Menu

cerita sedih si tapir...kesian....

kalau tadi dok post cerita pasal pencuri...kali ni nak share cerita pasal tapir pulak...cerita pasal sekor tapir cute yang terjatuh dalam longkang kat Kuantan semalam..kesian beliau....nak tau lebih...jom baca kat bawah...

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menyelamatkan seekor tapir jantan berumur kira-kira 15 tahun yang terjatuh ke dalam longkang konkrit di kawasan perumahan Kempadang Perdana, Jalan Pantai Sepat di sini, semalam. 

Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff, berkata pihaknya menerima aduan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, sebelum lima anggota bergegas ke lokasi tapir itu terjatuh untuk menyelamatkan haiwan dilindungi itu.
Khairiah berkata, usaha menyelamatkan haiwan yang dianggarkan seberat 350 kilogram itu dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah dan penduduk setempat.

“Pada mulanya, usaha mengeluarkan tapir itu menemui jalan buntu disebabkan keadaan gelap selain saiz longkang yang agak sempit dengan kedalaman kira-kira satu meter. Malah, sifat haiwan berkenaan yang lebih agresif pada waktu malam menggagalkan usaha mengeluarkannya. 

“Namun, kita hanya berjaya mengeluarkan haiwan berkenaan selepas mengumpan daun senduduk kira-kira 8.30 pagi semalam. Tapi itu kemudian dihalau ke kawasan hutan berhampiran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Khairiah berkata, tapir itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat bergesel dengan dinding konkrit longkang namun ia tidak serius sehingga boleh mengancam nyawanya. 

cute kan beliau? :)


aku kata : mungkin beliau ni tersesat...sekarang ni hutan semua dah diteroka sebab nak buat pembangunan...kesian sungguh beliau..cuba kalau tiba2 ada orang datang robohkan rumah korang..mesti la marah dan bingung kan..macam tu la yang beliau rasa..sayangilah binatang sebab diorang pun makhluk tuhan gak kan ?

p/s: tiba2 jadi emosi pasal tapir... T___T

5 comments:

  1. tau tkpe.. bnyak sgt hutan di teroka, bukit bukau di toreh2... cian tapir 2...

    ReplyDelete
  2. taknak buat kari tapir ke..kekeke...

    ReplyDelete
  3. aku tak boleh tengok binatang2 dalam kesusahan.. :( kesian gila ... huhu

    ReplyDelete