Menu

OKU champion pertandingan wau ... wow !!!

TUMPAT: Husmizi Ibrahim, yang kelainan upaya (OKU), muncul johan dalam tiga kategori sempena Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan 2011, di Pantai Genting, dekat sini, semalam.
Husmizi, 37, muncul johan kategori individu Wau Naik Kebangsaan (Grand Prix 1), Wau Tradisi dan Wau Sobek (cantik) dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,300, piala serta sijil penyertaan.


Beliau menghasilkan 21 wau dalam masa dua bulan untuk menyertai pertandingan itu dengan dibantu isterinya, Zuriati Rohaida Harun, 33. Husmizi dari Pulai Chondong, Machang, lumpuh dari pinggang hingga kaki selepas ditimpa kemalangan jalan raya pada 2002.


Ketika ditemui Bernama, beliau berkata baginya bukan hadiah yang menjadi buruan tetapi penghargaan terhadap hasil ciptaannya.


"Saya berbangga sejak dibangku sekolah saya mencipta wau secara kecil-kecilan, kini menjadi pembuat wau sepenuh masa," kata Husmizi yang menceburi bidang itu sejak remaja.



Beliau berazam memasarkan wau buatannya ke luar negara selepas beberapa waunya dijual di Jepun dan Korea melalui agensi pelancongan sebelum ini.




p/s : kagum aku tengok OKU ni...sebab yang sempurna pun belum tentu dapat buat wau sampai menang pertandingan international level pulak tu... kau??? non hado.. hehe ^_^

4 comments:

  1. blog ni dah tersenarai dalam bloglist lulu-pages :)

    ReplyDelete
  2. kena kreatif buat wau ni.bkn sebarangan org leh buat

    ReplyDelete
  3. tulah yang Allah nak tunjuk . setiap kekurangan , mesti ada kelebihannya ;)

    Tia Tak Berlenggang Bila Blogwalking

    ReplyDelete