Menu

Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di Kelantan. 

Beliau berkata, perisytiharan itu untuk keselesaan penyokong Kelantan pulang selepas menyaksikan final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
"Besok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa. Semoga penyokong dapat menjaga tata tertib sepanjang menyaksikan perlawanan malam ini," katanya menerusi laman Facebooknya.

p/s : hahahaaha malam ni aku berpaling tadah sokong Kelantan...malam ni jah.... :)


GOMO KELATE GOMO...!!!

No comments:

Post a Comment