Menu

ehem2...testing2..1..2..3.. haa..ok pun..

ASSALAMUALAIKUM...
DI KESEMPATAN INI AKU SELAKU OWNER BLOG NI 
INGIN MENGUCAPKAN ...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...
MAAF ZAHIR BATIN..
KALAU ADA TERKASAR BAHASA TERSILAP KATA..
TER 'TYPO' MINTAK DIAMPUNKAN..

SATU PESANAN AKU UNTUK RAYA NI..
DI MUSIM2 PERAYAAN NI..
RAJIN2 KAN LA ZIARAH RUMAH SEDARA MARA ..
SUPAYA DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM...
BARU LA TERCAPAI OBJEKTIF HARI RAYA..
JANGAN ASYIK GILA UPDATE BLOG PASTU NGADAP TV DOPLOHPAT JAM..

SEKIAN.. :)


IKHLAS DARI :
MUHAMMMAD SALIM BIN HARMANAIN 
DAN 
KELUARGA


p/s : sempena raya blog tutup esok...kehkeh...tengok la kalau sempat ku update situasi raya aku taun ni..
9

huish..rindu rasa nak update blog secara berlebihan macam selalu..tapi apakan daya..kesibukan mengemas rumah untuk persiapan berhari raya pada hari lusa..setelah penat mengemas tidur sampai tak ingat dunia bangun dah sahur...sebab tu la blog terabai dan trafik pun menjunam..

aku tertarik dengan artikel yang ada dalam surat khabar hari ni..kat situ dia tulis..'asyik main gajet lupa hari raya' aku tersentap seketika..selaku manusia yang gila gajet aku setuju dengan apa yang ditulis dengan artikel tu..memang banyak beza nya raya time aku kecik2 dulu dengan zaman sekarang ni..


sebab tak nak berpisah dengan gajet sanggup stay kat rumah..dan tak nak menziarah ke rumah sedara mara..yang memburukkan lagi keadaan time sedara datang duk sibuk dengan gajet yang ada ..apakah? maka akan berlaku lah kes tak kenal sedara bila jumpa kat mana2..

nasib baik la mak aku masih ingatkan aku pasal penting nye hubungan kekeluargaan ...kalau tak mungkin aku jadi macam orang lain agak nya...tak salah untuk ada gajet mahal2 cuma pandai2 la sesuaikan diri dengan keadaan kan2..? 

p/s : gajet boleh beli.. ahli keluarga dan sedara mara tak boleh beli beb !!!

3

mood raya semakin menebal ...malas pulak nak update blog...padahal tak buat ape2 pun..begitu la yang terjadi bila mindset kat otak bertukar kepada mood untuk berhari raya...



haish...hari ni nak jadi tua sikit lah...nak cerita pasal perangai bebudak zaman sekarang ni..ada yang terlebih kreatif... mercun di 'modified' hebat ko...nak jadi taliban apa ...last2 meletup kat tangan beraya la korang sebagai golongan OKU...tak ke sadis tu..aku yang OKU ni pun main mercun gak..setakat ni takde apa2 perkara buruk terjadi...alhamdulillah...kuncinya jangan berlagak pandai..

satu lagi..ada budak umur 21 tahun ikut pakwe balik Nepal...yang ni lagi la...orang duk sibuk tolong mak kemas rumah dan buat kuih segala bagai...dia sibuk bercengkerama dengan pakwe kat sana...elok sangat la tu..esok boleh jadi pendaki gunung yang berjaya..apa yang maak bapak larang mesti la bersebab bukan suka2 melarang...haiyoo...mentang2 la pakwe hensem ala2 Shaj Rukh Khan keluarga ditinggalkan...

berdasarkan dua situasi di atas budak zaman sekarang ni ramai yang berlagak pandai...mercun kurang kuat meletop modified sana sini...bajet dah boleh besar umur 21 tahun..dah boleh berdikari sendiri...lari dengan pakwe.. apa la..cuba la sesekali dengar cakap orang tua..tak rugi kan2 ??
3

nak tau kenapa aku nangis?
bukan ditinggal awek atau tak dapat baju raya ...
cube tengok video kat bawah ni korang tau la nanti..


p/s : syukuri la segala nikmat hidup yang kita ada sekarang..
insaf aku tengok video ni..
kalau tak nanges makna nya korang memang hati kering..
2

oh.. menggedik sungguh tajuk entri  di hari jumaat yang indah dan permai ni kan ? tatkala manusia lain sibuk mengemas rumah dan pulang ke kampung halaman kau pulak berjiwang tak habis...hehe.. takpe la aku tak kisah..

jatuh cinta ? macam mana nak tau seorang lelaki tu serius atau tidak dalam perhubungan mereka ? ini penting untuk hidup dengan bahagia tanpa sebarang penyesalan di masa akan datang..supaya tidak berlaku kes tipah tetipu lagi eh...macam lagu pulak..ekekeke..dah jom kita tengok tanda2 lelaki tu serius tak main2..




  • Sentiasa menghiburkan hati anda – Pernah tak anda merasainya? Ya lelaki jarang sekali menghiburkan hati seorang wanita apabila dalam kesusahan atau kesedihan. Selalunya sikap lelaki hanya pandang atau diam sahaja apabila temannya mengalami situasi ini.
  • Tidak suka wanita berpakaian menjolokan mata – Ini baginya cukup penting kerana dia tidak mahu temannya dikacau,diganggu atau diperkata dibelakangnya. Hati dan perasaan risau kalau temannya akan beralih arah kepada orang lain.
  • Mudah terasa dan cemburu – Lelaki yang serius dengan cintanya akan cepat terasa atau cemburu (yang tidak melampaui batas ) pada temannya bila tidak mengendahkan segala pergorbanan yang diberikan serta temannya sentiasa melebihkan rakan-rakanya daripadanya.
  • Mudah menitiskan air mata – Anda pernah melihat lelaki menitiskan air mata secara live didepan anda? Jika lelaki mudah menitiskan air mata demi cintanya, jelas menunjukan dia sebenarnya begitu sayang akan hubungan itu dan hendaklah anda menjaganya dengan sebaik mungkin kerana amat jarang lelaki menitiskan air mata disebabkan cinta.


maka dengan ini...kalau boifren anda memiliki ciri2 seperti di atas...Insya Allah dia akan komited dalam hubungan yang terjalin...hehe ^^

pesanan penaja : tips cinta ini dibawakan oleh mocik meaw dan partner beliau :)
5

kalau dulu ada lagu Cinta Mukabuku yang dinyanyikan oleh Najwa Latif tu..sekarang ni muncul pulak satu filem baru terbitan KRU ...Cinta Kura - Kura pulak.. genre cerita ni komedi romatik..sesuai ditonton semua lapisan masyarakat..cerita pasal sekor kura2 yang boleh bercakap...Nico (suara si Zizan Raja Lawak)

antara barisan pelakon nye Fara Fauzana, Usop Wilca, Fizz Fairuz dan yang paling penting ada Tiz Zaqiyah i like..sebelum ni tak pernah aku tengok Tiz berlako genre komedi .. ni excited mau tengok ni..haish..tengok trailer  pun macam best je...ni aku share kat sini..





sumber : klik sini

3

hari ni aku sangat tidak memiliki idea untuk mengupdate blog...tapi tadi tengah syok tengok tv...tiba2 nampak iklan pasal hari wanita peringkat kebangsaaan...owh...baru aku tau...rupa nya setiap 25 Ogos setiap tahun dipilih sebagai Hari Wanita peringkat kebangsaan..kalau hari wanita sedunia 8 Mac ..

 oleh sebab ramai wanita yang baca blog aku, so di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari Wanita kepada semua yang bergelar wanita ... tanpa kalian semua maka hilang la seri dunia...sabar melayan karenah bapak, pakwe,suami  dan sekalian para lelaki semua.. pendorong kepada para2 lelaki untuk terus berjaya..tak dapat ku bayangkan kalau takde wanita di dunia ni..mesti dunia dipenuhi dengan gay...hahaha...

akhir kata sempena raya yang bakal tiba ni..berusaha la dengan dengan gigih untuk membuat persiapan raya ye...tapi jaga kesihatan...kang raya pengsan susah pulak...lagu ni untuk korang semua..

p/s : hari lelaki bila eh?

8

aku terjumpa video ni kat youtube tadi...jangan korang fikir beruk yang tak pegi sekolah tu bodoh...
cer tengok kejadian di bawah..


hmm...sekarang sapa yang kurang bijak manusia ke beruk? moral : jangan bagi beruk pegang senjata...maka diorang akan menguasai dunia miahahahaha

2

sedang aku berjalan2 kat satu forum...aku terjumpa satu pantun yang mungkin boleh menyedarkan kita supaya lebih rajin nak solat...nak2 lagi di sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan ni...


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah


Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!






* dikopipes dari sini perkara kebaikan kena la sebar2 kan...rajin2 sembahyang ye..

2

sumber:  Oh! media
VS



0

entri ni bukan pasal resepi kuih.bukan nak kutuk mak orang..tapi just nak bagi pendapat aku je pasal isu kuih...ala yang kuih raya dari China tu...kat surat khabar duk sibuk cerita pasal bahan2 yang ada dalam kuih dari sana diragui status halal nye...

aiyoo...hampir semua barang diimport dari sana...takkan la kuih raya pun dari sana gak..takde feel langsung...bukan ke banyak lagi produk2 tempatan yang dibuat kat kilang dalam Malaysia..sedap pulak tu...dan yang paling penting sekali..ada cop halal dari Jakim...



bagi aku kalau nak lagi best buat sendiri...ada feel sikit nak raya..sedap tak sedap ...walaupun hangit mesti ditelan jua...sebab air tangan sendiri ... tapi apakan daya sekarang ni semua sibuk kerja kan...dengan bahan2 yang mahal...beli je la senang...kat pasar raya belambak jual..nak beli beli la...tapi pastikan beli produk tempatan ..yang dah kompom halal..

p/s : macam biasa...taun ni kuih semua tunjuk je...sekian
7

kesian...beliau ni baru belajar nak cakap..
tak terniat pun nak mencarut sebenarnye hehe..


moral : bagi perkataan simple2 suda la...terbelit beliau nak sebut..^^


4


jom join bloglist Aidilfitri ni sempena syawal yang bakal tiba....
special untuk sebulan aku akan letak blog korang dalam bloglist ni...
jom join ramai2...nak join ??? sila klik sini

8

macam2 hal sekarang ni kan...tadi sempat gak baca satu berita kat suratkhabar pasal student satu sekolah agama lahirkan baby kat tandas asrama...adoi...sedih la...patut nye didikan agama dah cukup perkara tu boleh dielakkan...tapi apa nak buat nafsu lebih berkuasa dalam diri...tu la mula dengan ringan2..dah tu tangan tu merayau tempat yang tak sepatut nye last2...termengandung...haa..kan dah malu..bukan diri sendiri malu..ramai orang turut tempias aib yang dibuat tu..

mungkin kita patut ada undang2 macam ni kot...


mungkin orang ramai boleh bagi hadiah macam ni dekat peraba tersebut...


haa...hambik kau.. kan...rasa tapak kasuh size 8 hehe

8

mouse / tetikus  merupakan satu alat yang sangat penting bagi mereka yang terlibat dalam dunia komputer ni..mouse ni bertindak macam jurupandu la kire nye...kalau takde mouse ni kita tak boleh nak ke sana sini...duduk diam ..statik tak bergerak...sedih...kebosanan tanpa arah tuju kan..begitu la penting nye mouse supaya dalam hidup kita...nak2 lagi manusia yang sentiasa  bergelumang dengan mouse macam aku kan..



tapi pernah tak korang fikir kalau dalam mouse tetiba macam yang kat bawah ni....

atau lagi teruk macam ni...


kalau la itu yang jadi mesti korang fobia nak pegang mouse lepas ni hehe... ^_^

p/s : entri merepek dan ayat macam ape je kan....sori ..sengaja sebab musabab ketandusan idea...so layankan je la aku merepek...hahahaah



2

hmm...raya dah dekat... ramai dok sibuk nak balik kampung....kuih raya.. baju raya....duit raya dan segala yang berkaitan dengan raya dah disediakan...tinggal tunggu saat dan ketika saja untuk balik ke kampung halaman untuk bertemu atok nenek dan sedara mara...

tak pernah balik kampung !!! itu la yang aku lalui selama 20 tahun...eh...bukan sebab mak bapak aku gaduh ke hape..sebenarnye mak bapak aku duduk satu kampung...lepas tu nenek aku pindah pulak duduk kat Puchong...walaupun nama nye Kampung Batu 13 ..tak rasa macam kampung langsung sebab lokasi nye kat pinggir bandar sangat tak ada feeling kekampungan disitu..

akhirnya...taun lepas nenek aku pindah ke Tanjung Karang..yang ini betul2 ada suasana kampung dengan sawah yang menghijau...memang rasa amat batak...jakun dan teruja..sangat seronok balik kampung...bayangkan tiap2 tahun dari kecik sampai besar dok sibuk tengok orang balik kampung jauh..sapa tak jeles kan..akhirnya impian menjadi kenyataan...

p/s: kepada yang masih ada mak bapak...atau sedara mara kat kampung tu pulanglah berhari raya..jangan biarkan mereka ternanti kepulangan kita sampai nyanyi lagu Kepulangan Yang Dinanti...tak cukup dengan itu nyanyi lagu Aishah sambil berjujuran air mata...meleleh segala mukus...kesian diorang..

tunggang dengan cermat...jangan tiru aksi ini...ini contoh perancangan keluarga yang salah..

5

apakah? 
Perhatian untuk peminat gajet ini berita baik untuk korang...belum sempat den membeli Ipad dan sepupu sepapat nye...dah keluar yang no.3.. ini semua berdasarkan berita yang aku dapat...meh aku tepek kat sini..



The iPad 3 will reportedly be released early next year.

Apple's third generation tablet will feature a high-resolution 9.7 inch screen with a 2048x1536 display, according to the The Wall Street Journal.

The report notes that the listed screen resolution is significantly higher than its predecessor's 1024x768. Ahead of the iPad 2 launch, it was speculated that the second generation device would include a 2048x1536 display.

In June, it was reported that Samsung and LG are in competition to develop a HD screen for the next iteration of the iPad.

Apple is said to have ordered enough components - including display panels and chips - to produce an initial 1.5 million iPad 3 units. Trial production will allegedly commence in October.

Apple has declined to comment on the speculation


p/s  : teknologi bergerak pantas...sampai tak sempat nak kejar.. =.=' psst...ada orang menang iphone 4 la...nak tau sapa ?? klik sini
2

ingat dulu masa zaman2 sekolah di kala hidung masih berhingus...cikgu selalu suruh buat karangan.."KEBURUKAN MENONTON TELEVISYEN TERHADAP KANAK - KANAK" antara jawapan yang aku jaawab kalau soalan yang begini keluar ialah...kanak2 akan meniru aksi2 lucah ganas yang mereka lihat kat tv tu....

tapi ternyata petang ni persepsi aku ternyata meleset...bukan manusia je yang terpengaruh...kucing pun turut menerima kesan nye...korang tengok sendiri dalam la...


moral : sila jangan bagi kucing anda menonton rancangan yang berunsur ganas dan sebagai nye...kerana satu hari anda mungkin jadi mangsa kekejaman kucing  sendiri hehe ^^


5

tak lama lagi syawal bakal bakal menjelang tiba...semua orang mesti dok sibuk nak pasang lagu raya sambil buat kuih semperit la popia mini (dua2 ni feveret aku) dan macam2 lagi jenis kuih yang wujud di atas bumi ni...pasang lagu raya baru ada feel nak buat kuih kan? so hari ni aku nak share koleksi lagu - lagu raya untuk korang download supaya dapat la memeriahkan suasana..

D.J Dave – Menjelang Hari Raya                          



p/s : lagu yang aku pilih ini adalah lagu bagi membangkitkan semangat buat kuih raya..hehe..buat kuih..buat kuih jugak ...jangan sampai tinggalkan ibadah...mari sama2 kejar pahala dan bergembira membuat persiapan raya.. ^_^

nak lebih lagi ada kat sini 






2


ehem2...dengan ini saya mengumumkan...blog pilihan kalbu..cewah...

suke blog beliau ada cerpen..seronok....tak caye?? pegi la tengok sendiri ^^

yang ni pun suke jugak...ada cerita pasal kucing beliau..ada bab agama ...isu semasa..beliau ni rajin masak tau..

yang ni? suka dengan celoteh beliau..cantik je blog pink beliau.. :)

best ni blog ni sangat hijau...pendek kata tak menyesal la..

cantik header blog ni..suke masuk sebab doodle yang cute..tagline blog ni kreatif..cer tengok 

yang ini ...hmm..suka dengan isi blog beliau...isi tu  penting terus menambat hati ^^

tagline blog dia panjang...tapi blog kemas je siap ada dooodle comel...terus ku pilih pegi la tengok

dia ni paling rajin mengomen blog aku yang entah pape ni ...hehe header dia unik pi tengok nak tau..

haa...yang ini stalker aku hehe..beliau sendiri mengaku..pegi serang blog beliau..

haaa...sejak kebelakangan ini beliau ni rajin drop komen kat blog aku...bukan skandal aku..beliau dah berpunya...hehe pegi tengok..blog beliau..pegi la...

tamat sudah list 10 blog pilihan aku...pasni akan diletakkan dalam bloglist special...
sekian ...

p/s : mengantuk nye mata ku ini...haish...




5


nak join klik sini
tamat pukul 2

8

jangan tanya aku pinang anak sapa...
calon pun takde lagi...
masih lagi mencari..
sebenar nye aku tertarik dengan satu lagu ni..
Aku Pinang Kau dengan Bismillah..
Ungu feat Rossa..
best lagu ni...cerita banyak tak guna..korang layan la ye..


mood : jiwang 
SELAMAT BERSHUR..

1

siang tadi aku ada buat entri ini...ada la aku tanya..dekat readers kan apa yang diorang akan buat kalau dapat duit banyak2...



respon yang aku dapat...ada yang nak melancong keliling dunia macam dia ni..ada yang nak shopping satu shopping complex macam ini..ada yang mau bayar duit ptptn macam beliau..ada yang lebih selesa dengan hasil usaha sendiri macam ini..

tapi ada satu jawapan yang menarik perhatian aku oleh seorang akak ni..siap buat list lagi apa yang dia nak buat kalau dapat duit banyak2 ni...meh aku kopipes comment beliau..

kalau akak la..
akak ambik je...pastu buat2 mcam hak sendiri la..berpoya2 dan bersuka ria..buat beli makan2..beli perabot baru...yang penting beli peti sejuk besar dan tukar kabinet dapur..eh!lagi satu..nak tukar pagar baru..bagi nampak meletup2 gitu..:Pghehhhe

p/s : semangat raya sungguh komen beliau..kurang dua minggu dari sekarang kita akan menyambut syawal..mungkin sebab tu kot komen beliau begitu hehe..^^ so mari ramai2 terjah blog beliau dengan mengklik header di bawah..


p/s/s : jangan marah ye..sekadar gurauan semata - mata..hehe

2


duit...oh...duit ..dimana kau duit...yeah..hari ni aku sangat rock sebab tajuk hari ni berkaitan dengan duit..ni..aku ada satu soalan cepumas...kalau korang jumpa duit banyak...sampai berjuta - juta sanggup ke korang pulangkan macam tu je? tak sanggup? tengok cerita kat bawah ni..

TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.

Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.


Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.
Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.
Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.
Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi
p/s : jujur sungguh mereka kan?? kalau aku buat rumah banglo besar2 wakkaakaka...kalau korangnak buat mende? jawapan terbaik aku akan promote blog dia rini.. jawapan sempoi2 je jangan serius sangat:P



9

sakit gigi adalah antara sakit yang amat sakit di dunia...kalau tak silap aku sakit gigi ni ranking dia nombor dua lepas sakit nak mati (sakaratul maut) pasal tu la bila sakit gigi je hidup serba tak kena kan...tapi yang aku nak share ni dasyat woo ..akibat kegagalan mengawal emosi.. gara2 kesakitan..beliau sanggup membunuh..tak caye ? baca berita kat bawah ni..



The polar bear that killed a British schoolboy attacked because it had toothache, an autopsy on the creature's body has concluded.
Its fangs were badly decayed and nerves exposed, making it bad tempered and unable to hunt normal prey.
Vet Ytrehus Bjornar said: "It must have caused the bear great pain. It was probably very hungry."
The teeth were in such bad condition pieces stuck in the skull of Patrick Flinders, 16, one of four survivors injured in the attack on teenage Brits camping in Svalbard, Norway, on August 5.
Eton pupil Horatio Chapple, 17, of Salisbury, Wilts, was mauled to death before the bear was shot.
Patrick's father Terry, 58, of Jersey, said: "This helps us understand. I don't blame the bear."

p/s : sungguh kesian beliau sebab tak dapat rawatan akibat sakit yang dialami beliau kan..untung jadi manusia 

kalau sakit boleh jumpa dentist...huhu 

4

bulan2 puace cam ni kan bapak titew belikan banyak kawipap untuk titew..
banyak cangat...sampai buncit titew makan..
sayang bapak titew cangat2...hihi

p/s : jangan marah ...jadi budak2 kejap...cuma nak cakap kat sini syukur alhamdulillah dapat puasa ngan family tahun ni..^_^


1


petang2 ni mood untuk join GA datang...tengok2 hadiah nye pun seronok gak..apa lagi...terus rajin kan 
diri untuk join..

dah hadiah pilihan aku adalah...


sebab aku minat bola so ini la hadiah nye...hosting ngan wp nak dapat kejap lagi..so aku pilih yang ni  ^^
sapa nak join klik sini untuk tahu syarat untuk join giveaway ni ye..banyak lagi hadiah menarik menanti 
anda..!!!

erk..dah macam promote kat tv pulak..hahaha


p/s : semoga ada rezeki kali ni.. amin...

1

bulan2 puasa ni nak2 lagi tengahari mesti perut lapar gila kan..mengeluh...adoi lapar la...adoi haus la...masuk je pukul 6 terus lembik tak bermaya..macam tak makan 3 hari...pukul 5.30 semangat duk pegi bazaar ramadhan sebab nak beli juadah berbuka yang terdiri daripada ayam golek..kuih muih...air kelapa dan macam2 lagi sehingga penuh tangan dengan juadah..



tapi pernah tak korang fikir dengan kepala otak yang serba bijak dan pandai tu..ada ramai lagi umat islam kat luar sana yang tak dapat nak berbuka dengan mewah macam kita semua ni..yang lepas buka tersandar kenyang bagai ular sawa..berbanding dengan mereka nak makan sehari sekali pun cukup la payah..tak percaya tengok video ni...



kasihan sungguh aku melihatnya...serius mengalir air mata aku.. T___T
alhamdulillah kita tak pernah rasa keadaan gini kan cer bayang kalau kita yang kena..

p/s : terima kasih bro Ben dan si tomatokering yang buat gua tersedar dari mimpi hidup yang senang lenang...sentap gua kejap..jom derma ramai2 kat sini...



3

sementara tunggu berbuka teringin pulak aku menjoinkan diri dalam segmen dari Belog Skytech...
biasala di samping mengisi waktu dapat jugak tambah kawan2 blogger kan2.. 



- Nama panggilan Blogger         : Salim Harmanain / Tuan Loyar
- Tarikh mula berblog               : 13Ogos 2009
- Rakan blogger terkini             : 922
- Target tambah rakan blogger  : sebanyak yang boleh...hehe

jom join ramai2...klik sini
14

aish...petang ni start nyanyi lagu P.Ramlee la pulak...sudah2 berhenti la nyanyi tu karang hujan tak dapat pegi bazar ramadham pulak hehe...macam yang korang semua tahu...raya dah nak dekat...jadi iklan pasal keselamatan jalan raya semakit giat ada kat tv untuk mengelakkan kemalangan...tapi kemalangan still jugak berlambak - lambak setiap taun..mostly sikap pengguna jalan raya sendiri kan..contoh nye macam kat bawah ni layankan aje...





moral : sila fokus dalam pemanduan anda...jangan kerana awek cun anda terlibat dalam kemalangan...hahahaa

PANDU CERMAT...JIWA SELAMAT...


2




3

hangat ...meletops...terbakar...ingat tak beberapa hari lepas aku ada share pasal ura2 Lisa Surihani ngan Yusri KRU mau naik pelamin tahun depan...??? rupanya hari ni ada perkembangan pasal gosip tersebut..

Yusry kata gosip tu mungkin muncul akibat salah faham..kata nye beliau tak pernah keluarkan statement tu..sampai sekarang diorang belum bincang pasal kawen pun..kalau ada apa2 nanti akan dimaklumkan kemudian..Lisa pulak tak bagi respon pasal hal ni..begitu la kisah nye..



p/s : bagi para jejaka yang mencari cinta macam aku...peluang untuk anda masih terbuka selagi belum ada official announcement dari kedua belah pihak...hehehe ^^

sumber : sini
7

selamat pagi dunia...semoga korang ni memulakan hari dengan cemerlang tatkala puasa masuk hari 16 ni...sekejap je rasanya puasa...tup2 dah sampai ke pertengahan...rasa macam baru je start pose semalam hehe(eleh sebenarnya ko nak cepat2 raya kan?? =.=')

ok la stop merepek..kembali ke pangkal jalan...apasal aku pilih tajuk sedemikian rupa? meh aku cerita.. pagi tadi aku berjalan jalan di alam maya cari bahan mengupdate blog..nampak la tajuk begini Abang Joe  Kekasih Hati Siti Rodziah..dalam hati aku berdetik...sapa dia ni retis baru kah? sanggup tayang kekasih beliau kat suratkhabar...sekali tengok gambar..


begitu kau...ada berani ??? bukan setakat tayang siap comolot lagi  hahaaha ^^

sumber klik sini
1

selamat petang ye korang...hari ni sangat la malas untuk update blog sebab musabab nye adalah duk khusyuk belajar Adobe Flash dengan cemerlang nye...(perasan...)

tadi aku berjalan jalan di fesbuk...fanpage Daphne Dahlia Iking..share video ni..sangat cool ok bila Porsche tu menjadi sebuah teksi...kat sini kalau ada teksi mewah pun Toyota..tu pun untuk kat KLIA je ada...kalau Malaysia ada teksi Porsche ni mesti cool kan..takpayah duk sibuk simpan duit nak beli Porsche kan2..so korang tengok la ye..



4

manusia zaman sekarang ni semakin kreatif kan... tapi apa cerita kalau terlampau kreatif sampai menghina lagu Negaraku...itu la isu yang aku baca paper Kosmo hari ni....lebih menyedihkan lagi keadaan kewujudan video tu tak diketahui sampai la dah ada 40k viewers.

benda ni dah jadi selama tiga tahun cuma baru2 ni je kantoi sebab ada orang nak cari lagu negaraku kat Youtube. yang paling tak best nye sentimen anti Malaysia terus disemarakkan lagi oleh mamat2 indon yang tak abis kutuk negara kita..macam ni ke bangsa serumpun.? tak sedar diri betul diorang tu..negara kita la yang bagi banyak bantuan kat diorang kalau apa2 jadi dah la tu ramai kot rakyat diorang yang keje kat sini.

tak tau la sapa yang buat video tu pastu upload kat Youtube..aku harap lepas ni kerajaan block la ye video tu..nak tengok? search sendiri kat Youtube...sakit ati je letak sini..

~AKU SAYANG MALAYSIA~
MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU


4


jawab pertanyaan beliau tu kat ruangan komen ye...
nanti aku terjah balik ye...^^
kalau nak join klik sini
tutup 6 petang hari ni 14 Ogos 2011..

7

waaa...ni lagi satu berita hangat...Nabil Raja Lawak tu dah nak kahwin dengan Nazirah Ayub ex peramugari MAS...lawa jugek la... dengarnye bakal berlangsung bulan 9 ni...tarikh takde la pulak di bagitau kat paper..semoga bahagia la Nabil dengan pasangan beliau.. jangan sampai banana fruit two time sudah la ye... nak tau lebih detail sila la beli paper Berita Harian di kedai berhampiran...



p/s : aku pun tak tau kenapa aku suka post pasal artis yang nak kawen dua tiga hari ni...kalau tak suke maap ye maap..

p/s/s : Irma Hasmi lagi lawa dan beriman sekarang... hmm apa nak buat...takde jodoh...
4

baru lepas tengok berita kat tv3 tadi..ada laporan pasal hari ni hari orang kidal sedunia...rupanya setiap 13 Ogos..diisytiharkan sebagai hari orang kidal sedunia..rupa nya orang kidal ni istimewa sebab ia hanya membentuk 10% daripada penduduk dunia...pergh..selaku seorang mat kidal aku bersyukur dengan kurniaan Allah...tapi ada part2 tertentu kena guna tangan kanan jugak ye ingat tu..macam makan wajib pakai tangan kanan selagi boleh..

jangan kecewa kalau anda seorang manusia yang kidal...sebab manusia hebat seperti Lin Dan, Man Kidal, Angelina Jolie jugak seorang yang kidal...so majulah kidal untuk negara...

meh aku share fakta menarik pasal fenomena kidal ni..

Most left-handers draw figures facing to the right. 

There is a high tendency in twins for one to be left-handed

Stuttering and dyslexia occur more often in left-handers (particularly if they are forced to change their writing hand as a child, like King of England George VI). 

Left-handers adjust more readily to seeing underwater.

Left-handers excel particularly in tennis, baseball, swimming and fencing

Left-handers usually reach puberty 4 to 5 months after right-handers

4 of the 5 original designers of the Macintosh computer were left-handed

1 in 4 Apollo astronauts were left-handed - 250% more than the normal level.

Left-handed people have an excellent ability to multi-task



p/s : so berbangga lah anda kerana KIDAL ITU HEBAT !!!
muahahahaaha
6