Menu

Imam muda Nabil...i like... :)

bosan aku dengan gosip retis yang maki blogger tu...bukan dapat apa pun kan ??? nak buat post pasal benda tu sampai 3-4...sesudah la tu..korang memfofularkan dia lagi ada la...kot2 dia meanang ABP tahun depan...kau non hado...nanti buat entri jeles pulak wakakaka...

ni berbalik kepada citer si Nabil ni haa...baguih dia ni..dengar cerita dia jadi imam time solat kat shopping complex...ada sesapa2 nak wat entri pasal ni? panas kot..bukan senang artis nak jadi imam ha..


TERSENYUM lebar Diva mendengar berita ini. Ia bukanlah cerita luar biasa tetapi sudah cukup untuk menyenangkan hati.
Baru-baru ini, Diva terima satu panggilan telefon daripada seorang teman. Kata teman Diva itu, seorang ahli keluarganya sempat berimamkan Nabil Raja Lawak sewaktu solat di sebuah pasar raya terkemuka di ibu kota.
“Ahli keluarga saya itu bangga melihat anak muda seperti Nabil berani dan tahu mengimamkan solat jemaah di surau.
“Dia bukan bangga kerana seorang selebriti mengetuai solat itu. Sebaliknya bersyukur kerana Nabil walaupun berstatus pelakon dan Raja Lawak, dia tidak melupakan hal akhirat,” ujar teman yang menelefon Diva.
Diva juga tumpang rasa syukur dan teringat kata-kata Nabil pada seorang teman yang dipanggil Princess.
Kata Nabil, dia sekarang berada dalam fasa pemulihan dan mahu merangka kerjayanya dengan lebih teratur.
Malah, Diva sendiri gemar menonton jenakanya yang intelek dan menampakkan kesungguhannya untuk membina kerjayanya semula. Syabas Nabil.
-KOSMO! -
p/s : alhamdulillah sejuk hati mak bapak dapat anak camni....huhu..
PENGUMUMAN :
AKU DENGAN INI MEN DELETE POST PASAL SI GAMBIT TU..SEBAB TAK NAK KASI DIA FOFULAR..BUKAN DAPAT DUIT PUN TULIS PASAL DIA..TAMBAH DOSA ADA LA KAN2..

4 comments:

  1. bagus la nabil macam tu.:)

    ReplyDelete
  2. waa..gile bagus nabil nih..

    ReplyDelete
  3. oh ye ke... alhamdulillah.. lawak2 jugak.. tgungjawab sbgai muslim tetap kena jaga

    ReplyDelete
  4. bgus betul nabil ni... terbaiikk.. :).. baru lah boleh di jadi kan ikon.. :)

    ReplyDelete