Menu

sekali salah cabut daa...

sekarang ni orang dah pandai suarakan hak masing2...silap sikit je .. terus complain..silap cabut 2 batang gigi..terus kena bayar denda RM7k..penting nya untuk kita tau hak masing2 ye..jangan diam je kalau kita ditindas..( gaya cakap macam Legal advisor pulok..hahaha) layan cerita kat bawah ni..

 SINGAPURA: Seorang doktor gigi didenda S$3,000 (RM7,337.48) dan diberi amaran kerana tersilap mencabut dua batang gigi sihat seorang pesakit di Pusat Pergigian Nasional (NDC). 

Dr Debbie Hong Pooi Mun, pakar bedah gigi NDC, mengaku bersalah selepas didakwa Jawatankuasa Disiplin Majlis Pergigian Singapura (SDC).
Dalam kes itu, Dr Hong tersilap mencabut dua gigi pesakit berkenaan pada Mei 2007– satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah.

Menurut kenyataan SDC semalam, Jawatankuasa Disiplin berpendapat kesilapan mencabut gigi adalah perkara serius. Kesilapan itu boleh dielakkan jika Dr Hong lebih teliti ketika menjalankan tugasnya. 

Hukuman yang dikenakan ke atas Dr Hong dibuat setelah mengambil kira faktor lain dan kesediaannya mengaku bersalah. 

Selain didenda S$3,000 dan diberi amaran, Dr Hong juga diperintahkan membayar kos proses disiplin. 

Sementara itu, NDC semalam turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. 
Selain daripada memohon maaf, NDC juga memberikan rawatan pembetulan lanjut kepada pesakit berkenaan dan kosnya dibiayai sepenuhnya oleh pusat terbabit. 

Menurut siasatan yang dijalankan, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan identiti pesakit dengan borang rawatan dilampirkan dengan resit nombor pesakit yang salah. – Agensi 



p/s : lain kali buat keje betul2 jangan cuai.. tak pasal2 orang lain bayar denda... 

4 comments:

  1. adohhh.. bahaya betul... kesian gigi... huhuhuhu...dia tak bersalah... T_T

    ReplyDelete
  2. berhati-hati di jalan raya.. bekerja kena seikhlas hati.. :-)

    ReplyDelete
  3. ishhhh,kalau la gigi saya cani,orang pon tanak pandang!

    ReplyDelete
  4. Adeh, tgh sakit gigi nie.. huhuhu

    ReplyDelete