Menu

Pagi tadi berkesempatan breakfast dengan member kat kafe. Dalam tengah sibuk borak2 tu tiba2 terdengar rungutan dari makcik cleaner. Ternampak tak kurang dari 10 beg plastik besar yang berisi sampah dalam nya. Sampaikan mak cik tu kena bawak sampah tu pakai troli dan ulang alik beberapa kali. Nampak macam lepas ada program je kat situ.

Memang kalau nak diikutkan menjadi TUGAS cleaner untuk angkut semua sampah tu. Tapi penganjur program juga kena la BERTANGGUNGJAWAB untuk bantu bawa sampah tu ke tempat yang sepatutnya. Kalau sikit tak jadi masalah untuk mak cik tu bawak. Kalau dah banyak tak ke kesian kat diorang ni sebab kadang2 diorang ni dah berusia dan banyak lagi kerja yang diorang kena buat.




P/s : tak rugi kita mudahkan urusan orang lain sebab insya Allah akan dipermudahkan urusan kita satu hari nanti :)


- Posted using BlogPress from my iPad
2

Pagi-pagi bukak paper online. Macam biasa Metro dengan tajuk asyik nak meletup je sepanjang zaman buat  tajuk yang bikin aku tertarik untuk aku tulis sesuatu dalam blog hari ni. Tajuk dia 'Amukan suami cemburu' 

KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki parah selepas menjadi mangsa amukan seorang suami yang dipercayai cemburu dengan hubungan mesra guru berkenaan dengan isterinya dalam kejadian di depan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Kampung Raja, Besut, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kir jaam 6.30 petang, guru berkenaan cedera parah di belakang badan, tangan dan kaki akibat ditetak lelaki terbabit menggunakan sebilah parang panjang.

Nak tau lebih baca sendiri. Pergh. boleh buat tajuk movie ni heh. 'Cemburu Berdarah' dasyat kuasa cemburu ni kan? Kalau aku la kan bila jadi macam ni tak mustahil aku akan buat benda yang sama. Tapi tu la sebagai lelaki yang waras sebelum berumah tangga mestilah ada ilmu rumah tangga sebagai contoh macam mana nak mendidik isteri, lembutkan hati isteri dan banyak lagi la. Sebab lelaki itu tugasnya adalah memimpin. Selain tu improve diri sendiri baru isteri respek. tak gitu ?

Dan untuk wanita pulak, dah tau anda tu dah kahwin sila jaga batas anda sebagai seorang isteri. Jangan la nak mesra sangat dengan lelaki lain. Nak lagi kalau suami anda tu jenis yang kuat cemburu, memang cari pasal la kalau ada lelaki yang duk mesra sangat dengan isteri dia.



Kahwin memang seronok tapi bukan senang nak kahwin. 
1

Terkesima aku dengan berita hari ni. seorang lelaki sanggup berjalan sejauh 5700 km untuk menunaikan haji di Mekah. Kalau aku jangankan 5000 km, 5 km pun dah semput haha. Jom baca kisah beliau.



SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

 "Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

 Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

 Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

 "Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

 "Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
 "Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

 Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
 Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
 Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

p/s : macam2 cabaran yang dia terpaksa tempuhi untuk capai impian pergi ke Mekah, tapi dengan niat yang tertanam dalam hati dia berjaya juga akhirnya. Sebab tu ada hadis Nabi :

"Sesungguhnya setiap amalan tu bermula dengan niat." 
0