Menu

selamat tengahari..
hari ni aku update lagi...
hari ni nak citer pasal rambut ...
rambut sapa ?? 
rambut Justin Bieber..ala artis remaja yang korang kata cute tu..
(sebenarnya aku lagi cute kot..muahaha..)


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal yang berusia 16 tahun tetapi kini merupakan seorang jutawan, Justin Bieber menjerit bagi meminta seorang hos program perbualan The Talk supaya jangan menyentuh rambutnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Bieber menjerit: "Jangan, jangan, jangan. Jangan sentuh rambut saya."
cerita lebih baca... Kosmo! hari ni..
maklum lah..nama pun selebriti mesti rambut tu penting...mana boleh pegang suka2 hati je kan..yang bukan selebriti pun marah tau..rambut tu aset berharga dia tuk maintain cute selalu kalau rosak..abis la..
~ADIOS~
4

selamat malam korang...
dulu aku ingat dunia blog ni satu yang best...
sebab semua orang boleh share apa yang jadi dalam hidup kita..
sharing is caring la katakan..
tapi hari ni keamanan dan keharmonian dunia blog dicabuli..
bila ada sorang blogger ni kutuk blogger lain..
tak cukup dengan itu guna term yang sangat keji iaitu..
PELACUR BLOGGER..

bukan nak back up sapa2..tapi agak2 la nak tulis camtu..
kalau tak puas hati bagitau je la..
tak payah nak wat entri kutuk blogger lain adess..
terpulang la dia nak terima atau tak kan..
lagi pun dia ada style dia sendiri sukati dia la nak tulis apa kan ???
yang sudah tu sudah la ye.. :)

aku suka singgah singgah la sini





~KEMBALIKAN KEAMANAN PADA DUNIA BLOG !!!~
5

selamat petang uols..
apsal plak tetibe gedik ni ..heheh bawak2la tobat ye..

biasa nye weekend macam ni..
ramai orang wat majlis kahwin..
tak terkecuali jugak la artis kecil molek yg satu ni..
aku agak minat jugak la dengan dia ni sebenarnye..hehehe
Siti Sarah..dengan pilihan hati nya Shuib Sepah..

alhamdulillah..
Siti Sarah bertemu juga jodohnya..
 lupakan kisah pahit yang lalu...
selamat menjalani hidup berumah tangga ye..
semoga bahagia ke akhir hayat..


Insya Allah..
~ADIOS~

sumber: beautifulnara.com 
1

selamat berhujung minggu korang..
biasa la kalau weekend je..start update tengahari..
bangun lambat..


macam yang korang tau Daphne Iking dah masuk Islam..
ramai orang kata dia masuk Islam sebab dia nak kahwin..
adess...kesian kat dia...
dalam paper hari ni..

dia buat satement pasal isu ni..
klik sini..
jadi korang yang terus berkata-kata tu..
patut nye..GIVE HER SUPPORT AND PRAY FOR HER..
doakan dia untuk jadi muslimah yang baik ye..
insya Allah.. :)
~ADIOS~
0

selamat malam...
ape aktiviti korang malam ni..
harap2 nye tak ada la yang buat bukan2 ye..
tak baik..heheeh

kalau la korang seorang yang tegar online ..
layan la fb ke update blog ke..
tapi jangan la melekat depan pc / laptop tu lama2..

tapi awas.. hati2dengan private message yang korang dapat kt fb ye..
contohnya macam kt bawah ni..

klik untuk besarkan...

tiba2 je awek ni PM aku..
haish terkejut aku..celah mana la dapat fb aku..
jangan lak suka dpt benda2 camni n terus percaya..
hati2 takut nanti kena tipu.. :)

~ADIOS~

0

hai...selamat petang semua..
hari ni aku pegi majlis kenduri kawen..
so dah petang baru dapat update..

post kali ni bukan nak citer pasal kenduri yang aku pegi tadi...
tapi pasal promosi yang dibuat oleh kompeni Mc Donald's..
bukan kat sini tapi kat Hong Kong la..



"Starting in 2011, couples in love will be able to tie the knot at any McDonald’s branch in Hong King.Slated to begin sometime in January, the upcoming McWeddings will first appear for a test period at three major McDonald’s branches. They’ll be offered in packages starting at HK$1000 ($129), which is a major savings from the typical HK$10,000 or $1,300 price of a Hong Kong wedding.



Included with the reservation is a personalized menu, decorations, McDonald’s-themed gifts, a special apple-pie wedding cake, and a lone fry in place of the traditional cherry a couple shares prior to kissing."

sumber : weirdasianews.com

habis la kalau benda ni sampai Malaysia..orang dah tak sewa khemah dan masak2 lagi..abis semua bankrap.. murah dan senang..kaya la McD kalau semua orang nak kawen kat situ..hehehe..

0

selamat petang semua...
selamat hari jumaat..
akhirnya dah sampai pun hari jumaat ..
lega..setelah macam2 benda berlaku minggu ni..
dari PRK sampai la aku jatuh tergolek dalam bilik..macam2 lagi..
habis jugak minggu ni.. :))


ok la berbalik kepada tajuk kita ye..
penulis blog dapat jadi panel SPRM...wow..
rupa2 nye penting gak penulis blog dalam negara ni sampai dapat jadi panel SPRM..
mana aku tau citer ni..??? ada kat sini..
sebagai seorang blogger ..aku rasa best sebab suara kita semakin didengari..
kalau tak kerajaan tak buat camtu kan ??

bloggers rule...heeheh

mungkin satu hari nanti blogger kat malaysia ada wakil ADUN ke Parlimen..
bloggers yg femes dan otai terpilih kan gempak tu..
hehehe..

ok la cukup2 la merepek ye salim..
~ADIOS~
0


selamat petang...
perghh...lama gila x update blog..
maklum la..demam PRK pastu sibuk dengan kelas la..esemen la..
abis menjunam trafik aku..

sapa kat sini minat Lisa Surihani angkat laptop heheh..
kat sini aku nak bagitau..
Lisa Surihani no. 1 dalam carta facebook fans celebrity Malaysia..
berjaya mengalahkan aznil hj nawawi n scha al yahya..
nak tau cerita lanjut 
pegi ke sini...

p/s : update blog dalam keadaan sakit...semalam terjatuh..dari atas wheel chair.. (weecha) hehe..
lisa surihani punya pasal sanggup update...Heliza Helmi pun minat juga..(semua aku minat..haish susah la..)
aku pun ada fanpage jugak...
kawan aku buat..
klik sini. kalau nak tengok
hahaaha beliau buat ni time xde keje..
ok la ye

~ADIOS~
2


eh ???
sape ni..?? dia ni la owner http://kupukupukecik.blogspot.com
dia nak promote blog orang malam ni..

kenapa nak join?
sebab nak jadikan blog ku ini lagi femes dari blog beliau..muahahaha...bajet aku ni femes lak..actually nak merapatkan hubungan sesama blogger..kan yuyu kan?? hihi..

ok camtu je la..
~ADIOS~

2

selamat petang..
haish dah petang baru dapat update blog..bukan ape pun.. pagi ada kelas..pastu duk sibuk pegi tengok orang berkempen untuk pilihan raya kampus...tengok je la..nak bertanding tak layak pulak..hehe
tahun depan la kot..  cewah..berangan sudah..

macam2 yang aku dengar time PRK ni...janji itu .. janji ini..ini semua tak ada kena mengena dengan janji..tapi pasal jalankan tanggungjawab yang diamanahkan kat calon untuk jaga well-being student..jangan la undi sebab muka hensem, semangat kenegerian, janji2 manis dan macam2 lagi.. 

bagi student UIA kitorang undi esok...so bagi kawan2 aku yang baca blog ni..pilih calon yang dapat buat kerja dengan baik dan dapat jaga kita semua...yang penting dah menang jangan poyo tau..


p/s : kesian kat student UM yang hilang time kempen tu..nak tau citer klik sini

~ADIOS~
2


selamat pagi semua...
ye...aku seorang blogger yang aktif..
sekali lagi aku join segmen.. Bro. Ben ni
walaupun kadang2 ter miss update..
tapi  atas sebab2 tertentu..
ni boleh kira aktif kan ?
hehehe..
sapa nak join klik sini...

~ADIOS~

14

selamat malam semua...
tengah buat apa tu..???
mesti la tengah baca blog aku kan ??
malam ni aku nak kongsi cerita pasal Datuk Siti dan Datuk K ..
bukan gosip yang tak elok la..
diorang ni dah berjaya bina masjid..
elok la kalau macam tu..
kalau dah kaya berbakti untuk masyarakat..
yang ni patut dicontohi 
bukan menyombong ke atau buat benda bukan2..
dari mana aku tau ni??

credit : beautifulnara.com
nak tau lebih klik sini


0

hai..selamat tengahari semua..
dah 2 hari tak update blog ... 
rindu gile dengan blog ku..
and readers nye sekali ye.. :)
so layan citer aku kongsi hari ni.. :
ciptaan Allah.. 

JAKARTA - Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya ditemui di Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah pada minggu lalu.
Ikan aneh itu yang ditemui pada 5 Februari lalu mempunyai empat sirip dan tiga ekor serta mempunyai sisik seperti ular.
Dua lelaki menangkap ikan itu semasa mereka mencari ikan di dermaga membaiki kapal.
Menurut laporan akhbar dalam talian, Liputan 6.com, ikan itu tidak melawan semasa ia ditangkap.
Sebaliknya, ikan tersebut kelihatan seperti minta ditangkap oleh kedua-dua beradik itu.
Ikan itu diperlihara di dalam kolam kecil di rumah mereka. - Agensi
2

haaa...
hari ni aku rasa nak update lagi ...
mesti ramai yang rasa nak muntah baca statement tu kan..
haish tak boleh blah punye statement...

korang mesti tau kan ramai lelaki kat luar sana cakap ..
hisap rokok tu macho..lambang kelelakian katanya..
bagi aku la itu tanda orang nak mati cepat..hehe
jangan marah ye wahai perokok tegar..

sebab apa aku cerita pasal rokok ni ???
sebenarnya tadi masa tengah makan kat kedai..
aku tengok berita...
katanya shisha lebih bahaya dari rokok..
400 kali ganda pulak tu ish 3x..



sukalah  mamat2 yang konon macho ni ..
tak da maknenye..
dua2 sama HARAM....
jap lagi kerajaan nak kuatkuasa kan pengharaman nya..
sama cam undang2 yang ada untuk rokok
so dari beli dua2 benda ni..
baik simpan duit untuk kawen kan ??

kacak kan hehehe



~ADIOS~
7

selamat petang semua...
weee...akhirnya abis klas...
jumaat pulak ada test...
haish..serabut...

dalam serabut2 ni sempat update kongsi cerita dengan korang...
petang ni aku nak share cerita kondom RM 4.5 juta..
(kalau part2 ni laju je klik ye..)
ye..ini ada kt Malaysia je tau...
nak tau citer...
baca la lagi..

"IPOH: Polis menahan tiga lelaki berusia 29 hingga 30 tahun yang dipercayai anggota sindiket antarabangsa bagi membantu siasatan kes kecurian lebih 700,000 kondom bernilai kira-kira RM4.5 juta dari sebuah kontena ke Tokyo, Jepun, bulan lalu. 

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan, berkata tiga lelaki itu yang juga pekerja kilang kondom di Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, ditahan di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Klang dan sebuah lebuh raya semalam."



tak caye jugak ke??? klik sini

p/s : ape nak jadi dengan rakyat Malaysia ni..kondom pun nak curik ke?? curi la benda lain Ferrari ke BMW... style sikit kan hahahaa





0

 assalamualaikum....
haaa....apa aku dah buat ni ?? 
siapa yang aku malu kan ???
sebab apakah dia malu...
rilek2...

macam ni cerita nya...
semalam aku senbang dalam SB a.k.a Sahabat Blogger kat fb...

ada sorang blogger girl ni..
nak add member2 SB ni la..
aku pun tumpang se kaki la...
tengok2 dia approve..
maka aku post la camni..

credit to : sitiatikah.com 

pastu dia terus buat post..klik sini

sebenarnya..tak ada apa apa pun..
mungkin dia segan agaknya..
faham2 la..
girl..
hheehehe
~SEKIAN~
5

assalamualaikum...


update lagi...rajin pulak hari ni.. heehehe
kali ni update tuk join segmen Bro Ben Ashaari yang rajin buat segmen suai kenal tuk bloggers ni..
nak join.??sini

walaupun aku dah setaun lebih blogging tapi akibat malas update n blogwalking..followers still ciput je..tu la pasal aku layak join segmen ni...hehehee pastu dapat mengeratkan hubungan sesama bloggers..(ayat skema)

ok la malas nak cite banyak ...
to all bloggers yg singgah sini 
thanks eh...nanti aku singgah blog korang ..jangn lupa tinggalkan link..kalau sudi follow ye..
~DONE~
19

assalamualaikum...
selamat pagi semua...
hari ni aku nak kongsi cerita orang yang jadi mangsa akaun fake dalam facebook ni..kesian dia..stress kot hidup gara2 penyangak sekor ni..


BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.
“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.

Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.
Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.

“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya.

“Saya mengesyaki ia dilakukan individu yang mengenali saya yang berniat memalu dan menjatuhkan maruah saya.
“Saya tidak pernah meletakkan nombor telefon di dalam akaun Facebook sendiri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, tinjauan ke atas laman sosial Facebook milik individu yang menggunakan nama Puteri Farah itu mendapati ia mengandungi maklumat seperti tempat tinggalnya di Butterworth, Pulau Pinang selain pekerjaannya sebagai seorang jururawat. Lagi berita klik sini 

p/s: haish...tak tau apa nak cakap rasa nya makin canggih teknologi makin tak selamat...
0

assalamualaikum...
korang ok tak ari ni..haish cuti2 pun malas nak update...camne nak jadi famous cam Ben Ashaari ???hehe
haish...apa nak jadi dengan Harimau Kayu a.k.a Tiger Woods yang didenda lepas meludah..kesian...nak tau cerita..teruskan baca...



LONDON: Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods memohon maaf selepas dikenakan denda kerana meludah semasa beraksi pada kejohohnan Dubai Desert Classic yang berakhir, hujung minggu lalu. “Saya tidak sepatutnya meludah seperti itu dan saya tahu ia tidak perlu," katanya dalam Twitter semalam.



“Saya ingin melupainya dan saya mahu menyatakan saya minta maaf," katanya.Jelajah Eropah bercadang mendenda Woods selepas melihat semula rakaman permainan di kejohanan itu.

“Pengarah kejohanan, Mike Stewart sudah mengkaji kejadian itu dan percaya ia satu kesalahan dari segi etika dan dengan itu Tiger Woods akan didenda," kata Jelajah Eropah dalam satu kenyataan. 

Pegawai Jelajah Eropah akan menulis surat kepada pemain berusia 35 tahun yang berasal dari Amerika itu kepada pegawai pasukan pengurusannya tetapi tidak bercadang mengumumkan nilai denda berkenaan. 
Woods, juara 14 kali kejohanan major dilihat beberapa kali meludah dan ia dirakam jurukamera sepanjang kejohanan yang berakhir Ahad lalu.

p/s : jangan meludah sesuka hati .. pandang kiri kanan sebelum meludah..hehe
1

assalamualaikum...
selamat malam semua...
ada cerita panas !!! 
pasal Safee Sali striker Selangor tu..
  dia dah bikin panas dalam blog aku...

ni bukti nya...
*klik untuk besarkan...

rasa2 nya tak pernah berlaku dalam sejarah blog aku macam tu..baru Safee Sali pegi Indon..kalau pegi Manchester United agak2 camne la agaknya ye..mesti gempak kot..

p/s: sebenarnya nak cerita pasal tu je..tak ada apa2 kontroversi pun...semua nya baik2 aja pak...heheh...ok ye korang selamat bercuti...

~SALAM MAULIDUR RASUL 1432H~
0

assalamualaikum...
selamat petang semua...macam yang korang tau hari ini Valentine's Day...
ingat ye..HARAM bagi orang Islam sambut benda ni..
Hari Kekasih sebenarnya adalah esok...
kenapa esok...???
esok adalah hari kelahiran Nabi Muhammad...
Baginda la yang paling layak untuk dikasihi..kekasih Allah yang begitu kasihkan umatnya even sampai akhir hayat baginda..
sama2 banyakkan selawat bagi memperingati hari ini ye..





KEPADA MU KEKASIH
sayang...
u tau tak sebenarnya..
u lawa kalau pakai tudung ..serius x main2..
pakai tudung kerana Allah...
bukan pakai tudung sebab nak tutup love bite ye..


sayang...
do u really love me???
kalau sayang tak perlu la nak pegang2..
jaga adab dan pergaulan..
macam dalam lagu Ana Rafali tu..
sebab dari pegang2 tu boleh jadi perkara yang lebih teruk..
kalau dah sah takpe la..


sayang...
perlu ke sambut hari kekasih..???
sedangkan Maulidur Rasul esok...
Nabi kasihkan umat sampai akhir hayat..
are u sure u love me till ur last breath??
sambut Hari Kekasih??
yang pasti syaitan bersorak gembira..
kemungkaran berleluasa...


sayang...
untuk akhirnya..
i harap sangat kita dapat bersama...
dalam ikatan yang halal dan diredhai..
saling melengkapi satu sama lain
semua yang haram jadi halal..
dapat pahala dirikan masjid, ramaikan umat...
sekaligus sokong seruan kerajaan ke arah 70 juta rakyat Malaysia..hehe


-sekian-


ini adalah luahan peribadi penulis...bukan nak tunjuk Islamik..sekadar coretan peribadi..
0

assalamualaikum...
malam ni ada cerita best nak dikongsi..
hebat mak cik ni tau..

ihsan oleh : Google


MELAKA: “Saya bergelut hampir 10 minit dan sempat menggigit tangan peragut itu kerana mahu mempertahankan rantai leher dipakai, namun dia berjaya merentap rantai itu,” kata seorang mangsa ragut dua lelaki bermotosikal, Kamariah Salim, 52, ketika ditemui di rumahnya di Pulau Gadong, Klebang Besar, dekat sini, semalam.
Kamariah yang juga guru agama berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia sedang membersihkan pokok bunga bersama seorang rakan yang ketika itu berada di laman rumahnya.

Menurutnya, ketika sibuk mengalihkan batu untuk meletakkan pasu bunga, dia terlihat seorang lelaki dipercayai berusia 30-an melalui jalan di depan rumahnya dan jalan itu memang menjadi laluan untuk orang keluar masuk.
“Dia tiba-tiba terus menerpa ke arah saya dengan mencengkam leher dan menarik tudung bagi meragut rantai yang saya pakai,” katanya.

Menceritakan detik cemas itu, dia yang terkejut dengan tindakan itu terus mempertahankan barang kemasnya yang bernilai RM20,000 itu dengan bergelut 10 minit.

“Ketika bergelut, saya menjerit meminta tolong, namun mungkin ketika itu ramai tiada di rumah dan saya bergelut seorang diri hingga menggigit tangan peragut berkenaan.

“Tudung saya hampir terbuka dan peragut berjaya meragut rantai leher sebelum berlari ke arah rakannya yang menunggu,” katanya.

p/s: nasib baik gigi mak cik ni tak tanggal time gigit peragut tu...jangan pandang mak cik tak reti melawan...fikir dulu sebelum buat jahat.. :)
0

assalamualaikum...
selamat pagi...korang semua sihat ke??? sori la dah lama tak menjengah ke dunia blog ni..dekat seminggu kot..nak buat camne ..bz sangat ...tapi takpe..time weekend ni la ada masa nak update blog..tak gitu???

macam yang korang semua tau baru2 ni macam ada gosip Ally bakal tamatkan zaman bujang nya..aku tak sempat la nak story pasal tu..sekali tu tiba2 ku dapat sumber yang disahkan dari sini...

ini lah jejaka yang ku minati itu.. :)

ini lah pilihan hati Ally.. :)
p/s: tahniah ye untuk kalian berdua...kepada para wanita yang bercita - cita nak kawen dengan Ally..
sayang nye anda terlambat.. :P



0


assalamualaikum...
selamat petang semua...
alhamdulillah habis kelas untuk hari ni...
tengah jalan2 di dunia maya nampak segmen baru En Ben..apa lagi dengan pantas aku join..
sekali lagi beliau nak buat kerja gila (bukan aku cakap dia sendiri yang cakap ye...haahah)  dengan gegarkan blog...
bukan 100 atau 200 tapi 1000...
banyak tu..

lepas tu beliau suruh tulis ayat di bawah:
 SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

haaa...amacam korang ada berani ka...???
kalau cukup nak join klik sini ..
7

assalamualaikum...
selamat pagi ahad...semoga korang semua ceria2di pagi ni te..
aku rasa nak gelak  bila baca berita  kat bawah ni..
kelakar kot..



NEW YORK: Pengendali bursa saham Nasdaq berkata pihaknya menemui "fail memcurigakan" dalam rangkaian pangkalan datanya di Amerika Syarikat dan mengesan penggodam mungkin menjejaskan salah satu aplikasi data pelanggannya. 


Bagaimanapun belum ada bukti penggodam mengambil maklumat atau mencerobohi sistem pelanggan Nasdaq atau syarikat induknya, OMX Group Inc dalam platfom dagangannya, menurut pengendali bursa dunia itu, hari ini. Setakat ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan sebuah firma forensik jenayah komputer sudah menjalankan siasatan walaupun Nasdaq OMX Group tidak menyatakan bila fail mencurigakan itu dikesan.

Fail berkenaan yang dipanggil "Directors Desk" yang berada dalam aplikasi web Nasdaq sudah dikeluarkan. - Reuters

p/s : kata negara yang serba lengkap dengan teknologi.. fail yang mencurigakan pon dah rasa cuak..haish...
3

assalamualaikum....
this is my 2nd post in English...
 just to share with you guys...what is there in your toothpaste...
these are the list of the ingredients
...


10. Formaldehyde

That same ingredient that coroners can't live without can be found inside of your toothpaste tube. Formaldehyde kills all of those small bacteria that climb onto your teeth after eating or sleeping. If a large amount of formaldehyde is accidentally ingested, the result could be fatal. Severe formaldehyde ingestion results in jaundice, kidney damage, liver damage, and death.

9. Detergent
Foam, suds, activation! What would toothpaste be without that satisfying soapy feeling? Manufacturers use regular detergent in order to appease the masses that prefer bubbly toothpaste. While bubbles may be fun, be careful if you accidentally ingest a large amount of this stuff - swallowing detergent can cause digestive tract burning.

8. Seaweed
Stretchy and slimy, seaweed holds that paste together. Without this green stuff, toothpaste would simply fall apart! The good news is that seaweed isn't toxic. Infact, seaweed has a number of nutritional benefits, though hitting the sushi bar is a better way of gaining those benefits.

7. Peppermint Oil
Minty, minty, minty! Fresh breath can only be kept fresh with the help of peppermint oil! While refreshing when brushing your teeth using toothpaste, peppermint oil can cause a slow pulse, heartburn, and muscle tremors if it is consumed.

6. Paraffin
As slick as the petroleum that it is derived from, paraffin creates a smooth paste that oozes onto your toothbrush using toothpaste. As you might imagine, paraffin wasn't meant to be eaten. If you happen to swallow this ingredient, you may end up with abdominal pain, nausea, vomiting, and severe constipation.

5. Glycerin Glycol
Never heard of this ingredient before? Sure about that? Glycerin glycol is added to toothpaste in order to prevent the paste from becoming too dry – it's also found in antifreeze. Even though glycerin is not toxic, this additive may cause nausea if swallowed.

4. Chalk
That's right - chalk. Thanks to the fact that chalk is made from exoskeletons, it's hard enough to remove all of that caked on gunk from your pearly whites. Chalk dust may cause lung problems if inhaled via toothpaste, and swallowing a bit of chalk could cause bleeding.

3. Titanium Dioxide
This is another common toothpaste ingredient, though it's usually found in white paint. When added to toothpaste, titanium dioxide has the safe effect on your teeth as it does on walls - it keeps them nice and white (for a few hours, at least!). Ingesting titanium dioxide won't hurt you, but it isn't recommended either.

2. Saccharin
Something has to combat that terrible detergent taste! Saccharin is sweet, but not too sweet - just the way that most people like their toothpaste! Saccharin has been a hot topic of debate every since Theodore Roosevelt was in the White House. The USDA tried to ban the substance in 1972, though it is considered "safe" to ingest today.

1. Menthol
One last ingredient to add a minty note to your breath. Without menthol, toothpaste might taste like, well, chalk, glycerin, paraffin, detergent, titanium dioxide, and seaweed! Go ahead and ingest menthol if you like, but sipping some tea containing menthol is a far better idea than chewing on your tube of toothpaste.



0

assalamualaikum...
selamat pagi...bangun..bangun...dah basuh muka??? dah mandi ??? dah breakfast???
harap nye harini semua ceria la ye.. pagi ni kita mulakan dengan topik sukan...
dikhabarkan Safee Sali yang jugak striker Red Giant akan berhijrah ke Indonesia..
nak tau baca la kat bawah ni..


Safee sah penuhi impian beraksi dalam Liga Super Indonesia

PENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan.

Penyerang 26 tahun yang masih memiliki kontrak bersama The Red Giants sehingga akhir musim ini, dikatakan akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan perkembangan itu, Isnin ini.
Safee ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam, mengesahkan dia bakal berhijrah ke Indonesia tetapi enggan mendedahkan kelab yang akan diwakili.

“Memang saya akan ke sana tetapi butiran lanjut mengenainya akan diumumkan Isnin ini,” katanya tetapi mengesahkan kontrak dengan kelab Indonesia itu adalah bagi tempoh setahun. 

lagi berita klik sini

p/s: gudluck la ye main kat sana nanti...jangan nanti kena beli kereta perisai pulak sebab kena serang   dengan penyokong fanatik diorang ye..hehe
2

assalamualaikum...

cerita banyak tak guna..korang baca la...serius ngeri..

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berkecai selepas digilis beberapa kenderaan di KM269.9 Lebuhraya Utara-Selatan dalam satu kemalangan mala tadi. 

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata mayat Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 25, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ditemui orang ramai kira-kira 8 malam yang kemudian membuat laporan polis.

Mohd Ridzuan yang menunggang motosikal dalam perjalan dari utara ke selatan dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan kenderaan lain di lebuh raya itu dan digilis beberapa kenderaan lain.
Beliau berkata, turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang lagi penunggang motosikal yang merempuh Mohd Ridzuan. 

Bagaimanapun, Irwan Fahmi Mat Ariff, 22, seorang anggota tentera yang berasal dari sini hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun. 

Beliau berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes langgar lari dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan. - BERNAMA 

tunggang dengan cermat..ingat lah orang yang tersayang...


p/s : hari2 ada je eksiden..jadi kat sini aku nasihatkan hati2 la di jalan raya..ikut segala peraturan...rancang awal kalau nak travel ye..yang penting sekali mentaliti...kerajaan dah spend berjuta -juta buat kempen kalau mentaliti sama je tak ada guna... 
0

assalamualaikum...
selamat pagi...dah sarapan ??? kalau belum...pegi kedai mamakla la beli...hehehe...kalau semalam aku rasa bosan...hari ni mood dah ok..ada apa dengan aku , Heliza dan Myvi?? sejak tengok movie Syurga Cinta..aku start minat dengan beliau dengan Myvi ni lagi2 yang warna putih...macam Cikgu Syuhada a.k.a Heliza punye.nampak cute sangat hehe..

Heliza






















cukup la merepek tu ye salim....ni la berita yang aku baca dari Berita Harian..Myvi nak keluarkan new edition untuk Myvi..jom baca..

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melancarkan MyVi edisi baru dengan enjin berkuasa 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. 

Sumber industri berkata, MyVi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April ini.


“MyVi Extrem ini akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model MyVi sedia ada di pasaran.
“Selain beberapa perubahan dalaman dan luaran yang ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya, MyVi Extrem ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada ‘dashboard’ (papan pemuka) seperti Alza,” katanya kepada Berita Harian di Petaling Jaya.


p/s : aku tak ada kaitan pun dengan cik Ija ni ye..jangan timbul gosip lepas ni... hahaha
3


assalamualaikum...
pasti nya korang tertarik dengan tajuk tu kan...
kepala otak dah fikir lain je kan...HAHAHA
sebenarnya...
bukan apa...
aku sangat la bosan malam ni..
tak tau la kenapa..
serius BOSAN....
apa kata korang 
tinggalkan link kat dalam ni..
bagi aku blogwalking sikit..
dapat hilang BOSAN..
dapat tambah kenalan dan follower..
tu je la..
sekian..
terima kasih..

-manusia BOSAN...-
p/s: keje banyak lagi ..cuti nak habis...tapi malam ni tak ada mood nak buat..haish

4

 assalamualaikum...
selamat pagi..selamat tahun baru cina..pagi2 aku baca paper nampak la satu berita yang sangat sadis dalam satu kejadian kebakaran bukan nak spoil mood korang cuma sekadar berkongsi..ni aku bagi korang baca..

ANGGOTA bomba memeriksa mayat dua beranak dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di sebuah rumah papan di Kampung Bulut Kokol, Menggatal dekat Kota Kinabalu malam kelmarin.


KOTA KINABALU: Seorang bapa dan anak lelaki berusia dua tahun ditemui rentung dalam keadaan berpelukan selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Bulut Kokol, Menggatal dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Salibun Gadamin, 47, dan Rodbinson Salibun yang juga anak bongsunya ditemui rentung di dalam salah sebuah bilik rumah yang diperbuat daripada papan.

Isteri Salibun, Angeline Jolius, 40, bersama seorang lagi anak mereka, Nana Sabrina, 7, terselamat kerana tidur di bilik berasingan. Bagaimanapun, Angeline cedera di kedua-dua tapak tangan.
Angelina berkata, beliau menyedari kejadian itu apabila dikejutkan oleh Nana yang tersedar apabila melihat api dari bilik suami dan anaknya tidur.

"Saya memanggil mereka keluar tetapi tidak disahut. Saya cuba masuk bilik itu tetapi gagal kerana api semakin marak. Saya dan Nana lari keluar dan menjerit meminta tolong daripada jiran," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di tempat kejadian, malam kelmarin.

Beliau berkata, lazimnya Rodbinson tidur di biliknya, manakala suaminya tidur di bilik berasingan tetapi malam kelmarin, anak bongsunya beria-ia ingin tidur bersama bapanya.

"Rodbinson amat manja dengan bapanya dan sempat meminta bapanya menyuapkannya makan. Saya pelik dengan perubahan sikap anak saya itu tetapi tidak mengesyaki kejadian buruk seperti ini akan menimpa kami," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengusaha Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.02 malam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.

"Kami mengambil kira-kira 40 minit untuk memadamkan api. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizebath (QEH). Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

p/s: kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah kekal selamanya...
2