Menu

Keputusan Muet Pertengahan 2011 Isnin ini..13/6/2011

dengar sini orang2 kampung ... barang sesiapa yang ambik Malaysian Universiti English Test (MUET) untuk pertengahan tahun 2011..keputusan nya akan keluar hari Isnin ni....sila bersedia untuk nangis...hahaha kalau tak percaya tengok sendiri kat bawah...

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi Pertengahan 2011 akan dikeluarkan pada Isnin ini, 13 Jun, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). 

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.
"Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUETdan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut," katanya dalam kenyataan di sini," hari ini.




dan barangsiapa yang tak puas hati dengan result yang didapati boleh tengok kat bawah ni...

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011. 

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my. Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011. - BERNAMA 

p/s : akibat overconfident last2 aku dapat band 3 je MUET huhu sedih kot...tu la main2 lagi...jangan tiru macam saya ye adik2... T_________________T 

~SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN~

5 comments:

  1. ok la tuh band3,.dah ketogori solamek,.
    den ni ha tgh tggun result,. tah band bapo la den dpt gak eh.,huawawawaw

    ReplyDelete
  2. berdebar tunggu result..Doakan Eza k,:)

    ReplyDelete
  3. band 3 tu pon da kre bagus..
    cngrets ye.

    ReplyDelete