heheheeh dah macam si Upin dan Ipin pulak...atok yang selalu kita bayangkan ialah atuk yang penuh dengan kasih sayang..macam arwah atuk aku ...tapi aku tak sangka rupa nya ada jugak atuk yang tak sedar diri sampai sanggup cabul seorang budak perempuan ni..layan berita ni..
Sebelum kejadian, mangsa berusia enam tahun dikatakan sedang menunggu ibunya yang menjual buah-buahan berhampiran kedai makan terbabit, kira-kira jam 5 petang.
Mangsa yang bermain sendirian itu dikatakan didatangi warga emas berusia 60-an terbabit yang menunggang basikal sebelum memeluk dan menciumnya sebelum disedari rakan kepada ibu mangsa yang memaklumkan kejadian itu kepadanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, ibu mangsa yang berang sebaik dimaklumkan kejadian itu bersemuka dengan warga emas berkenaan.
Katanya, ibu mangsa memarahi warga emas berkenaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh kepada anaknya, namun lelaki terbabit menafikannya sebelum beredar dengan selamba.
“Ibu mangsa yang bimbang keselamatan anaknya dan risau kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Komuniti Mak Mandin.
“Hanya selepas 30 minit laporan dibuat, sepasukan polis berjaya menahan suspek yang berada tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat hendak mencabulnya.
p/s: haish sudah2 la tu tok...bak kata pepatah...rumah kata pergi kubur kata mari..buat2 la tobat...hmm tetiba teringat kat dua2 arwah atuk aku.. T_____T
masalah betul lah atok niiii
ReplyDeletenapelah nafsu mengatasi akal sampai takleh nak bezakan budak sekecik itu..
ReplyDeleteatok atok
ReplyDeleteteruk la manusia skrg dari muda sampai ke tua
adoiiii
nih la masalahnya kalau tak takut Allah dan ikutkan nafsu syaitan
haihhhh
Juvana Episod 7
ish2,
ReplyDeletemoga atok tu cepat sedar lah,