Menu

 Tadi masa aku jalan2 kat fesbuk tiba2 aku terjumpa orang share makanan sunnah Nabi Muhammad. Kita ni dah la sunnah yang besar susah nak amalkan kalau dapat buat yang simple gini mana tau terbuka hati nak buat lebih lagi siapa tau. Dah malas nak membebel panjang ini la senarai makanan sunnah yang aku jumpa tu.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

Ok dah habis..? Apa lagi renung -renungkan selamat beramal.hehe


0

assalamualaikum...andai ada mesin masa doraemon dalam dunia ni...nak je balik ke zaman kecik2 dulu...masa tu tak kenal lagi zaman cintan cintun...stress study...gadjet segala bagai...indah je rasa...takde sebarang masalah cuma masalah nye kena marah dengan mak akibat degil..hoho..jom kita flashback zaman dulu kala punya barang...budak2 sekarang tak nampak dah benda ni..


tutup botol oren...yang ni main kat sekolah sebelum cikgu masuk atau waktu rehat serius best..jentik tu sampai melecet tangan hahah...part mennimbang tu memang failed la hahaha


digivice...zman dulu mana la ada duit sangat budak2 ni...sampai nangis depan kedai cina gara2 tak dapat benda ni..last2 ada kawan jual kat aku 15 ringgit...aku beli ..seminggu simpan duit belanja sebab benda ni adoi la.. =.='


lawan pemadam...sukan feveret kat sekolah...siap ada bekas pensel extra sebab nak sumbat pemadam kat dalam tu...ada banyak sampai berkotak kotak..last2 habis sebab dah hilang skill hahaha


yang ni paling memberi kesan...mak aku paling menyampah dengan kad ni...nak beli pun sorok2 mintak member tolong belikan..last2 kantoi dengan mak aku habis kena bakar semua...lepas tu tobat tak beli dah...

sebelum muncul nya PSP la...gameboy...yang ni la yang aku hadap time cuti sekolah..mak aku tak bagi main time sekolah...dia sorok kat mana entah...sebab dia tahu aku ni jenis yang leka main game...kalau dah main tu berhantu katanya...dan minat aku kat game membawa sehingga sekarang...

tu la kadang seronok ingat zaman dulu2 kan...tipu la kalau korang tak pernah main semua ni kecuali mereka yang lahir zaman moden..sekarang pegi sekolah bawak henset main angry birds ...takde nilai tradis la zaman sekarang ni..




2

Assalamualaikum...tatkala aku tengah cari mood study untuk exam hari khamis ni..tenampak pulak keratan akhbar yang di share satu page kat facebook....take your time to read it..hehe 


macam mana saintis tu boleh dapat kaji kentut dinosaur pun aku tak tau..macam pelik je rasa...tapi kalau kentut manusia aku rasa mungkin kot nak2 kentut berjemaah kan...dan tak ketinggalan boleh dijadikan senjata pemusnah ala2 bom atom apabila ditahan untuk jangka masa yang lama..itu fakta yang tak dapat disangkal lagi hehe..

p/s : y u so serious ?



2

assalamualaikum....
selamat petang semua...waaa...lama nya tak merapu kat sini..setelah perut aku jammed akhirnya..hari ni aku muncul kembali...baiklah petang ni aku nak cerita pasal muka buku atau facebook...

-More then 300 million active users.
aku la salah seorang pengguna fb tegar...sapa setuju angkat tangan hahaha
-50% of the users log everyday.
setiap hari 4-5 kali login...korang macam tu ke???
-The fastest growing demographic of users is in those of 35 years old and older.
sapa kata orang muda je main fb...orang tua pun ada jugak...gatal nak cari awek online..
-An average user has about 130 friends.
jumlah terkini friends aku 941...ramai je lebih comment nye tak ada...
-More then 6 billion people spent their time on facebook.
aku la salah sorang dari 6 bilion tu...celik mata fb...mak aku dah bising pun tak berkesan..haaha...
-More then 40million statues are updated daily.
jangan kata tiap hari...kalau boleh tiap saat ku mau update...
-10 million people become fans each day,
haaa...ini la tempat selebriti nak dekat dengan peminat..entah sapa2 pun ada fan/group page...aku pun ada gak...tak caya??klik sini
-Facebook is open in up to 70 different languages.
sampaikan ada facebook dalam bahasa melayu...jadi ia memudahkan atuk2 dan nenek2 kita main fb..
-70% of the facebook users live outside of the US
ini strategi US tak bagi orang lsin maju dan terus leka dengan fb...contoh nya kita la...
-More then 3million events created each month.
aku banyak dapat invitation event kawen je..nanti kejap lagi sapa nak meminang invite dalam fb...boleh???
-Around 2million photos are uploaded each month on facebook.
asyik ada je gambar...nanti kalau orang komen negatif sentap pulak kan..sapa suruh upload..tanggung la sendiri.. 
-More 2 billion links (etc..) are shared on facebook each week.
aku suka share link pasal kawen2 dan lagu jiwang...ekekeek....jangan marah..

ok la ye...
tamat sudah
4

Umur tu rahsia Allah kan. Tak ada sapa yang tahu bila kita akan dimatikan. Tapi sebagai manusia kita mesti la jaga kesihatan supaya badan kita sentiasa sihat dan tak mudah kena penyakit.

Macam seorang nenek ni Che Ah Bakar dari Kedah dia tak minum benda sejuk atau berais langsung sebab dia dari muda. Bayangkan dalam usia 100 tahun pun bertani lagi. Hebat kan? Orang sekarang umur 50 suruh jogging sikit dah pancit. Puasa pun steady je takde masalah disamping makan ulam-ulaman. Entah - entah ada lagi yang tak kenal ulam zaman sekarang ni lagi2 yang muda.

Zaman moden ni badan kita semakin manja. Orang dulu naik basikal pegi kedai tak pun jalan kaki. Kita ni kedai depan rumah pun naik moto. Panas sikit pasang aircond. Pastu aktiviti pun takde online 24 jam (yang ni aku agak terasa haha). Mana la badan tak sakit.

Jadi mari kita berazam untuk amalkan gaya hidup sihat supaya kekal sihat dan panjang umur. Macam iklan kementerian kesihatan pulak dah heheh 

0

hari ni nak share dengan korang semua tentang fakta menarik mengenai Bruce Lee. Aku ni minat dengan cerita berkaitan dengan seni bela diri ni so tu la jadi terminat dengan beliau ni. Kebetulan pulak jumpa info pasal beliau ni jadi tulis kat sini. Sapa rajin boleh la buat research sama ada fakta ni betul atau tak. Aku cuma share je..



 
1. Bruce Lee ada kecacatan bawaan dimana kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya memakai spec mata yg cukup tebal, dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah ada di zaman itu

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah mixed chinese & german, jadi Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman

4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam film pada umur 3 bulan. Ia dibawa ayahnya, seorang yg cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada film pertamanya

5. Dalam suatu lelong dimana sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri berjudul "My Definite Chief Aim" terjual sebanyak US$29,500.

6. Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat, dia dapat melakukan pull up 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang sebegitu besar tidak pernah pun menang gusti lengan dgn Bruce Lee.

8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan kadang2 dengan dua tangan menggunakan ibu jari saja

9. Bruce Lee mempopularkan teknik 'one inch punch' iaitu tinju dari jarak 1 inci dlm satu tournament karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo jepun yang memiliki berat 100 kg. Judo jepun itu ditinju dari jarak 1 inci sampai terangkat kedua kakinya jatuh ke lantai. (baru tau hehehe)

10. Pada umur 13 tahun Bruce Lee berguru dgn Yip Man (film ip man tu) untuk belajar Wing Chun

11. Ada 3 murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Di Amerika Bruce Lee mengajarkan kung fu kepada semua bangsa tanpa pilih kasih, di sebabkan itu dia ditentang oleh perguruan kung fu lain dgn tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima tentangan itu dan menghajar wakil dari perguruan tersebut dalam masa 3 minit. Menurut Bruce Lee perlawanan itu patut berakhir dlm beberapa saat saja. Mulai saat itu dia berlatih lebih gigih lagi, dan menemukan konsep "Jeet Kune Do".

13. Film Dragon The Bruce Lee Story yg dilakonkan Jason Scott Lee adalah film yang tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dlm film itu Bruce Lee ditendang dipunggungnya hingga menjadi lumpuh dan akhirnya duduk di kerusi roda. Dalam kejadian sebenar, kecederaan Bruce Lee disebabkan ia membuat latihan dgn beban yg terlalu berat dan menyebabkan cedera tulang belakang, dan sebenarnya dia tidak pernah pun duduk di kerusi roda.

14. Dalam masa dia berehat akibat dari cedera tulang belakangnya selama 6 bulan, terciptalah buku "Tao of Jeet Kune Do" yg menjadi best seller.

15. Waktu sebelum kematian Bruce Lee, pa qua (sejenis azimat yg dipercaya dapat menghalau semangat jahat) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.
1

ini bukan entri luahan perasaan...yes...aku memang benci pembohong... bukan apa di kala petang yang indah dan permai ni...sewaktu aku berjalan- jalan kat FB nampak pulak member aku share pasal tanda2 berbohong...so sebagai peringatan bersama aku share kat sini..



Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

aku kata : lepas ni kita berhati - hati la dengan pembohong ni...jangan terpedaya dengan manusia jenis macam ni... ingat tu !!!


"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i dari Anas

9

lepas ni korang semua mungkin akan fikir banyak kali sebelum ganggu hidup gua...gua dah bengang ni asyik2 lu kacau hidup gua...kalau lu kacau hidup gua..nahas lu nanti...ingat !!! ko blah hidup gua lagi lepas ni...wa nak lu tengok balasan orang yang kacau hidup gua kat bawah.. 

p/s : aku tak marah sapa2 pun...dialog di atas mungkin harimau tu yang cakap supaya kita tak kacau lagi hidup beliau yang bersenang lenang dalam zoo tu....kehkeh ^_^
3

dewasa ni dunia online sangat tak dapat dipisahkan dari remaja...Facebook,Twitter , Blog dan macam2 lagi...yang terbaru ni Octove pulak..dengar cerita nya Malaysia punye...haiyoo tambah lagi social networking aku..terima kasih kat Bro Framestome yang menjebak kan aku ke kancah Occtove ni pulak..hehe..

malam ni aku nak share something...kalau korang ada tanda2 yang bakal aku share ni sah la korang ni dah gila...gila online...macam aku hahaaha..apabila korang buat perkara ni..


makan ddepan PC..



tidur dengan PC..

online even demam terbaring kat atas katil..

bawak laptop masuk toilet yang ni serius tak boleh blah..

jangan sampai jadi begini..


lagi teruk kalau begini..


p/s : kalau nak gila pun agak2 la jangan jadi seperti di atas ni ye..



4


NEW YORK - Facebook melaporkan kerugian sebanyak AS$157 juta (RM496.63) dalam perolehannya yang pertama selepas ia disenaraikan di bursa saham di sini.
Harga saham Facebook merosot sebanyak 10 peratus selepas berita kerugian itu tersebar kelmarin.
Laman rangkaian sosial itu disenaraikan di bursa saham pada Mei lalu.
Harga saham Facebook ialah AS$23.10 (RM73.07) selepas berita tersebut tersebar.
Bagaimanapun, perolehannya meningkat kepada AS$1.18 bilion (RM3.73 bilion).
Perolehan itu meningkat sebanyak 32 peratus daripada AS$488 juta (RM1.54 bilion).
Semasa Facebook dilancarkan di bursa saham, harganya ialah AS$38 (RM120.15) sesaham.
Dalam laporan itu, laman itu mempunyai 955 juta pengguna bulanan yang aktif, meningkat 29 peratus berbanding tahun lalu.
Menurut laporan tersebut, para pengguna aktif meningkat 32 peratus kepada 552 juta orang.
Pendapatan iklan meningkat 28 peratus kepada AS$992 juta (RM3.13 bilion).
Antara pencipta laman tersebut ialah Mark Zuckerberg yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook. - Agensi
p/s : adakah lepas ni facebook tak lagi percuma ? huhu kalau kena bayar lepas ni pakat ramai2 tutup fesbuk :P


1

Ini bukan cerita hantu atau Pontianak Harum Sundal Malam..ini adalah realiti bagi mereka yang menaiki tren...








Tu la realiti rakyat Malaysia yang katanya mengangkat nilai2 ketimuran...ditambah pulak dengan kehadiran mereka yang memberikan 'aroma harum' sepanjang perjalanan...

Pssssttt...apa kata korang pulak...?

- Posted using BlogPress from my iPad
0

Sempena bulan ramadhan ni aku nak share sikit amalan2 sunat ketika menjalankan ibadah puasa. Kata ustaz yang wajib kita buat, kita cantikkan lagi dengan amalan sunat.

1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud;
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)


“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim
“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim


2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)


4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.


5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.


6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.


7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.


8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”


9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)


10. Memperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.


11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”


12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.


13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.


14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”






~semoga kita mendapat berkat~

- Posted using BlogPress from my iPad
1

assalamualaikum...khas untuk mereka yang menghadapi exam...sekarang ada satu teknologi yang dicipta oleh orang jepun suppaya dapat meniru dalam exam....jom layan video yang aku jumpa ni...

p/s : macam2 la dunia sekarang ni...sampai teknologi gini pun ada...tapi ingat kalau meniru dalam exam tu..apa yang kita dapat nanti tak berkat...bayangkan dengan result tu kita minta kerja dan bagi family kita makan hasil dari kerja kita tu...semua jadi tak berkat...dosa sendiri tanggung...pikir pikirkan..selamat beramal ... :p
0



entri kali ni sekadar hiburan di kala petang ini sekadar hiburan semata -mata..
takde niat pun nak mengutuk mana2 mamat bangla di luar sana...
layankan je...jiwang sekali sekala

walaupun pitching agak lari dan masih perlukan banyak latihan vokal...
aku respek la kat diorang yang minat dan sanggup cuba untuk nyanyi lagu melayu...
orang Melayu sendiri?
lebih prefer nyanyi lagu omputeh..
baru style katanya...
padahal English pun berterabur...
sadis...
3

ades la...kritikal dah kau ni....malam2 gini jiwang....udah2 la tu membawa hati...kehkeh...takde sapa yang sudi pun...(ayat menagih simpati..T_T).. nak tanya korang ni..selalu kalau korang punya ehem2 merajuk buat macam mana ? bagi bunga ? coklat ? ajak gi tengok wayang ? ...aku memang takde bakat dalam pujuk memujuk ni.. jadi hari ni aku nak share tips2 macam mana nak pujuk para wanita yang meraajuk ni..



1. Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.(aku memang selalu jujur dan berterus terang...tak baik tipu wooo...berdosa...)

2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan.
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.(bila part macam ni aku memang cair..selalu mengalah siap nyanyi kumpulan 'Sventeen - Selalu Mengalah'

3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi. (yang ini memang menjadi kepakaran aku la..ayat memujuk memang semanis kurma...nasib baik tak kene kencing manis...hahaha)

4. Dendangkan lagu untuk si dia.
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama – sama anda! (haish yang ni paling berat sekali...nak kene training vokal dengan Faizal Tahir dulu ni..kalau tak semakin krtikal merajuk nye...)

p/s : sumber adalah di sini ditambah dengan pengalaman cinta monyet sendiri... ^_^
11

macam biasa...hari jumaat aku mesti share something yang berkaitan dengan ilmu agama..tadi aku baca kat blog abang ni..pastu tengok kat tv3 ada tajuk ni..so aku nak share ayat yang patut diamalkan umtuk menghalang sihir ni..

surah As Saffat ayat 7

ikut kata ustaz elok diamalkan lepas solat..so sama2 la kita lindungi diri dan keluarga dari sihir ni..jom jauhi sihir dengan tips2 berikut.. 
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
aku kata : macam2 boleh jadi sekarang ni...jadi sama2 la kita berlindung kepada yang Esa ...^_^
3

kadang2 aku pelik kenapa la ramai sangat orang suka hisap rokok ni. buatmembazir je rasa duit tu dibakar. Kalau bagi kat aku duit rokok tu boleh makan Seoul Farden kot lagi best. Jadi sempena bulan ramadhan ni saja nak bagi ingatan tulus ikhlas untuk perokok ni.Inilah dia...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
(sila klik untuk lebih jelas)

jadi apa kata sempena Ramadhan ni tanamkan azam berhenti merokok. Duit tu kumpul buat kahwin. Asyik bising je mahal kalau nak kawen tapi hisap rokok tak berenti ekekeke

^_^

1



macam mana nak tahu hati kita sedang berbahagia...?  memang bahagia ni satu benda yang subjektif..tapi Ibnu Abbas ada jawapan macam mana nak tau hati sedang berbahagia..

IBNU Abbas salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang diberi gelaran Turjumanul Quran yang bermaksud ahli yang pakar dalam menterjemah dan mentafsirkan al-Quran. Dia sangat tekun menjaga dan melayani Rasulullah SAW sehingga pernah didoakan secara khusus oleh Rasulullah SAW supaya dikurniakan kefahaman mendalam dalam agama dan ilmu takwil al-Quran.
Pada usia sembilan tahun, Ibnu Abbas menghafal al-Quran dan menjadi imam di masjid. Sejak kecil, Ibnu Abbas sudah menunjukkan kecerdasan luar biasa dan semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu.

Pelbagai gelaran diberikan kepada Ibnu Abbas antaranya Faqih al-Ashr (ahli fekah pada zamannya), Imam al-Mufassirin (penghulu ahli tafsir), dan al-Bahr (lautan ilmu).
Pada suatu hari, Ibnu Abbas ditanya oleh seorang tabiin mengenai petunjuk kebahagiaan dunia yang dinikmati oleh Muslim. Lantas, Ibnu Abbas menjawab, terdapat tujuh petunjuk kebahagiaan dunia.

Pertama, hati yang selalu bersyukur dan menerima segala nikmat dengan penuh keikhlasan. Setiap Muslim wajib bersyukur ke atas pelbagai nikmat dikurniakan Allah SWT, baik kecil mahupun besar. Bersyukur dan mengingati Allah akan memudahkan semua amalan serta kegiatan.

Kedua, pasangan hidup yang salih akan mewujudkan suasana rumah tangga serta keluarga yang salih pula. Pada hari akhirat kelak, seorang suami yang juga imam dalam lingkungan keluarganya, akan diminta pertanggungjawaban mengajak isteri dan anaknya ke arah kehidupan salih.
 Selanjutnya, isteri solihah akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani kerenah suami dan pelbagai ragam tabiat anak-anaknya. 

Ketiga, anak yang salih. Anak sebenarnya amanah dan ujian daripada Allah kepada setiap ibu bapa. Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang anak Adam meninggal, maka terputuslah pahala seluruh amalannya kecuali pahala daripada tiga perkara; iaitu amalan sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak salih yang selalu mendoakan untuk kesejahteraan kedua orang tuanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Ghazali ada menegaskan: “Kanak-kanak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Hatinya yang masih bersih adalah mutiara berharga yang sedia menerima untuk dibentuk dan digilap.”
Pernah satu ketika, Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang anak muda yang selalu menggendong ibunya yang uzur. “Ya Rasulullah, apakah aku termasuk
berbakti kepada orang tua?” Rasulullah SAW menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT amat reda kepadamu, kamu adalah anak yang salih dan berbakti kepada dua orang tua, akan tetapi wahai anakku, ketahuilah bahawa cinta orang tuamu itu tidak akan terbalaskan olehmu sampai bila-bila.”

Keempat, persekitaran yang kondusif untuk iman kita. Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama orang yang benar.” (Surah al-Taubah, ayat 119)
Justeru, Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya supaya bersahabat dengan orang yang dapat memberi kebaikan dan sering menasihati kepada perkara makruf.

Kelima, harta yang halal. Islam mengutamakan kualiti harta, bukannya kuantiti. Diriwayatkan Imam Muslim, Rasulullah SAW pernah bertemu seorang sahabat yang mengangkat tangan lalu berdoa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu berdoa dengan doa yang amat baik, namun makanan, minuman, dan pakaian serta tempat tinggalnya diperoleh dari sumber haram, maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan Allah SWT?”

Keenam, semangat memahami dan mendalami ilmu agama. Semakin lama, mendalam dia belajar dan menuntut ilmu agama, maka semakin tinggi serta mendalam cintanya kepada agama, semakin menebal pula cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya, kerana semangat memahami dan mendalami ilmu agama akan menghidupkan hatinya.
Justeru, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Kelebihan seorang berilmu berbanding dengan seorang abid adalah ibarat kelebihan bulan purnama yang terang benderang di sisi gugusan bintang bergemerlapan dan cakerawala yang lain.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ketujuh, umur yang diberkati Allah SWT. Semakin tua seseorang itu, maka dia menjadi semakin salih seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Oleh itu, setiap detik dan saat yang dilaluinya, akan diisi dengan amal ibadah. Benarlah apabila seorang ahli sufi terkenal berkata: “Wahai anak cucu Adam! Hidup kamu hanyalah himpunan hari-hari yang dapat dihitung. Bila berlalunya satu hari bererti hilanglah sebahagian darimu. Dan jika hilang sebahagian darimu, maka bertambah dekatlah masa matimu. Sekiranya kamu mengetahui dan menginsafi hal ini, hendaklah kamu beramal salih.”

-dipetik dari artikel Berita Harian-

p/s : semoga mendapat manfaat

0

di hari yang bosan takde aktiviti ni tiada perkara lain yang mampu dilakukan selain dari mengadap tv dan PC sungguh tak produktif cuti aku ni. Tatkala perut tengah lapar cekodok ni terjumpa pulak satu video tentang cara2 membuat  membuat Big Mac sendiri kat rumah anda. Cer tengok video ni mana tau tetiba rajin nak buat sendiri.

nampak macam senang je nak buat. Alangkah bagus nya kalau ada orang tolong buatkan untuk aku. Tak payah dah nak membazir duit pegi McD nun. Jimat duit.. boleh simpan buat kawen haha
1

selalu kita dengan macam2 trend orang baca Aminn...sama ada time baca Fatihah...atau time mengaminkan doa...tak aku jalan2 kat satu forum tu...salah satu forumer ada share pasal perbezaan ucapan Aminn...so kat sini aku pun share la dengan korang semua ye.... 

Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:

1. Amin , Ø£َÙ…ِÙŠْÙ†ٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.

2. Aamin, Ø£ٰÙ…ِÙ†ْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’. Ketika shalat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.

3. Aamiin, آمِّÙŠْÙ†َ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)

4. Aamiin , Ø£ٰÙ…ِÙŠْÙ†َ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.


Wallahualam sekadar perkongsian....kalau ada salah bagitau aku ye... aku pun still belajar gak...^^




8

assalamualaikum...
aku nak tanya korang sikit boleh ???  sapa suka makan coklat angkat tangan....itu termasuklah aku sekali...hehehe..sedang aku mencari bahan untuk update blog..tetiba aku dapat idea untuk google facts pasal coklat..inilah hasilnye..

sesuai tuk bagi kat awek..
yang ni best makan time tengok tv..

yang ni paling best dimakan time study...hehe

1. Chocolate is lower in caffeine than tea, coffee and coca cola. A one ounce bar of chocolate contains about 6mg of caffeine, whereas a five ounce cup of regular coffee contains over 40mg.

2. Chocolate was regarded as an aphrodisiac by Aztec Indians.

3. Chocolate contains antioxidants which may help prevent cancer and heart disease.

4. Chocolate is the favourite flavour in the United States Of America.

5. The shelf life of a bar of chocolate is approximately one year.

6. In 1842 Cadbury's in England created the worlds first chocolate bar.

7. The Swiss eat the most chocolate. The average person eats 19lbs a year.

8. Chocolate contain theobromine, which is a mild relative of caffeine and magnesium. This chemical is found in some tranquilisers. Because coffee also contains caffeine, it both picks you up and calms you down.

9. It is widely believed that chocolate consumption releases a chemical into your body very similar to what is produced when you are in love.

10. Chocolate manufacturers use 20% of the worlds peanuts and 40% of the worlds almonds.

p/s : jangan makan coklat lebih2...nanti gigi rosak dan boleh kena kencing manis...hehehe
4

habis la kepada para perokok sekalian kalau undang2 tu dilaksanakan kat Malaysia ni. Nasib baik dilaksanakan kat Arab Saudi nun. Ketua hakim Mahkamah Rayuan yang cakap Ebrahim Khodairi.
“Jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang merokok dan disebabkan perbuatan itu si isteri mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan alahan teruk, selepas menyatakan beliau sebenarnya tidak mahu mengahwini perokok, perkahwinan mereka perlu ditamatkan kerana kerosakan disebabkan asap rokok dan pasangan berkenaan sudah tidak boleh hidup bersama lagi,” kata Khodairi

tapi kan bak kata orang dulu2 "kalau hati suka, kentut busuk pun jadi wangi" tahan je la walaupun membahayakan diri sendiri kan? Konon stress la tu hisap rokok. Banyak kesan buruk nye merokok ni kalau dah kahwin ni, 

1) mengurangkan romantik - sebab isteri tak nak duduk sebelah time suami merokok

2)nafas berbau - hangit je. nak cakap pun kena tak boleh

3) kurang bertenaga - bila dah lama hisap rokok nanti batuk lepas tu semput la dan sebagainya kan ke rugi tu patut boleh hidup lama lagi dah terpendek

4)kadar sperma berkurang - nanti susah nak dapat anak kalau gitu. Ada jugak kes yang anak yang mengalami kecacatan akibat rokok ni

5) nampak tak kacak sebab gigi reput dah. Kena pakai gigi palsu (berdasarkan pengalaman bapak aku hehe)

p/s : kadang2 aku terpikir...best sangat ke merokok ni? cer jawab persoalan aku ni..


1

perhatian kepada mereka yang berhantu main main game, ini satu berita yang boleh korang jadikan pengajaran.


TAIPEI: Seorang remaja ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3. Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa dipercayai tidak makan selama dua hari.
Pemain permainan itu setakat ini hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chuang.
Pada pagi 15 Julai lalu, seorang pekerja yang memasuki kafe siber itu menemui Chuang berehat di meja. Selepas pekerja itu membangunkannya, dia berdiri, bejalan beberapa langkah dan kemudian rebah.
Dia disahkan mati sejurus selepas tiba di hospital.
Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat masih dijalankan.
Duduk di tempat sama dalam tempoh lama dipercayai menimbulkan masalah kardiovaskular kepada Chuang.
Ia adalah kematian kedua akibat bermain permainan video di negara itu tahun ini. Pada Februari lalu, seorang lelaki ditemui mati di New Taipei, longlai di kerusi menghadap komputer dengan tangannya masih memegang papan kekunci selepas bermain selama 23 jam. - AFP

 p/s : tu la kalau main game jangan la over sangat sampai tak makan, tak buat aktiviti lain. Dok ngadap benda tu je. Kita ni manusia bukan robot. huhu.
0

alhamdulillah setel hari petama puasa. Biasa nya bila kita berpuasa nafas kita mesti bebau kan? memang la ada hadis yang mengatakan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari bau limau kasturi (betulkan kalau silap) tapi agak2 la. Jangan sampai menimbulkan rasa tak selesa pulak nanti sebab terlampau 'wangi' baunya. Meh aku share tips macam mana nak kurangkan masalah nafas berbau ni


1. Berus gigi, lidah dan gusi.

Memberus gigi sahaja tidak mencukupi kerana bakteria turut berada di bahagian lidah dan gusi. Pastikan lidah diberus sehingga ke pangkal kerana ia merupakan tempat pembiakan bakteria punca nafas berbau plaing ideal. Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi. Masa dan teknik memberus tidak penting kerana gigi individu berbeza antara satu sama lain. Yang penting, anda sendiri boleh merasakan sama ada ia bersih atau tidak. Beli cermin khas untuk melihat keadaan gigi bahagian dalam bagi memastikan gigi diberus dengan sebersihnya. Penggunaan ubat kumur juga tidak membantu dalam mengatasi masalah nafas berbau.

2. Elak mengambil makanan berbau

Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju, susu, daging dan telur. Berus gigi dengan betul selepas menikmati makanan sebegini. Elakkan juga makanan berbau kuat seperti petai dan sebagainya.

3. Kurang bercakap

“Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik. Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau,” kata Dr. Nazli.

Apabila seseorang itu banyak bercakap tetapi tidak makan dan minum, air liurnya akan cepat mengering.

4. Berjumpa doktor

Masalah nafas berbau yang berlaku walaupun gigi sudah dibersihkan dengan sebaik mungkin berpunca daripada masalah pada gigi atau gusi. Sila berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya. 

sekian tips dari aku. huhu

1

haish...time tengahari bulan puasa ni ternampak pulak dekat suratkhabar dok tulis hari ni tauke burger bakar bermurah hati nak bagi burger bakar free kat pelanggan yang datang kat Seksyen 5 Rawang tu. Sapa berkesempatan sila la pegi. Dengar dari cerita member ku sedap..

Tawaran itu menanti pengunjung pada hari pertama puasa khusus bagi menghargai setiap pengunjung yang tidak putus bertandang ke gerai milik Mohd Fadzil Halimie, 44, yang memulakan operasi sejak Disember lalu. 

"Ia juga ibarat sedekah dan juga tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat di bulan yang mulia ini. Walaupun hidangan burger bakar dianggap asing sebagai juadah berbuka puasa, namun pada tahun ini saya berharap menu yang saya ketengahkan ini mampu mencipta kelainan dan fenomena kepada umat Islam khususnya yang tinggal di kota," katanya yang ditemui BH, baru-baru ini. 

sumber : sini


p/s : aku pun tak pernah rasa lagi burger ni. Teringin tapi jauh la pulak. Nanti la bukak sem ku terjah hehe
0

bukan aku yang cakap...tapi  penyimpan mohon besar yang cakap kita mula puasa sabtu ni..kalau tak percaya tengok ni.

dah tu saja nak ingatkan ni niat puasa.

sekian makluman.
0

Makin lama aku tengok headline suratkhabar ni makin menggerunkan. Baru semalam ada cadangan untuk benarkan student bawak fon dan gajet pegi sekolah hari ni dah ada berita budak jual body demi untuk dapatkan gajet.

Paling aku sedih yang buat benda ni Melayu Islam. Yang patut ada didikan agama buat perkara tak senonoh macam ni. Loya je tekak aku baca berita, sanggup tido dengan lelaki 60 tahun semata - mata nak gajet dan beli barang yang diminati.

Diorang ingat dara tu boleh beli kat kedai apa ? Kalau dibenarkan bawak gajet makin banyak la kejadian zina ni. Nampak macam perkara simple tapi berat kesan nya. Kalau yang lelaki pulak jadi anak ikan ke?

Belajar dulu la dik. Karang dah kerja sendiri ada gaji beli la apa yang korang nak. Kalau dari sekolah dah jual body esok besar nak jadi apa?





0

Kerajaan Terengganu mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-15 yang berakhir, kelmarin. 



p/s : untung la dapat cuti 3 hari..hehe yang tangga kedua (Selangor) takde cuti ke? ekekeke
0

selaku peminat Manchester United hari ni aku mau kongsi berita mengenai kelab yang paling aku minat sejal zaman dulu kala lagi,.

AMERIKA SYARIKAT - Kelab gergasi England, Manchester United telah disenaraikan sebagai pasukan paling bernilai di dunia, menurut undian yang dilakukan majalah Forbes.

Juara Sepanyol, Real Madrid menduduki tempat kedua, manakala Arsenal jatuh tiga anak tangga dengan menghuni tangga ke-10 di dalam carta 50 pasukan sukan paling bernilai yang turut menyenaraikan pasukan bola sepak Amerika Syarikat (NFL).

Juara 19 kali Liga Perdana England, United dianggarkan memiliki wang berjumlah £1.42 bilion (RM7 bilion) pada tahun lalu, kini meningkat menjadi £1.86 bilion (RM9 bilion), sekali gus melebihi 19 peratus mengatasi Real yang memiliki £1.2 bilion (RM5 bilion).

Dalam carta yang mana keseluruhan pendapatan industri sukan berjumlah £33 bilion (RM162 bilion) itu, ia termasuk tujuh pasukan bola sepak paling bernilai dengan Barcelona naik 18 anak tangga untuk menduduki tangga kelapan.

United yang dimiliki oleh keluarga Glazer yang juga merupakan pemiliki NFL Tampa Bay Buccaneers, harus berterima kasih kepada penaja-penaja yang membiayai The Red Devils, sekali gus meletakkan pasukan bimbingan Alex Ferguson muncul sebagai kelab paling bernilai.
Penaja United, syarikat insurans, Aon telah membayar kepada United sebanyak £19.8 juta (RM97 juta) sebagai syarat meletakkan nama syarikat pada jersi United sehingga 2014.

Selain itu, DHL Express yang juga bertindak sebagai penaja United dengan menandatangani kontrak empat tahun dilaporkan bernilai £40 juta (RM197 juta) apabila menaja jersi sesi latihan United.
Penajaan DHL itu menjadikan sebagai penaja pertama yang membiayai jersi sesi latihan pasukan di dalam sejarah England.

Sementara itu, pengeluar barangan sukan, Nike seperti biasa telah mencapai persetujuan bersama United yang mana kontraknya dianggarkan bernilai £25 juta (RM123 juta) setiap tahun. - Agensi

p/s : Apa yang penting sekarang aset melambak...boleh beli sapa2 yang sir Alex mahu. tapi tak la sampai melampaui batas berjimat cermat gitu.
0