semua agak lemau. Tak rugi Zizan jadi ustaz Azhar.. Johan datang pakai tongkat. Hehe.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kenanga,Telok Panglima Garang,Malaysia

1

Assalamualaikum.
Aku belum nak nikah lagi. Calon pun takde. Tapi gatal dah nak baca buku ni yang ditulis oleh Hilal Asyraf.

Bagi aku buku ni best...sebab dia cerita pengalaman dia dari awal sampai la ke tahap dia nak kahwin. Bukan la aku nak cepat kawen..cuma sebagai persediaan diri sendiri..dari segi fizikal..emosi..dan material..
Dalam buku ni jugak penulis berusaha ubah pandangan orang terhadap cinta..tak semestinya perlu couple untuk kenal..ada cara yang dianjurkan dalam islam.

Kalau kita sayang kat seseorang..mestilah kita nak bersama dia sampai syurga kan? Kalau kita buat satu perkara yang boleh bawak ke nereka..itu bukan cinta namanya.
Tu la sikit sebanyak yang aku boleh kongsi. Nak tau lebih sila beli buku ni..sesuai untuk mereka yang sedang mencari..sedang bercinta dan yang merancang untuk berkahwin..

Boleh beli kat website langitilahi.com, popular atau kat mph..20 hengget je pun..hehe
Published with Blogger-droid v2.0.9
2

Assalamualaikum.

Cerita pasal listen itu hangat di laman sosial hari ni. Pergh..dapat publisiti free woo..satu Malaysia kenal..femes kejap.

Bagi aku la...Syarifah tu patut nye ada cara yang elok untuk tegur Bavani tu..sopan sikit..bawak nama Islam...sangat memalukan cara dia tu..




listen...listen...listen...

Untuk student pulak..masa ini akan keluar segala statement student power dan macam2 lagi yang keluar...bagus saya memuji itu..sebab keberanian anda untuk bersuara dalam satu isu..hebat..ada gaya jadi wakil rakyat :)

tapi...tiba2 tersedar...dalam kepetahan kita menyuarakan sesuatu isu, berapa ramai yang mengambil kira keadaan sekeliling dan berusaha ke arah suatu perubahan yang lebih baik..?

turun padang...dengar dan akhirnya bertindak mengubah masyarakat sekeliling...itu baru student power..bukan sekadar keyboard warior..baru power !!! Tak gitu..?


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kenanga,Telok Panglima Garang,Malaysia

0

Assalamualaikum.

Sangat teruja bila tau perkembangan terkini penyanyi no. 1 negara Datuk Siti Nurhaliza bertudung. Sangat cun ok. Semoga kali ni akan berkekalan la ye. Mungkin ini adalah azam beliau sempena hari lahir beliau yang ke 34 hari tu. Dah la malas nak cakap banyak. Tengok sendiri la gambar yang aku share ye. Cun woo..nasib baik dah kawin..haish.



  
2

Bila aku ada kat rumah...aktiviti rampasan tv bermula..semua demi pasukan bola kegemaran gua...Manchester United..haha...

Maka seluruh rumah akan tertekan akibat kegilaan gua menonton bola...

Oh...Rasa bahagia bila habis exam tengok bola heh..

1

Assalamualaikum.

Hari ni sebilangan manusia berhimpun menuntut perubahan. Itu bagus sebab nak tunjuk proses demokrasi subur di bumi Malaysia ni. Ye lah bak kata omputeh sebagai wake up call kepada kerajaan supaya berusaha dengan lebih baik demi rakyat. Tak boleh terus dalam keadaan selesa je ye dak?

Aku bukan peserta pun cuma tau update lalu facebook je. Tapi nak ada satu mesej yang aku nak bagi kat peserta ni..perubahan tu bermula pada diri sendiri...ubah diri sendiri..lepas tu baru beri kesan kat masyarakat dan negara..

Kalau takat pegi berhimpun lepas tu diri sendiri tak mampu berubah ke arah yang lebih baik, takde maknanya pegi himpunan kebangkitan rakyat dan segala macam himpunan yang ada. Jangan cuma cari salah orang...tapi fikirkan apa yang mampu kita buat ke arah kehidupan yang lebih baik.





P/s : ini hanya pendapat peribadi..terpulang korang untuk menilai..gambar tu ku jumpa kat fesbuk..macam menarik pulak haha...


- Posted using BlogPress from my iPad
0

Assalamualaikum.

Jangan risau. Aku masih lagi warganegara Malaysia. Tak terlintas dalam kepala nak tukar kerakyatan. Haha.

Tengok dalam berita tadi pasal polis tembak mati dua penjenayah yang lari haritu, tiba2 muncul rasa syukur dalam bumi Malaysia ni aman sebab ada golongan macam diorang ni jaga keselamatan kita. Alhamdulillah. Tak dinafikan ada la sebilangan kecil yang tak berapa nak elok tapi biasa lah nama pun manusia bukan malaikat.

Terpikir jugak dalam kepala aku ni..betapa takut kalau jadi anak polis. Nyawa di hujung tanduk sebab nak berkorban demi keselamatan orang awam. Macam hari sabtu ni ada himpunan rakyat kat KL. Mesti ramai yang terpaksa korban cuti hujung minggu bersama family sebab himpunan ni. Bila dah ramai2 nanti tak mustahil ada yang cuba timbulkan provokasi. Sekali lagi nyawa jadi taruhan.

Walau apa pun semoga bumi Malaysia berada dalam aman damai dan dirahmati Allah.




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Johan Setia,Klang,Malaysia

1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah exam dah habis maka dapat lah cuti 3 minggu. Rasa berlubang kepala bila habis exam. Haha.

Semalam lepas habis exam, on the way nak balik hostel aku ditegur seorang member aku ni. Lelaki. Terkejut aku tengok dengan dressing ketat ditambah dengan lipstik. Serius pengsan.

Bagi aku la kan lembut tu tak salah sebab fitrah manusia Allah jadikan lain2. Tapi kita manusia diberi akal untuk kawal fitrah tu. Jujur aku cakap kalau dah over tu hanya mereka yang sama spesis je akan berkawan. Aku sendiri tak selesa kot.

Diorang ni selalu nya lebih ambik berat berbanding lelaki biasa. Yang lagi baik dari perempuan pun ada. Ni pengalaman sendiri.

Kepada lelaki lembut sekalian...aku tak ada niat nak menghina ke apa...kami faham lembut tu fitrah anda. Tapi tolong jangan over. Tu je. Sekian.

2

Assalamualaikum.

Hari ni last paper untuk aku sem ni.

Dah tak mampu nak study dengan gigih.

Otak dah dok pikir nak cuti je.

dah sangat tepu.

Doakan eh ^_^


0

Assalamualaikum.
Dalam sibuk study menyempat jugak semalam aku tengok AJL27. Apa aku boleh cakap performance semua boleh tahan la. Part persembahan opening ngan closing mantap. Aku suka.

Aku tak expect langsung 'Terukir di Bintang' boleh menang. Sebab Aizat perform rilek je. Yang lain semua semangat jerit2 bagai. Penyanyi gantian kot. Tak expect pun menang. Apa pun juri lagi layak untuk decide sapa yang menang.

Tahniah jugak untuk Hafiz. Dapat tempat ketiga dan vokal terbaik. Tak silap dah 3 tahun berturut - turut. Memang mantap vokal dia. Dan ini result penuh AJL27...

Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)








p/s : tak sia2 Aizat ada misai hehe

- Posted using BlogPress from my iPad

1

Assalamualaikum.

Final exam tak habis lagi ni. Last paper hari selasa. Tapi dah macam takde mood aku nak study. Haish mana mood dah pegi pun aku tatau la.

Bila takde mood nak study ni nak paksa macam mana pun takkan masuk nye itu fakta. Malam ni ada Anugerah Juara Lagu 27 kan? Tapi sah2 la tak dapat tengok sebab takde tv. Nampak gaya dengar radio je lah. Takpun live streaming kat iPad ni haa...

Bukan nak tengok sangat baju seksi para retis tu...cuma aku ni minat lagu si Hafiz awan nano itu. Kali ni ada 2 lagu pulak...Ku Akui..pastu Ombak Rindu.. Best woo lagu tu...menusuk kalbu..hehe...adakah dia akan menang dengan tracksuit lagi tahun ni? Tengok je la malam ni...oh lupa...lagu Teman Pengganti yang Black nyanyi tu sedap gak kan...jadi tak tau sapa menang sebab masing2 hebat gak...

Jadi mungkin akhirnya aku study sambil dengar AJL 27 kat Hot FM mungkin itu lebih baik hehe..semoga Hafiz menang la malam ni :)




P/s : gambar tahun lepas. Sumber dari ohbulan

.....ok sambung study balik...

-Posted using BlogPress from my iPad
0

Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk tahun baru 2013. Aku tak rasa apa2 langsung sebab ada final exam. Sibuk memikirkan nasib diri. Oh sadis gila ayat.

Asal tahun baru je dok cerita pasal azam. Bagi aku la kan azam tu patut ada tiap2 hari supaya kita jadi manusia yang baik dari sehari ke sehari.

Aku tak tau apa azam aku tuk taun ni. Mak bapak aku dah sibuk nak ber menantu. Heh. Mungkin tahun ni akan cuba mengubah diri ke arah menjadi bakal suami yang baik. Pastu baru cari calon.

Kata mak aku : semua mak dah ada. Menantu je takde lagi =.='

Erk..tapi teringat kat status fynn jamal tadi...jangan pernah berhenti percaya pada kun fa yakun. Sabar terus. Manis nya akan tiba. Gitu la lebih kurang.

Ok lah sampai sini dulu. Nak sambung study. Wish me luck eh.

Published with Blogger-droid v2.0.9
2