Menu

boikot Astro ??? pulak dah...

bila letrik naik... semua mau naik..sampai2 Astro pun mau naik jugak...adess..susah la macam ni...sampai ada pihak  ancam nak buat satu boikot bantah kenaikan caj langganan yang dibuat oleh pihak Astro...macam ni cerita nya...



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengancam akan menggerakkan usaha memboikot Astro ekoran langkah stesen televisyen berbayar itu untuk menaikkan caj langganan mulai Julai ini.
Sambil menyifatkan kenaikan itu sebagai membebankan pengguna, Penasihat PPIM Tengku Azwil Tengku Abdul Razak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat apa yang dinamakan oleh Astro itu sebagai "penyelarasan caj langganan" yang baru.


Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebagai pengendali stesen televisyen berbayar eksklusif di negara ini, Astro tidak sepatutnya mengenakan caj tambahan ketika rakyat dibebani kenaikan harga barangan.


Astro pada Isnin lepas mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.


Tengku Azwil berkata PPIM menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kadar pelarasan itu serta juga mengenai perkhidmatan Astro.

p/s: baru angan2 nak pasang Astro...haish macam mana ni ???

4 comments:

  1. hai...pihak astro kena telus dalam hal2 camni...takleh membebankan kita...

    ReplyDelete
  2. kite bako jer la..haha!
    erm,rasa mcm nak stop jer langgan pakej astro klo mcm nie..naik harga lg..huhu!

    ReplyDelete
  3. lahai, bukan sume penyelarasan membebankan kita lah. macam gua sendiri, berlaku penjimatan if tukar ke penyelarasan caj yg baru. kalau sblm ni mahal sebab bnyk channel, yg baru ni lebih murah tp lebih bertambah2 channel. tgk dr side positifnye lah. chill. :)


    BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

    ReplyDelete