Menu

demi mu...aku rela...oh...

eh..jangan salah anggap...sila baca sampai abis..pejam celik pejam celik tup2 dah pun hari jumaat...harap2 korang semua sihat2 je la ye...kalau tak sihat sila jumpa doktor pastu makan ubat...cerita pasal sihat ni..aku nak share satu cerita yang ada kena mengena pasal kesihatan..cerita pasal budak yang mungkin tak berapa sihat otak nya..lalu membahayakan kesihatan badan nya...


BEIJING: Seorang remaja yang terdesak mahu mendapatkan iPad 2 nekad menjual satu daripada buah pinggangnya bagi mencapai apa yang diidamkan, lapor media semalam.
Dikenali hanya sebagai Zheng, dia dikatakan menjual organ penting itu pada harga kira-kira RM9,800.

Zheng, 17, berkata dia menjual buah pinggangnya selepas ternampak iklan dalam talian yang menawarkan wang kepada sesiapa yang mahu menjadi penderma organ.


“Saya mahu membeli iPad 2 tapi tak ada wang,” katanya kepada stesen televisyen Shenzhen.

Zheng berkata, melihat wang yang ditawarkan ejen dalam iklan itu, dia pun berunding dan pergi ke bandar Chenzhou di wilayah Hunan untuk menjalani pembedahan.


Dia kemudian dimasukkan ke hospital tempatan dan dibenarkan pulang tiga hari selepas menjalani pembedahan.



Bagaimanapun, Zheng mengalami komplikasi dan keadaan kesihatannya yang terganggu itu menyebabkan ibunya menyedari ada yang tidak kena pada remaja terbabit.

Ibu Zheng, Liu, berkata dia terkejut apabila anaknya pulang bersama satu komputer riba serta telefon bimbit Apple.


Curiga dengan apa yang dilihatnya, Liu mendesak Zheng menceritakan apa yang berlaku.

“Akhirnya dia mengaku menjual buah pinggangnya,” katanya.


Liu kemudian pergi bersama Zheng ke Chenzhou dan membuat laporan polis. Bagaimanapun, polis gagal mengesan ejen terbabit kerana nombor telefon yang digunakan sebelum ini dimatikan. - Agensi


p/s : demi kerana Ipad 2 sanggup jual buah pinggang..boleh mati kot...ni nama nya obses terlampau dengan gadget..  buat apa pun sanggup =.='

5 comments:

  1. owhh saya pon mengidam nak iPad2 nih...tp nasibbaik la tidak sampai sanggup jualkan anggota badan..jenuh plak nak menjawab kat akhirat seksok kan? :)

    meh ke rumah..
    ~Damia dan JKM~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  2. hape kepelik budak ni, nak ipad2 p keje la,ni idak, sampai jual buah pinggang pe kes, pepelik ...

    ReplyDelete
  3. Hevatttt..eh samalah pulak entri ni..tapi lain ckit...hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. teknologi berubah, tapi buah pinggang..sayangnye..

    ReplyDelete
  5. mak ai..sanggup dia jual buah pinggang untuk mendapatkan ipad..
    haihhh seremmmm

    ReplyDelete