Menu


Ini hari aku nak share kepada sesiapa yang malas nak gosok gigi, mungkin kajian ni boleh membangkitkan kesedaran untuk menggosok gigi hehe



LOS ANGELES: Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California. 

Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari. Perkara itu didedahkan oleh ketua penyelidikan berkenaan, Annlia Paganini-Hill kepada akhbar Daily Mail. 

“Kesihatan fikiran anda bukan hanya bergantung kepada amalan membersihkan mulut tetapi kebersihannya juga boleh menentukan sama ada anda mendapat penyakit itu,” katanya lagi. 

Kajian itu yang disiarkan oleh Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika mengesan kesihatan hampir 5,500 penduduk di kawasan kediaman pesara California mulai 1992 hingga 2010. 

Selepas 18 tahun berlalu, 1,145 responden asal menunjukkan tanda menghidap nyanyuk. 

Daripada 78 wanita yang memberus gigi kurang sekali sehari pada 1992, 21 mengalami nyanyuk pada 2010 atau satu kes setiap 3.7 wanita. 
Sebagai perbandingan, di kalangan mereka yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari, hampir seorang setiap 4.5 wanita menjadi nyanyuk atau 65 peratus berkemungkinan menghidapnya. 

Pada masa sama, penyelidik turut menjelaskan bahawa mereka tidak bermaksud mengatakan masalah gigi boleh membawa kepada nyanyuk sebaliknya menyarankan perkara itu terus diselidik. - AGENSI 

p/s : jadi kepada mereka yang bangun pagi terus mengadap PC tu, sila gosok gigi dulu untuk elak nyanyuk disamping membersihkan mulut daripada bau air liur basi.

p/s/s : selamat hari raya maaf zahir batin semua.... ^_^
4

orang lain sibuk buat kuih aku sibuk update blog...hahaaha..maklum la zaman dah moden..semua kuih main beli je..nak suruh mak aku buat...beliau tak nak sebab takde orang nak tolong kat rumah..kalau suruh buat kuih je duk sibuk suruh aku cari menantu untuk dia...tu yang malas nak suruh mak aku buat kuih haish..

kali ni aku nak share satu cerita pasal mat rempit dan kuih semprit di mana mereka ada kaitan antara satu sama lain...

mat seorang penghantar kuih semprit..

pada satu hari mat bawa sempritnya utk di hantar kepada pelanggan

mat membawa motonya dengan laju.

kerana semperitnya perlu di hantar dengan segera

mat terlalu mengejar masa lalu membawa motor dengan laju

dengan kelajuan moto itu mat rasa tidak memadai

lalu mat pn membaringkn badanya dengan meluruskan kaki belakang

dengan ala-ala gaya superman mat mendapati matonya bertambah laju

di dalam bakulnya ada semprit yg perlu di hantar segera tepat pada waktunya

dengan harapan pelanggan tidak marah kn beliau

tiba-tiba mat terlanggar seeko kerbau

lalu jatuh dan beliau pn mati

orang ramai yg datang melihat

"ish3....kesian mat semprit....."kata salah seorang yg mengenalinya mat

"Ooo...kesian2...tapi mmg laju dia bawak moto tadi siap ala-ala superman yang saya nampak.."kata seseorang yg mendengar tapi tidak mengenali mat

sejak ari itu sape2 yg bawak moto laju lagi2 kalau ala-ala superman orang kata mat rempit(mat semprit)

p/s : korang faham tak cerita ni sebenar nye...??? kalau faham cube explain kat aku..dari tadi aku duk pening nak memahami cerita ni..kalau korang tak paham gak maknenye cerita ni yang biol hahahaah.. :p

5

Sempena musim raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi ni aku ada tutorial untuk menganyam ketupat secara bergambar untuk panduan korang semua. Maklum la generasi sekarang dah makin kurang yang pandai menganyam ketupat ni. Jadi wajar la bagi para blogger menyebarkan tutorial macam ni supaya ketupat tak luput ditelan zaman.


p/s : mak aku nak cari calon menantu yang boleh anyam ketupat ni. Mana nak cari ni hoiii...pening...pening



1

assalamualaikum..

 ini  bukan segmen Hot Fm tau..tak kisah la..yang pasti nye pagi ni aku nak kongsi beberapa fakta menarik yang aku dapat dari pak cik google..sambil2 tu fikirkan di pagi  ni ye..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera  huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang  membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang  ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.  Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh  membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung  anjing. Dengan ounces yang  banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz  kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni  mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830,  ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan  pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan  ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan  mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa  memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan  pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang  agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly)  ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak  membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi  mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh  dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush  tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat  jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80  peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda  sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin  tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa  kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita  tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling  banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan  wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah  seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code  adalah Wrigley's gum.

20. Mexico  City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci  setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan  yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih  aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak  telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk  melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari  sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil  kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan  turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan  dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info  ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban  fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.
xde kaitan pun..hehe
sekian..
sumber: Uncle Google
1

kepada peminat2 gadget macam aku, hari ni aku nak share dengan korang info terbaru tentang iPhone 5. Tadi masa aku dok baca latest news kat Yahoo terjumpa post pasal iPhone 5 ni. Setakat ni tak ada kenyataan rasmi lagi cuma ada cakap-cakap macam ni la design iPhone 5 ni.




sumber : sini

nampak gaya macam mantap je. Bila la agak2 nak sampai Malaysia ni. Teringin gak nak ber iPhone ni. But still smartphone Samsung terbaik. Bak kata orang tak cari lain dah hehe

1

aku  sarankan korang tengok iklan ni. Banyak pengajaran dari iklan ni, menghargai mak bapak, semangat setiakawan yang tulus, bersyukur dengan apa yang kita ada. Luangkan masa tengok. 7 minit je pun

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?
aku kata : aku yang lelaki ni pun dah bergenang airmata, kalau yang perempuan kena sedia tisu sekotak. Memang jarang kita dapat iklan yang 'makan dalam' macam ni. Bergoncang ego seorang lelaki dibuatnya. Sebak. Iklan Raya Bernas 2012 memang terbaik. Part yang sedih masa dekat kubur tu. ingat nak jumpa mak dia. Sekali cuma pegi kubur je T_T
1

Rasa macam baru semalam je kita start puasa. Tup tup dah tinggal lebih kurang 2 minggu sebelum kita menyambut raya. Mesti dah ramai yang duk sibuk buat kuih, jahit langsir dan segala bagai demi memastikan raya tahun ni paling de bomb kata nya. Bagi mereka yang masih tercari-cari idea nak buat biskut apa tahun ni, mungkin post ni boleh membantu mendapatkan idea untuk korang. Tengok gambar acuan biskut Avenger kat bawah tu mana tau kot kot idea muncul.





kalau biskut macam ni memang  tak dimakan la jawabnya. Sayang nak makan dan bakal jadi rebutan kanak-kanak hehe. Boleh jadi Kuih Raya 2012 macam Kuih Raya of The Year gitu..^_^ 

2

sekarang ni semua orang dah pakai iPhone la, Blackberry la, Samsung Galaxy dan segala bagai fon yang canggih. Even budak2 sekolah pun dah pakai Blackberry. Aku pakai fon biasa2 aja. Takde la canggih mana pun. Jom kita mengimbau kembali fon yang aku pernah pakai satu ketika dulu

 
yang ni fon pertama aku Nokia 3310. Form 4 baru dapat pakai fon. TU pun terpaksa sebab senang nak call mak aku bila ada kelas tambahan. Ada dalam setahun pakai fon ni pastu tukar sebab bateri habis cepat. Tensi sungguh pada ketika itu..haha

 yang ni Nokia 1000 kalau tak silap. fon ni aku guna sebab bapak aku dah tukar fon lain. Jadi merasa la aku upgrade sikit dari 3310 tu haha..stylo sikit yang ni

oleh sebab aku dapat result yang cemerlang (ceh...konon la) dalam SPM bapak aku belikan fon ni . Nokia 6680 masa tu dah hebat walaupun aku dapat fon ni second hand, redha je la orang dah belikan. Fon pertama aku yang bewarna dan boleh dengar lagu memang cool la. (masa tu la)


dengan azam dan tekad nak beli fon baru akhirnya tahun 2008 tak silap aku beli fon ni menggunakan duit raya dan di support oleh bapak aku. Akhirnya dapat fon baru dari kotak, bau kilang orang kata. tapi jodoh aku dengan fon ni tak panjang sebab ada banyak masalah dengan teknikal aku pun fed up lalu tukar ke fon baru


Last sekali N70 ..last fon dalam kategori boleh buat muzium. lama jugak pakai fon ni. Aku suka  dengar lagu pun best je..tapi lama kelamaan jadi makin slow dan sampai ke tahap kritikal aku terpaksa mencari yang lain...yang lebih pantas dan ringan serta sesuai dengan peredaran zaman gitu.

itu kategori fon pra sejarah aku..korang macam mana ?


2


tu dia. semalam berani sangat buat statement nak kerat anu la kalau Pandalela menang pingat. Sekali dah menang habis diburu satu Malaysia. So sapa2 nak buat statement lepas ni biar berpada. Walaupun itu akaun anda tapi kalau dah nama nya laman sosial apa saja boleh terjadi.  
3

di tengah2 kesibukan menghadiri program kat UTM ni...still lagi curi masa walau sekejap nak update blog ku yang semakin suram dari hari ke hari akibat dari ketidaksempatan dan kemalasan update dan lantas membawa pengurangan jumlah pengunjung...(pergh ayat...kalau cikgu BM baca nangis beliau hahahaaha )

mesti korang selalu makan nasi goreng kan? kali aku nak share menu nasi goreng yang agak rare yang aku dapat dari satu forum..ingat Aznil je ada rancangan macam2 Aznil...nasi goreng pun ada gak la der...tengok la sendiri...


p/s : tak boleh blah punya restoran....hahahaahah...meh cari ramai2 untuk merasai hidangan rare ni ... :P
4


(klik gambar untuk info)

walaupun Datuk Lee Chong Wei tewas, tapi Baskin Robbins tetap bagi aiskrim percuma kat semua rakyat Malaysia. tu la walaupun tak menang pingat emas tapi kesungguhan dan perwatakan tu berjaya memenangi hati rakyat Malaysia. Tokey nasi kandar pun ada bagi free gak rasanya. LCW anda la wira negara.

:)
2

assalamualaikum.....hari ni lambat sikit update blog..sebab sibuk main game dan kemalasan melanda... tapi akhirnya update gak heheh dasar blogger...

kali ni nak cerita pasal karaoke..hari tu pegi teman member aku karok kat Wangsa Walk..teman je tak nyanyi..suara yang sedap kena la simpan..kalau tak si Hafiz awan nano tak boleh cari makan..aku tau ramai yang suka pegi karok ni...kalau aku..karok dalam bilik air sudah...tak payah bayar mahal2 kan? tapi kadang2 seronok jugak la gi karok ni...release tension nyanyi laksana seorang artis hehe



tapi..macam mana kalau ada something jadi time tengah syok2 karok macam kat bawah ni...tengok je la..


p/s : lepas ni mesti trauma nak karok dah heheh
sekian 
^_^
6

assalamualaikum...selamat malam..mesti  korang tak percaya kan ? tapi itu lah yang jadi kat aku petang tadi...sila seram..sebab tiada apa yang seram melainkan cerita ni...



kisahnya berlaku petang tadi..aku lepas tengok tv.....kala itu petir dan kilat sabung menyabung..habis je cerita tu aku terus tutup tv dan cabut plug kalau tak meletup pulak kan? pastu bergegas untuk mandi..

lepas je mak aku keluar dari bilik air, aku pun meluru ke bilik air untuk bersiram ...tapi malang nye semasa dalam bilik air tu perut aku rasa memulas pulak..jadi terpaksa la aku duduk di dalam bilik termenung seketika...

dan masa tu la ia berlaku..tiba2 badan ku seram sejuk...bulu roma berdiri seram seyh...tak lama lepas tu..tiba2 lampu berkelip - kelip dan tiba2 ianya mati.. diikuti dengan dentuman petir beserta kilat yang kuat habis...!! dalam hatiku berkata...suasana menjadi gelap gelita..dan aku menghabiskan hajat ku dan mandi dengan sepantas kilat..

aku terus memberitahu kejadian tersebut kat bapak aku sejurus beliau pulang...beliau dengan macho nye menuju ke bilik air untuk menghilangkan gangguan tersebut..takde scene pelawok..pelawok...pelawok kat sini ye..beliau dengan selamber nye menggoyangkan suis lampu tersebut...dan tiba2...dengan tangan ajaib beliau lampu tu hidup..



jadi segala gangguan berpunca dari masalah suis lampu tersebut ..bukan dari gangguan Kak Limah atau makhluk paranormal yang lain.. :p

sekian, terima kasih...sekadar untuk anda senyum di kala malam ..sila komen lepas baca.. :)
10

Memiliki kereta adalah impian bagi setiap orang. Berbeza bagi lelaki yang gila kereta, diorang ni sanggup menghabiskan berpuluh ribu semata-mata nak bagi kereta cantik. Tapi kalau kereta tu dah memang cantik tak payah la nak make up lagi kereta tu kan? Kali ni aku nak share  The Most Beautiful Car 2012 oleh Forbes.com


Ferrari 458 Spider


Jaguar F-Type



Zenvo ST1 Supercar 


McLaren MP4-12C and 12C Spider


Mercedes-Benz SLS AMG Roadster 


Lamborghini Aventador 


Bentley Mulsanne


 Aston Martin V12 Zagato


Maserati GranTurismo Sport 


kalau dapat naik salah satu daripada yang kat atas ni pun cukup la. Kalau dapat beli lagi syok. Ferrari 458 Spider tak pun Zenvo ST1 Supercar tu. Dah dapat tu ronda2 around the world la. Hoho

p/s: mana satu pilihan korang? cer share sikit


0


Huish. Sengit sungguh perlawanan  Chong Wei dengan Lin Dan tadi. Keputusannya 21-15 10-21 dan 19-21. Apa pun LeeChong Wei  dah usaha sehabis baik cuma nasib je takde. Nampak tadi beliau  frust sangat.  Maka dengan ini sila la beli aiskrim Baskin Robbins sendiri.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei. You're still our hero !!!
1


kejap lagi akan berlangsung pertembungan perseorangan lelaki menemukan Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dalam Olimpik London 2012. Antara harapan emas Malaysia dan harapan peminat aiskrim Baskin Robbins. Kalau dapat emas maka dapat la aiskrim free haha. Kalau tal malan aiskrim Magnum je la jawab nye. So mari kita nantikan.
1

assalamualaikum..


selamat petang semua..petang ni aku nak kongsi something pasal undang2..
ye la aku kan budak law.. :) ini adalah sebahagian daripada undang2 yang kelakar yang ada kat New York..

o Ladies are allowed to go topless in public places! But, the condition is that this should not be done for any commercial purpose.
aku kata: habis la orang lelaki kat malaysia kalau ada law macam ni...makin kurang pahala asyik pandang perempuan je bila keluar..

o You are not allowed to smoke within 100 feet of any public building entrance.
aku kata: yang ni aku sokong..tak payah merokok terus pun tak apa..jauh2 pun boleh bau jugak asap tu.. 

o Women can not walk on the street if they are wearing body hugging clothes. This law seems to be really dumb as we have mentioned that women are allowed to walk topless but not with clothes!
aku kata: yang ini serius kelakar..sekejap kata boleh yang ni tak boleh pulak..

o It is illegal to greet each other by putting your finger on the nose of other.
aku kata: apa kes??? jumpa orang nak pegang hidung pulak...haish..

o The penalty of flirting is 25$.
aku kata: habis la tak boleh mengorat macam ni..kalau playboy dah tak boleh cari makan dah..hahaah

o It is illegal to throw a ball on someone's head for fun sake.
aku kata: hilang nikmat bersuka ria camtu..tapi diorang buat untuk keselamatan kot...kalau kena kepala.. koma ke..biol... kan susah 

o Jumping off from a building is illegal. The penalty is 'Death'! I guess, the person jumping from the building wanted the same thing!
aku kata: sama je..kalau nak terjun bangunan pastikan korang mati sebab kalau tak mati kena hukum mati..

o On Sunday, you can walk with a ice cream in your pocket.
aku kata: yang ini menyusahkan kaum2 ibu nak basuh baju kalau ice cream tu ..

o When you are in an elevator, you are not allowed to talk to anyone and you should strictly fold your hand and look towards the door.
aku kata: yang bagus sebab orang dapat fokus..kurangkan kejadian silap floor ..dapat juga kurangkan kejadian ragut dalam tu..

o It is against the law to wear slippers after 10 in the night.
aku kata: yang ini untuk mengelakkan kaki terkena objek tajam semasa berjalan..
hahaaha..bak kata mereka prevention is better than cure..

sekian..samapai sini lawak petang ni ye ..
2

Memang jarang untuk aku cerita pasal artis dalam blog aku ni...tapi bila bab artis buat sesuatu yang baik harus la kita sebarkan dan ambil iktibar...jangan komplen je keje nye...ye dak? So aku nak share gambar Neelofa buat Umrah kat Mekah..

























Ayu kan? Harap2 lepas balik Umrah ni terbuka hati nak pakai tudung terus...kan bagus...kan..kan..

Kredit gambar dari ohbulan!

-Posted using BlogPress from my iPad
0

Tanggal 11 Julai setiap tahun adalah tarikh yang diingati ramai terutama nya mereka yang meminati sukan no.1 Malaysia iaitu bola sepak..pada tarikh ni perginya sebutir bintang bolasepak yang tiada galang gantinya...tak lain tak bukan Mokhtar Dahari a.k.a Supermokh...meh aku share fakta tentang lagenda bolasepak negara ni..

1. Dikatakan tiga batang jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampan satu sepakan kencang Supermokh ketika dalam satu sessi latihan.

2. Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar Dahari telah diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

3. Mokhtar Dahari tidak suka diganggu ketika menjalani sessi latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi.

4. Selepas tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1968 , Mokhtar Dahari dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata “Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya”.

5. Perlawanan pertamanya ketika mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley 1971 (sekarang Piala Razak) menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

6. Pertama kali terpilih mewakili pasukan kebangsaan ketika Kejohanan Piala Jakartaraya 1972.

7. Pernah menjaringkan gol terbanyak (5 gol) dalam satu perlawanan 1974 antarabangsa ketika menentang Filipina di Sukan Asia 1974 di Teheran.

8. Mokhtar Dahari menjaringkan 2 gol untuk kemenangan pasukan Malaysia yang menundukkan gergasi kelab Inggeris , Arsenal dalam satu perlawanan persahabatan pada tahun 1975 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan keesokkan harinya khabar angin mengatakan bahawa the Gunners berminat untuk membeli beliau ketika itu.



9. Mokhtar menjaringkan 1 gol yang membawa negara meraih pingat emas Sukan SEA yang pertama pada tahun 1977 apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir.

10. Gerakan menarik beliau yang menggelecek 5 pemain England dan menjaringkan gol penyamaan dalam satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan England pada tahun 1978 telah menyebabkan jurulatih England ketika itu , Bobby Robson berang dengan anak-anak buahnya.


11.Mokhtar Dahari menerima kad merah pertama dan terakhirnya dalam karier bolasepaknya ketika menentang Singapura dalam saingan Piala Malaysia pada tahun 1981. Pengadil `bersejarah’ yang menghadiahkan kad merah itu ialah Othman Omar.



12. Kali terakhir mewakili negara pada Pra-Kelayakkan Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul tahun 1985.

13. Dengan kaps antarabangsanya sebanyak 167 caps, dan jumlah gol dalam Piala Malaysia ialah 177 jaringan dan 125 jaringan di peringkat antarabangsa membuatkan tiada lagi pemain yang dapat menyaingi rekodnya sehingga kini.

14. Khabar angin mula-mula bertiup pada tahun 1987 mengatakan Mokhtar Dahari menghidap sejenis penyakit ‘ganjil’ sebelum beliau disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy pada tahun 1989. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

15. Mendapat anugerah Darjah Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), dari Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2001 iaitu sepuluh tahun selepas kematiannya.

aku kata : dengan kemudahan yang terhad dulu..dengan jersi kit yang biasa2 je boleh menang lawan team2 yang hebat dalam dunia ni..sebab diorang main kerana negara.beliau dikhabarkan tapi dia tolak sebab nak main untuk Malaysia...tapi sekarang ramai player kita yang ada kat luar negara, bila main dengan team kebangsaan tak menjadi sebab style bermain tu dah lain..bukan nak kutuk...tapi siapa yang ikut perkembangan bola tempatan mesti tau dan perasan apa yang aku tulis ni..



maaf andai terkasar bahasa...apa pun Supermokh lagenda yang tiada galang ganti nya..


~al-Fatihah~
0


Baru kejap tadi Chong Wei mengalahkan Chen Long 21-13 dan 21-14 dalam masa 54 minit.
Kalau dikutkan dengan keadaan semasa memang konfem la final akan jumpa musuh ketat beliau Lin Dan.

Ayuh Chong Wei. Kasi menang satu emas. Asyik bagi kat China je bosan lelama.
^_^
0

eeeiiii busuk hahahaa...ini adalah entri spesel untuk para pengentut ..sesiapa kat sini yang suka kentut tu ini ada  fakta menarik yang patut korang tau pasal gejala kentut mengentut yang berleluasa dalam kalangan masyarakat zaman sekarang ni..

  • SCUBA divers cannot pass gas at depths of 33 feet or below.
       - bila kat bawah air maka tahap oksigen berkurang so tak boleh kentut...
  • If you fart consistently for 6 years and 9 months, enough gas is produced to create the energy of an atomic bomb.
      - tak payah susah2 nak bina janakuasa nuklear..kentut je senang...hahaah lagi2 si Ujang tu..
  •  Excess gas in the intestinal is medically termed "flatulence."
      -  tak pernah tau...sebab aku amik law bukan medik.. :p
  • The word "fart" comes from the Old English "feortan" (meaning "to break wind").
      - barangsiapa yang amik TESL sila take note...
  •  Farts are flammable.
     - yang ni dah tau...pernah buat eksperimen kat member time kat sekolah dulu..
  •  Termites are the largest producers of farts.
     - so kaki2 yang suka kentut boleh kawan dengan anai - anai
  • Although they won't admit it, women fart as much as men.
     -  yang ini aku suka...hahaah..sudah la para wanita jangan sembunyi lagi...anda tetap terkantoi.. :P
  • A person produces about half a liter of farts a day.
     - bukan ke kentut itu sejenis gas ?? boleh ke ukur dalam liter..?? bukan sentimeter padu ke?
  • Farts have been clocked at a speed of 10 feet per second.
     - pergh...laju kot kalah Ferrari gini...hahaha
  • The temperature of a fart at time of creation is 98.6 degrees Fahrenheit.

      -  patut la sebelum kentut panas je.. hahahaa 
     
aku kata : lepas baca ni jangan terkentut - kentut pulak ye.. ^_^


7

Assalamualaikum...wanita...satu makhluk yang diciptakan Allah dari tulang rusuk lelaki...yang mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tak ada pada diri seorang lelaki...entri ni bukan nak mengagungkan wanita..tapi nak mendidik para wanita supaya lebih bersyukur dengan kejadian..dan kepada lelaki juga supaya bersyukur dijadikan wanita sebagai teman hidup mereka..



19 Keistimewaan Wanita


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.




2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.




3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.



4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini... ^_^
1

Assalamualaikum...syaitan merupakan makhluk yang sentiasa nak mengganggu kita supaya lalai dan leka dari mengingati Allah...nak tahu macam mana syaitan masuk ke dalam diri kita ?  kat sini aku share 15 pintu untuk syaitan masuk dalam diri kita..

- Pintu marah

- Cinta dunia

- Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)

- Panjang angan-angan

- Rakus

- Bakhil

- Suka pada pujian

- Riak

- Uujub (merasa kagum)

- Takut dan gelisah

- Buruk sangka

- Memandang rendah pada orang lain

- Merasa suka pada dosa

- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"

- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

p/s : nanti aku share kan pulak macam mana kita nak halang syaitan  masuk dalam diri kita...
1

assalamualaikum...ramai lelaki mengidamkan untuk mendapat body ala - ala Aaron Aziz gitu...tapi korang tak susah nak diet...tak sempat nak bersenam atau pelbagai halangan lagi ? jangan risau hari ni aku ada cara yang mudah dan cepat untuk mendapatkan nya...


anda idamkan macam ni...
tapi walaupun banyak halangan nya....
korang boleh dapat...
TAPI....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


macam ni je la yang dapat...
modal 2 ringgit beli roti..tampal kat perut
hahahahaha

p/s : tiada jalan mudah untuk capai sesuatu yang kita inginkan...

  
3

Orang Yahudi ni memang terkenal dengan kebijaksanaan diorang. Tapi kebijaksanaan tu digunakan untuk menindas orang lain dan seboleh mungkin diorang cuba sembunyikan kebenaran. Jom kita bongkar kebenaran yang cuba disembunyikan dari kita selama ni. Aku dapat info ni dari fb .

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


0

aku tau mesti ramai tengah bengang dengan Streamyx baru2 ni kan...kebetulan pulak aku jalan2 kat satu forum ni terjumpa la satu iklan yang konon nye streamyx dan yang pasti nye takkan korang tengok kat tv...



berdasarkan keadaan sekarang....mungkin iklan ini sesuai untuk ditonton di kala anda semua lembik tunggu waktu berbuka muahahahaahah  ^^
8