Menu

bomoh pun boleh kena saman..

JOHOR BAHRU: Seorang bomoh diperintah oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam, supaya membayar balik RM19,500 kepada seorang wanita ekoran kegagalannya mengubati penyakit bapa pemohon yang didakwanya terkena saka. 

Bomoh yang juga seorang jurunikah dari FELDA Waha, Kota Tinggi, Zakaria Lagiman, 49, diperintahkan oleh Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membayar balik wang terbabit dalam tempoh 14 hari bermula semalam, selepas meluluskan tuntutan yang difailkan oleh suri rumah, Zaharah Yusuf, 51.
Dalam tuntutannya, Zaharah berkata, pada Disember 2008, bapanya, Yusuf Abdul, yang ketika itu berusia 108 tahun dibawa mendapatkan rawatan tradisional daripada Zakaria di rumahnya.


“Ketika itu, saya dan dua lagi adik, diberitahu oleh Zakaria yang 12 saka menghuni dalam tubuh bapa kami, menyebabkan beliau mengalami masalah kesihatan 
ketika itu. “Ekoran itu, kami tiga beradik membelanjakan wang RM19,500 itu seperti diminta Zakaria untuk mengubati bapa. Kami membelanjakan wang yang banyak untuk melihat bapa pulih sepenuhnya, apatah lagi bomoh itu berkata kos dikenakan termasuk membeli lima helai daun epal jin yang berharga RM1,500 sehelai serta minyak wangi Firdaus. 



p/s : tu la orang Melayu...mudah sangat percaya dengan bomoh...sampai RM 19 ribu abis...kalau pegi pusat rawatan Islam takde la sampai camtu... =.='

No comments:

Post a Comment